Wednesday 19 February 2014

11 Pemain Bidan Terjun

Ini adalah barisan 11 pemain yang pernah bermain di posisi yang asing pada mereka, bila bercakap tentang pemain yang bermain di posisi aneh seperti pemain pertahanan  menjadi penjaga gol ramai dari kita yang akan mengingati Rio Ferdinand, John Terry dan John O Shea yang pernah menjadi bidan terjun itu. Kali ini aku senaraikan 11 barisan pemain yang pernah bermain di luar posisi asal mereka ....

David James

Dia memang seorang golkeeper, tetapi oleh kerana penjaga gol kedua, Nicky Weaver dimasukkan dia akhirnya di tukar ke bahagian serangan untuk minit-minit akhir perlawanan menentang Middlesbrough pada mei 2005... tidak bernasib baik kerana penalti minit akhir Robbie Fowler gagal disempurnakan dan Man City terlepas slot ke Uefa Cup

Angel Rangel 


Bek kanan Swansea ini menjadi penjaga gol kerana Michel Vorm dibuang padang, di bangku simpanan pula tiada penjaga gol kedua lagi memeningkan keadaan ialah Swansea sudah pun membuat 3 pertukaran pemain dan tugasan luar biasa itu diberikan kepadanya. Dalam perlawanan bertemu pasukan jiran iaitu Cardiff, Angel berjaya menyelamatkan free kick dan perlawanan tamat kelabnya tumpas 1-0 kepada Cardiff dengan Angel Rangel berjaya mengelakkan gol nya dari dibolosi

Phil Jagielka



Bek tengah Sheffield United ini menggantikan Paddy Kenny yang cedera dan Neil Warnock tidak menyenaraikan penjaga gol simpanan. Dengan perlawanan berbaki 30 minit Jagielkan menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan dan arsenal tumpas kepada Sheffield 1-0

Steve Brown
Mei 1999, Charlton Athletic bertemu Aston Villa...penjaga gol Andy Patterson dibuang padang 12 minit sebelum perlawanan berakhir. Dia berasa lega kerana berjaya menggalas tugas itu dengan baik apabila jaringan lewat Danny Mills memberikan kemenangan 4-3 kepada Charlton

Julian Dicks

Menjadi golkeeper sebelum rehat separuh masa pertama, hasilnya dia dibolosi 3 gol dan West Ham kalah kepada Everton 4-1 pada Disember 1995



David Howell

Perlawanan berlangsung di stadium The Valley  itu menyaksikan dia dibolosi oleh hatrik Clive Mendonca, perlawanan tamat Charlton 5-0 Southampton . Paul Jones dibuang padang dan David Howell gagal melaksanakan tugas nya



Tom Huddlestone

Pemain berambut afro ini berpindah ke Hull City kerana inginkan lebih banyak perlawanan, maksudnya bukan bermain di gawang gol. Allan Mc Gregor dibuang padang, 3 minit terakhir Tom bermain sebagai penjaga gol kerana 3 pertukaran maksimum telah digunakan dan Hull tidak boleh memasukkan pemain simpanan.





Stephen Clemence

Contoh bakat tak dapat diwarisi.... bapanya Ray Clemence penjaga gol legenda England dan Liverpool tapi bukan dia, midfielder ini menggantikan Nico Vaesen yang menerima 2 kad kuning dan hasilnya Birmingham tumpas 4-1 kepada Man City pada Disember 2005



Steve Staunton

Sander Westerveld (Liverpool) bergaduh dengan Francis Jeffers ( Everton) pada merseyside derby di Goodison Park, 1999. Dengan Sander dibuang padang dan 3 pertukaran telah dibuat Steve Staunton terpaksa menjadi golkeeper untuk baki 14 minit perlawanan. Dia tidak dibolosi sebarang gol, tetapi pasukan nya kalah kepada Everton kerana gol awal kevin campbell



Andy Booth
Penjaga gol ketiga dalam 1 perlawanan.... penjaga gol pertama dikeluarkan kerana cedera, penjaga gol kedua pula dibuang padang dan akhirnya dia menjadi penjaga gol ketiga dan free kick Jamie Redknapp memusnahkan harapannya untuk membantu Sheffield Wednesday mengutip 3 mata penuh.




Bo Hansen

 

Seorang penyerang, menggantikan Jussi Jaaskelainen yang diperintah keluar padang. Hanya menjaringkan 1 gol dalam 17 perlawanan untuk Bolton Wanderers, di gawang gol pula dia gagal membuktikan  potensi dirinya apabila dibolosi oleh Lauren Robert, Alan Shearer dan Craig Bellamy dalam baki 30 minit perlawanan. Newcastle 4-0 Bolton

No comments:

Post a Comment