Tuesday, 12 August 2014

Zlatan Ibrahimovic Membiayai Perbelanjaan Pasukan Bolasepak Orang Cacat Sweden Ke Piala Dunia

Zlatan mengeluarkan kenyataan berbaur kurang sopan selepas gagal layak ke piala dunia 2014, tetapi dia tidak berputus asa untuk membantu pasukan negara nya layak ke piala dunia. Pasukan bolasepak Orang Kelainan Upaya ( Cacat Akal ) Sweden tidak mempunyai dana untuk ke piala dunia OKU di Amerika Syarikat. Mereka meminta bantuan dari pemain bolasepak sweden seperti Kim Kalstrom, Johan Elmander, Andreas Isaakson dan Per Nilson untuk melelong but bola mereka dan menjual baju t untuk mengumpul dana buat pasukan itu.

Kemudian Pengurus pasukan, Stefan Jonnson datang menemui Ibra untuk memohon derma dan Ibra membalas " berapa banyak yang kamu boleh dapat dari menjual baju t dan boot ? " Ibra kemudian meminta nombor akaun pasukan itu dan mendepositkan wang  sebanyak 51 000 US dolar yang diperlukan untuk perbelanjaan pasukan itu ke sana. Dia dilantik menjadi duta rasmi pasukan itu  atas jasa nya itu, ibra berbuat begitu kerana dia gagal membawa Sweden ke piala dunia, jadi dengan berbuat demikian dia sekurang-kurang nya membantu pasukan itu layak ke PIALA DUNIA walaupun hanya piala dunia golongan kurang upaya.


No comments:

Post a Comment