Monday 3 November 2014

Khabar Bolasepak Seberang Tambak

Arena liga Singapura baru saja berakhir jumaat lepas apabila Warriors Fc menjuarai liga di saat akhir apabila Brunei DPMM yang dominan sepanjang musim hanya mampu seri bertemu Tampines Rovers.


Tetapi hari ini dikejutkan pula dengan berita penarikan diri Tanjong Pagar United dari Liga S. Tidak dinyatakan apa sebab nya tetapi kita semua sendiri boleh faham situasi bolasepak di Pulau Singa ini yang sekian lama berada dalam gelap kerana pengurusan liga,kelab yang kurang profesional serta masalah penaja yang tidak mahu menaja liga ini kerana kurangnya tarikan penonton ke stadium.

Berita lain pula yang menjadi perhatian ialah penggabungan 2 buah pasukan iaitu Hougang United & Woodland Wellington. Apakah nama baru pasukan ini ?? bakal diumumkan kelak. Antara alternatif yang ada selain menarik diri dari saingan liga pulau ini ialah dengan menggabungkan 2 pasukan berbeza. Tidak dinyatakan di manakah homeground mereka sama ada stadium Woodlands atau Hougang.
 



No comments:

Post a Comment