Monday, 20 January 2014

How Clean Is Your House ?? Program Tv Bertemakan Kebersihan

Program tv ini agak lama tetapi masih cool jika nak dibandingkan dengan casa impian dan dunia fabrik febreeze, 2 orang pakar pencucian Kim Woodburn dan Aggie Mackenzie akan ke rumah mereka yang menghadapi masalah untuk mengemas rumah golongan hoarder. Semasa proses pembersihan ini bermula Kim dan Aggie akan memberikan tip-tip pembersihan yang mudah dan menjimatkan tanpa mempromosikan produk-produk pembersihan yang biasa kita lihat dalam program tv, mereka juga menggunakan alatan tertentu untuk mengukur rating kebersihan dalam rumah itu dengan menggunakan putik kapas untuk mengambil sampel bakteria dalam rumah itu, mengira aras berapa berbahayanya bakteria itu dan menunjukkan kesan dan akibat bakteria itu kepada penghuni rumah.


Thursday, 16 January 2014

Bom Perang Dunia Kedua Dijumpai Oleh 2 Orang Budak

Kane Byrne  dan Alex Taylor pulang ke rumah setelah menghabiskan masa seharian membuat Metal Detecting di sebuah padang dengan niat untuk mencari duit syiling lama. Tetapi tanpa mereka sedari kelongsong besi yang mereka bawa pulang itu ialah sebuah bom lama yang belum meletup dan keupayaan bom itu ialah ia mampu meledak dan memusnahkan apa saja dalam lingkungan 6 kaki, mujur lah bom itu sudah dimatikan dan datuk kepada kane, Mike Woodland bekas jurutera diraja pakar pelupusan bom telah mengenal pasti bom itu telah dimatikan tetapi perlu diserahkan kepada pihak polis untuk dilupuskan. Bom itu diletakkan di belakang rumah oleh bapa kane, Karl Bryne untuk memastikan bom itu tidak panas kerana jika bom itu diletakkan di suhu yang panas ia akan meletup kerana fungsi bom itu ialah anti-kereta kebal.


kawasan padang di tepi pantai Folkestone, Kent.Tempat bom itu ditemui

Bom itu telah pun dilupuskan oleh pihak polis dan 2 orang budak itu pada asalnya menyangka mereka hanya menemui 'botol' lama yang bersalut lumpur tetapi setelah dibersihkan dan gambar itu dihantar kepada datuk kane, barulah mereka tahu itu bom anti kereta kebal zaman perang dunia kedua





Seni Miniatur Karya Antonio Magliochetti Dan Stefano Adorinni

2 jurugambar amatur Antonio dan Stefano telah menghasilkan 100 ciptaan mini dengan menggunakan bahan-bahan masakan yang ada dari peti ais mereka. Setiap shot itu mengambil masa 2 jam dengan menyusun model-model patung mini yang mereka beli dengan hanya 1 pound sterling dari e Bay.

 


Jualan Buku Meningkat Selepas Update Status Facebook

David Ford, pemilik kedai buku terpakai / second hand Sailtare Bookshop telah meng update status facebook kedai buku itu berkenaan jualan buku-buku di kedai itu yang semakin merudum dan dalam masa sehari hasil jualan yang diperolehi sungguh menyedihkan dan tidak lama lagi mungkin kedai buku itu akan ditutup. Antara punca jualan buku siap dicetak merudum kerana penjualan buku secara online seperti E bay dan E book ini menyebabkan ramai pembaca buku beralih kepada E book yang kosnya lebih murah berbanding buku siap cetak.

Status facebook Sailtare Bookshop itu berjaya menarik perhatian para pembeli buku dan dalam masa 1 hari keuntungan jualan buku telah meningkat kepada 40 % iaitu 300 pound sterling, kedai buku miliknya itu diusahakan secara indie/ tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Selepas ini mungkin Sailtare Bookshop perlu lebih aktif dalam media sosial seperti twitter, instagram untuk mempromosikan jualan buku di kedai mereka.

Wednesday, 15 January 2014

Replika Kereta Dari Tin Minuman Ciptaan Sandy Sanderson

Satu unit kereta ini memerlukan sebanyak 30 tin minuman yang dikitar semula. Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat replika ini ialah superglue, wayar galvani, kabel elektrik, nat kecil ,bolt, tiub aluminium dan beberapa pin dari kit peralatan menjahit. Sandy Sanderson adalah seorang guru di Hamilton, New Zealand dan dia mula membuat kereta dari tin minuman ini sejak 8 tahun lalu, jika ingin tahu lebih lanjut  sila kunjungi laman web milik   sandy sanderson










Kapal SS Thistlegorm - Kapal Pengangkut Tentera British Yang Tenggelam Di Laut Merah

Kapal pengangkut ini telah dibom oleh tentera Jerman dan sejak itu segala jenis peralatan perang tentera British yang tidak kesampaian itu menjadi terumbu karang sehingga ke hari ini, kenderaan seperti motor dan trak masih kelihatan dengan jelas bentuk nya walaupun kapal ini sudah 63 tahun terbenam di dasar laut Merah.









Tuesday, 14 January 2014

Mangkuk Tandas Terkenal Kerana Dimiliki Oleh Adolf Hitler

Mangkuk tandas yang masih berfungsi dengan elok ini dipasang pada kapal layar Aviso Grille milik Adolf Hitler, kini mangkuk tandas bersejarah ini digunakan di bengkel milik Greg Kohfeldt, mangkuk tandas  itu asalnya dipasang di bersebelahan bilik takhta Adolf Hitler di dalam kapal Aviso Grille itu ditemui di New Jersey kerana setelah parti Nazi pimpinan Adolf Hitler tumbang, kapal itu dipindahkan ke Amerika Syarikat dan pada 1951 pemilik asal bengkel Greg itu menemui mangkuk tandas itu di tapak barangan terbuang .

 Aviso Grille




Monday, 13 January 2014

Bayeux Tapestry Diukir Pada Kayu

Bayeux Tapestry adalah helaian kain dimana peristiwa penaklukan Norman of Conquest di England hinggalah kepada kemuncaknya, perang Hasting, peristiwa itu ditenun pada helaian kain dan dianggap sebagai artifak sejarah kerana telah dihasilkan sejak abad ke 9. Jason Welch, seorang pengukir kayu mengadaptasikan Bayeux Tapestry itu ke atas ukiran kayu untuk mengisi masa lapangnya kerana ingin mengubati kesedihannya kehilangan anak lelaki nya. Dia mengukir kesemua itu seorang diri dan kini hasil ukiran itu tersimpan di bengkelnya kerana terlalu besar untuk dipamerkan di rumah. Menakjubkan kerana Jason Welch ini kudung jari tangan kirinya kerana kemalangan di tempat kerja semasa dia berusia 19 tahun dan dengan kekurangan itu dia berjaya menyiapkan kesemua 25 buah papan ukiran itu