Tuesday, 20 November 2012

Mengapa Aku Tak Boikot Israel

aku dalam blog tak berapa ligat sangat menulis berbanding aku menulis untuk meng update status di FB.di sini aku sertakan sebab kenapa aku tak memboikot dan kenapa aku tak perlu memboikot.pasal semalam aku beratur dapatkan burger free di McDonald Ampang Park.

di bawah aku letakkan status aku yang tak peduli tentang nak boikot israel:

hangat hangat tahi ayam je dok sibuk pasal palestin ni.minggu depan buat tak tau dah.tanpa segan silu makan mcd minum coke lepak starbuck beli seluar jean levi's
kempen palestin ni dah macam ombak.sekejap ganas sekejap senyap.dulu kempen letak gambar warna coklat tanda mogok lapar.kali ni doa beramai-ramai plak,kena gelak dek yahudi je la.doa saja tapi takde solidariti nak bantu saudara palestin tu tak guna jugak.bantuan bermodalkan air liur semata mata
sibuk sangat dengan gaza sana sampai pilihanraya umum sendiri pun boleh buat-buat lupa nak buat.amerika jauh nun dah buat pilihan raya umum,kita ni bila nak buat ?? tak kan tunggu kempen menderma untuk syria plak baru terfikir nak buat ??
kalau ye pun KFC,McD ada salurkan duit ke Israel itu hasil untung diorang knape nak sibuk ? kalau ye pun duit tu duit umat islam jangan la makan mcd & kfc. makan la mamak yang jual ayam recycle,warung melayu yang kata halal tapi ada tikus merayau, dan RFC "senang" sangat nak jumpa.
 tak usah nak fascist sangat la dengan israel.cip komputer yang korang guna untuk online,broadcast mesej,kempen anti israel sana sini tu hasil produk diorang jugak.apa salahnya berterima kasih sikit pada israel.kalau israel tak kilangkan mikrocip tu semua pakai teknologi China la korang semua. berani ke nak pakai teknologi china korang yang sibuk huha sana sini anti israel ni??
 isu selatan thai,gerakan acheh merdeka,rohingya myanmmar ada korang sume sibuk berkempen sampai suruh bace doa itu ini ?? senyap je isu ni skarang.padahal ini jiran serantau kita,oh mungkin sebab jiran serantau kita ni tak berjubah,beserban,berkulit putih,janggut sampai ke dada,takde mengaku diorang tu dari keturunan saidina blablabla, ulama fufafufa,nabi .... dan sebab itu kita tak pedulikan diorang ??
 orang nak bagi burger free pun jadi isu ka ?? lu boleh bagi ke brader burger banyak tu ?? apa ingat ada santau ke dalam patty burger tu ?? orang nak amik atau tak itu hak masing-masing.kau ni banyak sangat baca buku konspirator sampai semua benda yahudi buat baik atau salah semua tak kena.ali maju berani ke bagi roti canai percuma ?? Otai burger berani ke bagi burger percuma ??
 boikot!!boikot!! boikot!! itu yang korang tau. kalau dah tau nestle tu bagi dana kat yahudi kenapa power root ni tak derma 5% pada palestine ?? kenapa syarikat yang menderma kepada palestin ni tak didedahkan?? baru rakyat tau sape. boikot ni dah 3 tahun dulu jadi senjata tapi orang kita masih gila mee maggi dari mee lee fah,indomie,pama. sejujurnya aku dah loya dengan boikot ni.
 lepak mamak minum milo produk nestle,on laptop processor intel,beli barang rumah kat carrefour,gel brylcreem keluaran sara lee,minyak baby johnson n johnson,anak-anak tengok disney channel,pakaian nak gorgio armani,haus minum coca cola. banyak sangat lah JASA israel ni pada kita. kalau israel boikot kita lagi susah hidup kita tanpa produk berjenama berkualiti dan mudah didapati di mana-mana
kutuk la israel tu ,diorang tu tak rasa tergugat pun dengan kempen hangat-hangat tahi ayam kita ni. fenomena takut Israeliphobia ni lebih hebat dari fobia kita kepada BENDERA BentengDemokrasiRakyat yang terang-terang berkempen ganyang malaysia.
aku lebih rela memboikot china dengan memboikot teknologi china seperti handset n77. ini lebih realistik memboikot barangan tidak berkualiti dari memboikot barang berkualiti.di china hak asasi pekerja juga terlampau teruk ini yang patut kita boikot kerana manusia itu pekerja bukan hamba.
8000 rakyat kita bekerja untuk mereka - kalau boikot korang mampu ke tanggung 8000 pekerja ni ??
supplier orang kita - kalau mcd tak beli siapa nak beli ? white castle ??
membayar cukai kepada kerajaan malaysia - cukai ni benda yang paling orang kita mengelak nak bayar
ada badan kebajikan kanak-kanak Ronald McDonald untuk kanak-kanak kurang bernasib baik - diorang pun ada kesedaran nak raikan kanak-kanak kurang bernasib baik. burger bakar ada ?? otai burger ada buat macam ni???
 poyo je ustaz don kata yahudi laknatullah.abes 24 rasul sebelum rasulullah tu bangsa ape ?? jawa ?? banyak nabi dari bangsa yahudi kenapa nak hina bangsa diorang plak ?? melayu bodoh ni lagi keparat dengan rasul melayu ,abuya al-arqam ,hassan anak rimau la,mirza ghulam ahmad la.tak laknat buat ajaran sesat gitu ?
 by the way 

AKU MAKAN EGGMUFFIN FREE TU

No comments:

Post a Comment