Thursday, 16 January 2014

Jualan Buku Meningkat Selepas Update Status Facebook

David Ford, pemilik kedai buku terpakai / second hand Sailtare Bookshop telah meng update status facebook kedai buku itu berkenaan jualan buku-buku di kedai itu yang semakin merudum dan dalam masa sehari hasil jualan yang diperolehi sungguh menyedihkan dan tidak lama lagi mungkin kedai buku itu akan ditutup. Antara punca jualan buku siap dicetak merudum kerana penjualan buku secara online seperti E bay dan E book ini menyebabkan ramai pembaca buku beralih kepada E book yang kosnya lebih murah berbanding buku siap cetak.

Status facebook Sailtare Bookshop itu berjaya menarik perhatian para pembeli buku dan dalam masa 1 hari keuntungan jualan buku telah meningkat kepada 40 % iaitu 300 pound sterling, kedai buku miliknya itu diusahakan secara indie/ tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Selepas ini mungkin Sailtare Bookshop perlu lebih aktif dalam media sosial seperti twitter, instagram untuk mempromosikan jualan buku di kedai mereka.

No comments:

Post a Comment