Monday 8 June 2015

Kronologi Mak Kau Hijau Bapak Kau Keling

Seminggu ini vine 2 orang budak bergaduh di taman permainan menjadi viral di twitter hingga ada yang kreatif dengan mengedit video mereka bergaduh itu. Menurut sumber  telah disertakan video sebelum insiden sumpah seranah itu berlaku.

Umum mengetahui si kecik itu menghina ibu bapa si gemuk berbaju Argentina, kemudiannya video itu terhenti di situ sahaja. Hari ini didedahkan insiden sebelum perang mulut itu berlaku, si gemuk itu telah meng camel clutch kan budak kecik itu ala-ala Scott Steiner dan melepaskanya sebelum dia menghina ibu bapa budak gemuk itu.

Tindakan individu yang merakam video itu dilihat kejam kerana hanya membiarkan saja insiden itu berlaku, tetapi sebenarnya dalam video ke tiga. Dia cuba menghalang budak kecik itu dari dibelasah lebih teruk lagi, dalam video yang ketiga budak gemuk itu membelasah budak kecil itu kerana menghina ibu bapanya dengan teruk sekali. Insiden itu dihentikan dengan campurtangan remaja-remaja yang berada di situ dalam video akhir.


  

No comments:

Post a Comment