Wednesday 13 August 2014

Bolasepak Sebenar Bersama Wimbledon Fc

Pagi tadi ada perlawanan piala liga antara AFC Wimbledon  dan MK Dons FC. final score nya MK Dons 3-1 AFC Wimbledon. Bukan keputusan perlawanan yang menjadi isu disini tetapi berlaku permusuhan antara 2 buah kelab ini kerana MK Dons atau nama panjang nya Milton Keynes Dons dahulunya adalah pasukan Wimbledon FC yang dijenama kan semula sebagai MK Dons dan masih bermain di stadium Former_England_National_Hockey_Stadium yang juga homeground kepada Wimbledon pada waktu itu.


MK Dons ini tidak mendapat sokongan majoriti penyokong Wimbledon kerana telah merubah identiti pasukan kesayangan mereka, oleh sebab itu sekumpulan penyokong telah membentuk sebuah pasukan baru dinamakan AFC Wimbledon, sebuah pasukan berpangkalan di Wimbledon dan juga bermain di stadium Former England National Hockey Stadium. Cuma pasukan itu hanya pasukan liga kecil dan tidak bermain dalam carta profesional bolasepak England, dengan usaha yang konsisten pasukan itu kini bermain di League Two peringkat ke 4 dalam liga England. 


Pada pagi tadi, penyokong Wimbledon yang bertandang ke stadium MK membawa sepanduk tanda protes kepada pengurusan MK Dons semasa perlawanan berlangsung dan mereka sanggup berlapar di dalam stadium kerana tidak mahu membeli makanan yang dijual juga menyumbang wang kepada pemilik MK Dons. Antara protes yang dibuat oleh mereka ialah ' FIX CLUB ' bermaksud kelab kekal dan tetap merujuk kepada MK Dons yang dijenamakan semula dari Wimbledon FC kepada MK Dons dan Real Dons ! Real Fans ! Back To Plough Lane ! iaitu stadium lama milik Wimbledon FC. Kini AFC Wimbledon bermain di Kingsmeadow Stadium selepas stadium Former England National Hockey Stadium dirobohkan.

Sementara itu di Malaysia.... Sebuah kelab yang konsisten di selatan tanah air telah menjadi mangsa untuk dijenamakan semula dan tiada protes dari mereka yang sayangkan kelab itu, bukti bolasepak di Malaysia ini hanyalah bersifat sementara dan tiada identiti tersendiri.

No comments:

Post a Comment