Menjelang Piala Dunia Ragbi beberapa hari lagi pasukan yang layak giat berlatih, tidak terkecuali pasukan Samoa. Mereka memakai topeng seperti watak Bane dalam filem Dark Knight Rises. Topeng itu ialah jenama
Training Mask , dicipta khusus untuk mengawal aliran oksigen yang masuk ke diafragma kita.
Training mask ini mempunyai saluran oksigen yang boleh diubah suai mengikut altitud tertentu, dengan ini sistem pernafasan para atlet yang menggunakan topeng ini dapat membantu mereka menyesuaikan diri dengan suasana tempat mereka bertanding kelak lebih-lebih lagi apabila mereka bertanding di kawasan yang jauh dari paras laut. Topeng ini mendapat review yang baik dari peserta Mixed Martial Art.
Para atlet profesional yang bermain di peringkat tertinggi sering mengalami masalah semput atau mengah kerana kehilangan oksigen disebabkan terlalu pantas dan tempo yang laju seperti sukan acara pecut. Dengan penggunaan topeng ini boleh membantu mereka menjadi lebih kuat untuk menangani situasi begitu. Begitu juga pada pasukan bola sepak, setiap pasukan yang berkunjung ke Bolivia mengalami masalah altitud tinggi kerana stadium mereka yang terletak di kawasan tinggi dan melebihi altitud yang ditetapkan oleh FIFA iaitu 3000 meter ( 9 800 kaki ) dari paras laut.
La Paz, Bolivia 3 600 meter
Ecuador, Quito 2 800 meter
Bogota, Colombia 2 640 meter.
Kesan bermain di altitud tinggi ini boleh memberi masalah kepada pasukan lawan yang bertanding seperti Argentina yang bertandang ke La Paz pada 2009 semasa kelayakan Piala Dunia dan dibelasah 6-1. Begitu juga pada 2013, Angel Di Maria menggunakan tabung oksigen semasa mendapatkan rawatan kerana tidak biasa bermain pada altitud itu.
Dengan ada nya topeng training mask ini, para atlet boleh memaksimum kan oksigen mereka dari altitud 914.4 meter ( 3000 kaki ) hingga 3 657 meter ( 12 000 kaki ).