Sunday, 25 May 2014

Real Madrid Juara UEFA Champions League 2013/2014


Sekian lama menanti, 12 tahun berlalu....akhirnya tamat sudah penantian Real Madrid untuk menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah kali ke 10. 12 tahun itu juga banyak yang sudah berubah, tiada lagi Zidane,Roberto Carlos,Fernando Hierro, Raul,Figo,Guti dan para galaktikos lain yang beraksi di final 2001/2002 iaitu kali terakhir Real Madrid layak ke final. Yang masih kekal hingga kini hanyalah Iker Casillas, Perlawanan bermula dengan Atletico dikhabarkan akan menurukan Diego Costa, satu ancaman kepada gawang gol dan pertahanan Madrid. Akan tetapi jangkaan itu meleset apabila minit ke 9 dia dikeluarkan kerana masalah hamstring. Real banyak melakukan serangan tetapi pertahanan Atletico begitu tersusun rapi dan berdisiplin menahan asakan Real, Atletico  melakukan serangan dan memanfaatkan peluang itu untuk menjaringkan gol menerusi tandukan Diego Godin yang berpunca kesilapan Iker Casillas terlalu awal menyerbu ke depan gol untuk merebut bola.



Real terus-terusan menyerang tetapi banyak percubaan Gareth Bale kurang tepat ke pintu gol, nasib pada ketika itu mungkin belum di pihak mereka. Masuk separuh masa kedua, pertukaran dilakukan dengan Sami Khedira, Fabio Coentrao dan Kareem Benzema dikeluarkan dan digantikan dengan Marcelo, Isco dan Alvaro Morata. Nampak macam Real akan menyerang habis-habisan dan bertahan se-minimal yang boleh kerana Atletico nampaknya cuba bertahan kerana bahagian serangan mereka sudah tidak berfungsi. Dikala waktu masuk minit ke 90, semua fan Barcelona dan Atletico bersorak dan bersiap sedia untuk meraikan kekalahan Real tetapi sepakan penjuru yang kemas dan berkualiti dari Luka Modric tepat ke kepala Sergio Ramos dan menuju ke penjuru kanan Thibaut Courtois menyebabkan suasana yang getir menjadi pesta yang meriah di kawasan tempat duduk penyokong Real.


Penyokong Barca yang sudah masuk tidur di minit ke 90 pastinya terkejut apabila mendapat berita ini, perlawanan disambung ke masa tambahan dan untuk separuh masa pertama pertahanan Atletico masih lagi kukuh dan kesabaran Diego Simeone masih lagi ditahap cool. Sebaik saja separuh masa kedua masa tambahan bermula Real melakukan serangan kilat apabila Angel Di Maria meluru masuk dan melakukan percubaan yang mengenai kaki Thibaut Curtois tetapi dengan pantas Bale menghidupkan peluang itu dengan menanduk masuk bola yang melantun untuk gol ke 2 Real. Dikala ini ramai yang berfikir Real akan bertahan sebaik mungkin tetapi mereka silap, pertahanan Atletico semakin longlai dan longgar menyebabkan Ronaldo kembali kelihatan seperti seorang pemain berkelas dunia, bukan lagi sekadar untuk mencukupkan kuota 22 orang pemain di atas padang. Marcelo yang menerima bola diberikan penghormatan dari rakan sepasukan untuk melakukan percubaan ke gol lawan dan hasilnya satu rembatan telah mengegarkan gawang gol Atletico dengan ini Real ditabalkan sebagai juara Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke 10.


Tetapi, masih ada baki sedikit masa lagi dan 3 orang pertahanan Atletico cuba menghalang Cristiano Ronaldo dari menyusup masuk tetapi dia dijatuhkan dan penalti diberikan, dengan tenang Ronaldo menyempurnakan penalti ke penjuru kiri gol dan meraikannya dengan membuka baju. Beberapa minit sebelum perlawanan berakhir Diego Siemone masuk ke padang kerana bertengkar dengan Raphael Varane, tidak pasti apa punca pergaduhan mereka mungkin Simeone cuba mengulangi semula peristiwa pergaduhannya dengan Beckham di Fifa 1998 dulu mungkin. kesudahannya Varane dilayangkan kad kuning dan Simone diperintah keluar padang dan perlawanan berakhir 4-1.

