Ini bukan cakap kosong, kerana sejak diwujudkan mulai 2004 Piala AFC majoriti dijuarai pasukan dari liga Asia barat. Jadi penyokong JDT masih belum boleh mendabik dada lagi selagi mereka tidak bertemu pasukan yang lebih kuat dari mereka. Di peringkat kumpulan, kalah mati dan suku akhir mereka di sogok kan dengan pasukan-pasukan yang lebih kurang sama taraf bolasepak nya dengan mereka, jadi ujian sebenar belum bermula lagi.
Tahun lepas, Persipura Jayapura layak ke separuh akhir Piala AFC, adakah bolasepak Indonesia makin meningkat taraf nya sejak itu ? Tidak! Mereka tersingkir awal dari AFF Suzuki Cup. Kejayaan pasukan kelab layak ke separuh akhir Piala AFC dan dikaitkan dengan kemajuan bolasepak negara itu sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Entah siapa punya logik ini, aku pun tak tahu.
Bercakap tentang negara-negara lain yang pernah layak ke semi final Piala AFC adakah pasukan negara mereka meningkat naik sejajar dengan kejayaan ke separuh akhir itu ?? Tidak ! Singapura, Vietnam, Maldives, India, Hong Kong, Thailand tidak menjadi kuasa besar Asia pun. Piala Asia masih lagi didominasi oleh pasukan-pasukan Asia Timur, Barat, Tengah.
Bergembira lah layak ke separuh akhir sebelum diratah oleh pasukan Arab nanti. Entah berapa biji gol agaknya yang menerobos masuk ke gawang Farizal Marlias nanti.
No comments:
Post a Comment