Thursday 15 March 2012

120 tahun lamanya

 
 hari ni genap la 120 tahun liverpool ditubuhkan. kelab dari merseyside ni asalnya ditubuhkan setelah john houlding pemilik padang anfield ketika itu bergadoh dengan kelab everton tentang kadar sewaan padang.disebabkan itu everton berpindah ke padang lain dan anfield menjadi milik kelab liverpool sehingga kini.

liverpool ditubuhkan oleh john houlding sendiri dengan memilih warna biru putih sebagai warna jersi diawal penubuhan dan paten merah seperti hari ini dimulakan oleh bill shankly.mulanya dikenali sebagai everton athletic kemudian dijenama kan semula sebagai liverpool fc mulai jun 1892.

aku dilahirkan di era kejatuhan liverpool pada dekad 90 an.tahun 1992 di mana ulangtahun ke 100 liverpool tahun itulah aku dilahirkan.sejak 1998 aku mula mengenali liverpool  melalui jersey away berwarna kuning  yang dibeli di pekan serian.masa tu demam piala dunia 1998 jadi sebagai kanak2 aku pun nak ikut trend walaupun aku tak tau liverpool tu ape,dan ketika itu bukan lah musim EPL sebaliknya piala dunia.
 michael owen, striker kegemaran aku masa itu
 dan sejak 2002 aku mula menjadi hardcore liverpool.pada zaman itu gerrard houlier menjadi pengurus dan aku tak sempat merasa musim treble 2001. kebetulan jugak tahun tu aku mula belajar main bola. piala pertama yang aku ' menang' ialah piala liga 2003.kemudian rafa benitez masuk dan merasa jugak la uefa champions league 2005 walaupun liverpool tidak dijangka jadi juara.2006 diingati oleh aku kerana masa minit2 akhir 90 minit tu aku memilih untuk tidor dalam sedih kerana liverpool ketinggalan 3-2 kepada west ham united dan esoknya bila baca paper aku terkejut liverpool menang.macam mimpi dalam mimpi pun ada.

steven gerrard pemain yang jadi favourite aku hingga kini
luis garcia, pemain sayap / attacking midfielder.aku suka style dia ni selalu jaringkan gol cantik
masterpass xabi alonso.pemain paling bernilai era rafa benitez.aku lebih suka dia ni dari torres
lucas leiva,4 musim di liverpool baru dapat menunjukkan keupayaan sebenar dia.
dan itu jugalah piala yang terakhir dijulang sejak itu dan terpaksa makan hati tengok kelab lain menang piala setiap musim dan pada 2012 kembali pakcik kenny,liverpool akhirnya menang piala liga kali ke 8 setelah 9 tahun piala itu tak dimenangi dan piala pertama dalam tempoh 6 tahun.

duo striker yang setia berkhidmat untuk liverpool.lebih2 lagi yang rambut blonde tu. modern kenny dalglish.suarez plak pengganti tepat kepada luis garcia pada pandangan aku

No comments:

Post a Comment