Sunday, 25 May 2014

Real Madrid Juara UEFA Champions League 2013/2014


Sekian lama menanti, 12 tahun berlalu....akhirnya tamat sudah penantian Real Madrid untuk menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah kali ke 10. 12 tahun itu juga banyak yang sudah berubah, tiada lagi Zidane,Roberto Carlos,Fernando Hierro, Raul,Figo,Guti dan para galaktikos lain yang beraksi di final 2001/2002 iaitu kali terakhir Real Madrid layak ke final. Yang masih kekal hingga kini hanyalah Iker Casillas, Perlawanan bermula dengan Atletico dikhabarkan akan menurukan Diego Costa, satu ancaman kepada gawang gol dan pertahanan Madrid. Akan tetapi jangkaan itu meleset apabila minit ke 9 dia dikeluarkan kerana masalah hamstring. Real banyak melakukan serangan tetapi pertahanan Atletico begitu tersusun rapi dan berdisiplin menahan asakan Real, Atletico  melakukan serangan dan memanfaatkan peluang itu untuk menjaringkan gol menerusi tandukan Diego Godin yang berpunca kesilapan Iker Casillas terlalu awal menyerbu ke depan gol untuk merebut bola.



Real terus-terusan menyerang tetapi banyak percubaan Gareth Bale kurang tepat ke pintu gol, nasib pada ketika itu mungkin belum di pihak mereka. Masuk separuh masa kedua, pertukaran dilakukan dengan Sami Khedira, Fabio Coentrao dan Kareem Benzema dikeluarkan dan digantikan dengan Marcelo, Isco dan Alvaro Morata. Nampak macam Real akan menyerang habis-habisan dan bertahan se-minimal yang boleh kerana Atletico nampaknya cuba bertahan kerana bahagian serangan mereka sudah tidak berfungsi. Dikala waktu masuk minit ke 90, semua fan Barcelona dan Atletico bersorak dan bersiap sedia untuk meraikan kekalahan Real tetapi sepakan penjuru yang kemas dan berkualiti dari Luka Modric tepat ke kepala Sergio Ramos dan menuju ke penjuru kanan Thibaut Courtois menyebabkan suasana yang getir menjadi pesta yang meriah di kawasan tempat duduk penyokong Real.


Penyokong Barca yang sudah masuk tidur di minit ke 90 pastinya terkejut apabila mendapat berita ini, perlawanan disambung ke masa tambahan dan untuk separuh masa pertama pertahanan Atletico masih lagi kukuh dan kesabaran Diego Simeone masih lagi ditahap cool. Sebaik saja separuh masa kedua masa tambahan bermula Real melakukan serangan kilat apabila Angel Di Maria meluru masuk dan melakukan percubaan yang mengenai kaki Thibaut Curtois tetapi dengan pantas Bale menghidupkan peluang itu dengan menanduk masuk bola yang melantun untuk gol ke 2 Real. Dikala ini ramai yang berfikir Real akan bertahan sebaik mungkin tetapi mereka silap, pertahanan Atletico semakin longlai dan longgar menyebabkan Ronaldo kembali kelihatan seperti seorang pemain berkelas dunia, bukan lagi sekadar untuk mencukupkan kuota 22 orang pemain di atas padang. Marcelo yang menerima bola diberikan penghormatan dari rakan sepasukan untuk melakukan percubaan ke gol lawan dan hasilnya satu rembatan telah mengegarkan gawang gol Atletico dengan ini Real ditabalkan sebagai juara Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke 10.


Tetapi, masih ada baki sedikit masa lagi dan 3 orang pertahanan Atletico cuba menghalang Cristiano Ronaldo dari menyusup masuk tetapi dia dijatuhkan dan penalti diberikan, dengan tenang Ronaldo menyempurnakan penalti ke penjuru kiri gol dan meraikannya dengan membuka baju. Beberapa minit sebelum perlawanan berakhir Diego Siemone masuk ke padang kerana bertengkar dengan Raphael Varane, tidak pasti apa punca pergaduhan mereka mungkin Simeone cuba mengulangi semula peristiwa pergaduhannya dengan Beckham di Fifa 1998 dulu mungkin. kesudahannya Varane dilayangkan kad kuning dan Simone diperintah keluar padang dan perlawanan berakhir 4-1.

No comments:

Post a Comment