Friday, 14 February 2014

Bunker Dilelong Pada Harga 50 Ribu Pound

Bunker ini dibina pada 1978 dimana era perang Dingin, sistem kumbahan dan saliran air boleh ber operasi dari bunker ini. Pintu masuk ke bunker ini asalnya hanyalah sebuah binaan batu yang mirip sebuah stor dan tiada siapa menjangka dalam binaan batu bata ini ada sebuah bunker yang bakal digunakan jika berlaku perang Nuklear.
 
Bunker ini mungkin sesuai untuk penyokong Manchester United atau Arsenal jika mereka gagal memenangi sebarang piala musim ini kerana gua untuk para penyokong ini bersembunyi sudah penuh, jadi Bunker adalah alternatif terbaik di samping sistem keselamatan yang lebih canggih dan terjamin.

Ciri-ciri keselamatan yang ada pada Bunker ini ialah pintu kalis letupan, penghalang udara,ruang makan,bilik rekreasi dan bilik decontamination untuk meneutralkan badan dari gas-gas berbahaya dan bahan-bahan radioaktif



No comments:

Post a Comment