Saturday 9 April 2016

April 2016 Masih Bernafas

Minta maaf kepada semua pembaca... Tu pun kalau ada yang baca blog hidup segan mati tak mahu ni.

Sejak Januari 2016 laptop aku tak lagi berada dalam pemilikan aku. Oleh sebab itu aku tak lagi mampu mengemaskini entri dalam blog ni. Dan aku juga terlepas tarikh penting ulangtahun ke-5 blog ini pada Mac lepas.

Hidup segan mati tak mahu pun masih mampu lagi bertahan sampai 5 tahun. InsyaAllah aku akan rajin mengemaskini blog ini dengan video -video menarik.

Aku memilih untuk mengubah hala tuju blog ini dengan memuat naik video dari YouTube saja. Berikutan di 2016 ini pun masih ada yang mempertikaikan entri-entri yang kita muat naik dan masih lagi melabelkan Blogger seperti kami ini Blogger copy paste.

Padahal kami anggap diri kami ini sebagai ensiklopedia bergerak yang cuba menyampaikan dan menterjemahkan segala info dan maklumat dari bahasa asing ke dalam bahasa Melayu.

Malangnya, niat suci kami untuk mengkayakan maklumat dalam bahasa Melayu telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

Sekian jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment