Tuesday 5 March 2013

Rumput Di China Disembur Pewarna Hijau


Di Chengdu,China.di barat daya Chengdu,para pekerja landskap telah menyembur cat hijau pada rumput di kawasan awam di bandar itu.ini bukan perkara baru kerana di US juga sebelum rumput tiruan dicipta pihak stadium besbol telah menyembur cat hijau pada permukaan rumput untuk mengekalkan pemandangan rumput hijau disebabkan rumput menjadi kekuning-kuningan.

cat hijau yang digunakan itu dipanggil top green turf greening agent, dipercayai selamat digunakan dan tidak ber toksik.ada penduduk yang menyedari rumput itu disembur dengan cat setelah tapak kasut mereka berwarna hijau.syarikat pengeluar cat top green itu mendakwa cat itu tidak akan larut apa bila hujan,mampu bertahan selama 14 minggu dan menghijau kan warna tanah.


jabatan landskap enggan memberi komen tentang penggunaan cat itu tetapi memberitahu chinese journalist itu adalah nutrien yang membantu rumput untuk terus kekal hidup semasa musim sejuk.
Encik Yang,jurujual top green dan pencipta pewarna rumput itu berkata mereka telah menjual rumput itu kepada kerajaan chengdu sejak 5-6 tahun lalu.


No comments:

Post a Comment