Monday, 19 May 2014
Tragedi Pagar Penghadang Runtuh Di Stadium El Sadar
Di kala kita semua bergembira melihat Atletico Madrid menjulang kejuaraan liga Sepanyol, di satu sudut lain berlaku perkara yang tidak diingini apabila 50 orang penyokong pasukan tuan rumah, Osasuna cedera akibat runtuhan pagar di belakang gol. Runtuhan itu berpunca daripada penyokong Osasuna yang meraikan jaringan Oriol Riera pada minit ke 12. Gol itu memberi harapan kepada Osasuna untuk kekal bersaing di Liga Sepanyol musim hadapan dan mengelakkan dari tersingkir ke Divisyen 2. 40 orang mengalami kecederaan kecil dan dirawat di tepi padang manakala 10 lagi dikejarkan ke hospital. Tiada kecederaan serius dilaporkan oleh Persatuan Palang Merah Tempatan, dalam pada itu pemain Real Betis yang dipinjam dari Sunderland, Alfred N'Diaye mempamerkan sifat kemanusiaan apabila dia mengangkat seorang penyokong cilik Osasuna yang tercedera untuk mendapatkan rawatan. Real Betis, lawan kepada Osasuna telah tersingkir terlebih dahulu kerana menghuni tangga tercorot liga, perlawanan tertangguh selama 30 minit akibat insiden itu dan berakhir dengan keputusan 2-1 memihak Osasuna, tetapi itu tidak cukup untuk mereka kekal di La Liga dan tersingkir kerana kekurangan mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment