Si adik dari kecil suka berangan-angan di kawasan lereng bukit dengan melempar patung askar payung terjun dan kemudian meneropong nya seperti menjalankan adegan pengambaran. Abangnya pula sering menegur sikap adiknya yang suka berangan-angan itu, apabila si abang menyertai tentera si adik bebas dengan hobinya yang suka berangan-angan hingga mencipta satu binaan mesin masa yang diperbuat dari kotak.
Di tahun 1999... si adik dan abang kini sudah dewasa, adik kecewa dengan tindakan abangnya yang membakar segala majalah & rujukannya tentang dunia perfileman. Itu mengundang rasa benci dan marah adiknya sehinggakan dia tidak menegur abangnya selama 3 kali syawal. Si ibu cuba memujuk si adik dengan menyedarkan dia bahawa si abang yang dibenci nya itulah yang menanggung keluarga mereka selama ini dan dia jugalah yang membiayai pengajian adiknya itu untuk melaksanakan impiannya.
Secara tiba-tiba perasaan dendam yang bersarang selama ini terpadam dan dia termenung di lereng bukit yang sering menjadi tempat permainannya dulu. Disitu adik beradik ini berbaik semula.
Dari segi jalan ceritanya pasti mengingatkan kita pada iklan Digi " aku kan abang " pada tahun 2006 dulu dimana abang yang sering membuli adiknya dari kecil itulah orang yang pertama mengambil tahaun perihal masalah adiknya dikala adikknya buntu dan tertekan.
Iklan ini sarat dengan nilai kekeluargaan...kasih sayang itu diungkap walaupun tanpa sepatah kata...mungkin kita tak sedar tapi suatu masa kita akan faham jua apa.
No comments:
Post a Comment