Thursday, 22 May 2014

Rumah Ternipis Di London Pada Harga 450 000 Pound Sterling

Rumah 2 tingkat ini terletak di South East London, berkeluasan 99 inci lebar dan 466 kaki persegi ini dahulunya sebuah taman mini di sebelah rumah teres tiga tingkat. Mempunyai set kabinet dapur yang lengkap, ruang belakang rumah, 1 bilik tidur, bilik air dan ruang makan ini sudah cukup untuk mereka yang duduk bujang atau pun hanya duduk berpasangan tanpa anak-anak.










Rumah Untuk Bekas Pelacur Di Mexico

Tempat perlindungan ini adalah idea Carmen Munoz yang juga bekas pelacur, dia telah mengusulkan bantuan seperti ini kepada pihak kerajaan dan pelbagai agensi. Akhirnya pihak kerajaan tempatan telah memberikan tempat perlindungan ini yang dihuni oleh bekas-bekas pekerja sex yang berusia antara 55-86 tahun, sungguh kesian kepada mereka ini yang terpaksa melacur kerana tiada pekerjaan lain dan ada diantara mereka yang ditinggalkan sehelai sepinggang. Ada juga diantara penghuni pusat ini yang terpaksa melacur kerana mencari pendapatan.







Monday, 19 May 2014

Rio - BOCOP Pasukan Elit Bersenjata Yang Akan Bertugas Di FIFA World Cup 2014

Sebanyak 400 orang Polis ala-ala Robocop ini akan bertugas menjaga keselamatan semasa Piala Dunia FIFA 2014 nanti berlangsung, pasukan elite ini akan bersenjatakan  M16 dan M4 carbine, pistol Taurus PT 92, Grenade, pisau kombat 6 inci. Nama unit ini ialah BOPE iaitu Batalhao de Operacoes Policias Especias - Special Police Operation Batalion, unit yang ditubuhkan sejak 1978 dan berpengalaman menumpaskan sindiket dadah.






Jersi Edisi Khas Arsenal Sempena 20 Tahun Tajaan Nike

Mulai musim depan Arsenal akan memakai jersi tajaan Puma, jadi untuk mengingati 20 tahun penajaan itu telah dilancarkan jersi Arsenal edisi khas yang menggunakan gabungan jersi-jersi Arsenal dari musim-musim tertentu dan dijahit bersama hingga membentuk sehelai jersi. Jersi itu akan dipamerkan di Phenomenal House 26-30 mei, kemudian ke NikeTown London 31 mei dan akhirnya letakkan di Muzium Arsenal FC mulai 30 jun.


Tragedi Pagar Penghadang Runtuh Di Stadium El Sadar

Di kala kita semua bergembira melihat Atletico Madrid menjulang kejuaraan liga Sepanyol, di satu sudut lain berlaku perkara yang tidak diingini apabila 50 orang penyokong pasukan tuan rumah, Osasuna cedera akibat runtuhan pagar di belakang gol. Runtuhan itu berpunca daripada penyokong Osasuna yang meraikan jaringan Oriol Riera pada minit ke 12. Gol itu memberi harapan kepada Osasuna untuk kekal bersaing di Liga Sepanyol musim hadapan dan mengelakkan dari tersingkir ke Divisyen 2. 40 orang mengalami kecederaan kecil dan dirawat di tepi padang manakala 10 lagi dikejarkan ke hospital. Tiada kecederaan serius dilaporkan oleh Persatuan Palang Merah Tempatan, dalam pada itu pemain Real Betis yang dipinjam dari Sunderland, Alfred N'Diaye mempamerkan sifat kemanusiaan apabila dia mengangkat seorang penyokong cilik Osasuna yang tercedera untuk mendapatkan rawatan. Real Betis, lawan kepada Osasuna telah tersingkir terlebih dahulu kerana menghuni tangga tercorot liga, perlawanan tertangguh selama 30 minit akibat insiden itu  dan berakhir dengan keputusan 2-1 memihak Osasuna, tetapi itu tidak cukup untuk mereka kekal di La Liga dan tersingkir kerana kekurangan mata.







