Friday, 3 January 2014

Surat Dalam Botol Selama 23 Tahun Akhirnya Dibalas

23 tahun dahulu, seorang budak perempuan bernama Zoe Lemon berusia 10 tahun telah menulis surat tentang dirinya, haiwan peliharaan dan hobi nya. Botol berisi surat itu dihanyutkan dari perairan Hull di Utara-timur England dan surat itu akhirnya terdampar di Oosterschelde dykes, dijumpai oleh seorang lelaki yang sedang membawa anjing nya bersiar-siar, lelaki itu ialah Piet Lateur dan surat itu dibalas oleh dia dan isterinya, Jacqueline yang menetap di Seeroskerke, berhampiran Rotterdam, Belanda.
Zoe Lemon - Averianov semasa berusia 10 tahun

Zoe Lemon kini, Zoe Averianov setelah berkahwin telah berusia 33 tahun dan dia sendiri lupa tentang surat dalam botol itu dan terkejut pada krismas yang lalu dimana ibu-bapanya memberi nya surat jawapan kepada surat dalam botol yang dihanyutkkannya 23 tahun lalu dan terkejut kerana surat itu sudah melalui perjalanan 350 batu !!!!.
Zoe Lemon pada hari ini


 Surat yang ditulis oleh Zoe dipulangkan semula oleh pasangan suami isteri Piet dan Jacqelie Lateur
Jarak perjalanan yang dilalui oleh botol  berisi surat yang dibuang oleh Zoe

1 comment:

  1. boleh try ni masa naik feri pulau pinang..hehe

    ReplyDelete