Wednesday, 7 May 2014

Burger Tertinggi Di Dunia

John Clarkson menamakan burger setinggi 1.6 meter ini sebagai pie-scraper, jumlah kalori burger ini ialah 30 000 kalori, berbanding purata jumlah kalori yang diambil seorang manusia biasa sebanyak 2 500 kalori sehari. Antara menu-menu yang digunakan untuk membentuk burger itu ialah daging, black pudding, sosej, steak pie, cendawan, bacon butty, spageti bolognese, bebola daging, cheese burger dan banyak lagi bahan-bahan yang tidak didedahkan.



Roller Coaster Dibina Di Belakang Rumah

Will Pemble, Seorang ayah yang penyayang telah membelanjakan 3 500 ribu pound sterling untuk membina roller coaster di belakang rumahnya. Selama 300 jam masa dihabiskan untuk menyiapkan roller coaster DIY itu, idea untuk membina roller coaster itu datangnya dari anak perempuannya setelah mereka sebelum ini kerap berkunjung ke taman tema.

 35 ribu ringgit malaysia untuk membina roller coaster bukan lah mahal sangat, yang penting perlu ada kemahiran untuk membina nya.




Sunday, 4 May 2014

Optimus Prime Diperbuat Daripada Belon

John Reid menghabiskan masa selama 42 jam dan menggunakan sebanyak 4 302 biji belon untuk menghasilkan optimus prime ini. Optimus prime berketinggian 50 kaki  itu dibuat di konvensyen komik Salt Lake City di Utah.



Friday, 2 May 2014

Bangkai Ikan Paus Biru Yang Terdampar Di Tepi Pantai Trout River, Kanada

Penduduk sekitar hairan bagaimana bangkai mamalia sepanjang 25 meter ini boleh tersadai di sini, mereka juga bimbang jika gas yang terkumpul di dalam kepala bangkai haiwan ini boleh meletup ia pasti mendatangkan bau yang kurang menyenangkan kepada masyarakat setempat. Menurut pakar, amat tipis kebarangkalian untuk gas yang terkumpul di dalam ikan paus itu meletup. Lama kelamaan gas yang terkumpul itu akan menyusut dengan sendirinya seperti belon. Melainkan jika ada seseorang yang sanggup melakukan sesuatu yang bodoh seperti menikam kawasan gas terkumpul itu dengan pisau tajam.





Sami Menghabiskan Masa 30 Jam Untuk Menyiapkan Seni Pasir Mandala

Dengan menggunakan peralatan diperbuat daripada besi yang dipanggil ' chak-purs' para sekumpulan sami yang berasal dari Drepung Loseling Monastery di negeri Karnataka, India. Pasir yang berwarna warni dituang dari chak purs, proses ini memerlukan ketelitian, kesabaran dan teknik penafasan yang betul supaya pasir yang dituang tidak terhembus dan merosakkan struktur Mandala. Kemudian mereka membersihkan hasil seni itu atas tujuan ' Tiada Apa Yang Kekal Selamanya ' menunjukkan setiap ciptaan/benda itu pasti mati/lenyap.


 

Masikyong Ski Resort - Resort Mewah Pertama Di Korea Utara

Resort ini kelihatan seperti sebuah tempat percutian lama dan rekaan hiasan dalamannya seperti berada di zaman 70 an dan 80 an tetapi jangan terkejut inilah resort ski mewah pertama dibuka di Korea Utara pada awal tahun ini, Dahulunya tempat ini adalah sekadar kawasan lereng bukit yang bersalji. Meriam salji digunakan untuk memastikan landskap kawasan ini sentiasa cantik, disamping bermain ski dan menaiki kereta kabel, pengunjung juga boleh mendengar propaganda yang dimainkan di skrin yang terpampang di kawasan itu.