Tuesday, 27 November 2012

Komen Yang Ikhlas

Selepas kekalahan malam tadi ada bermacam komen dari penyokong yang mahukan rajagopal beri penjelasan kenapa singapore terlalu power sampai boleh bolos 3 gol lawan malaysia.
dalam video di bawah ni aku lebih suka komen dari pakcik berkopiah kat hujung durasi video ni sungguh tajam dan padu tusukan komen pakcik tu,pakcik u are the legend !!



Iklan Kopi SuperBest yang So Suck


 malam semalam masa aku tengok roda-roda kuala lumpur,setiap kali iklan ada-ada saje iklan Kopi Superbest ni  muncul paling aku menyampah apa motif iklan ni ?? nak kata kopi tu power?? dengan kazar baru minum kopi tu pandang kiri kanan dan terus melalak 'memang power !!!' what the hell?
minum kopi superbest macam minum air spesies isotonic pulak.yassin punya scene lagi tak boleh blah dengan dengan minum setengah cawan air,lepas tu tiba-tiba berdiri atas kerusi berjoget gangnam style,nyanyi lagu superbest power ?? kah kah kah bodoh betul iklan dah la nyanyi tak ikut tempo background music.

aku tak faham kenapa iklan kopi pre-mix ni mesti penyampaian nya entah apa-apa contoh dulu iklan kopi pasal suami isteri yang berbeza minat dengan tak semena-mena lelaki tu menjerit macam kena sunat sungguh membingitkan telinga,lepas tu muncul pulak kopi janda,kopi adabi dan semua iklan kopi pre mix atau pra campuran ini sungguh sampah penyampaiannya,itu belum lagi tengok iklan kopi lasindah yang arwah m rajoli berlakon sungguh face palm.

Sunday, 25 November 2012

Felipe Melo Si Bidan Terjun


setelah menumpaskan man utd hari rabu lepas kini galatasaray kembali membuat kejutan dengan felipe melo seorang midfielder menggantikan golkeeper galatasaray fernando muslera dilayangkan kad merah dan di minit akhir perlawanan penalti ini menentukan sama ada galatasaray akan berkongsi 1 mata dengan elazigspor atau memperolehi 3 mata jika melo berjaya mengagalkan penalti itu.

selepas mengagalkan penalti itu felipe melo meraikannya dengan memprovok pasukan lawan.dan perlawanan berakhir galatasaray 1-0 elazigspor


Tuesday, 20 November 2012

Mengapa Aku Tak Boikot Israel

aku dalam blog tak berapa ligat sangat menulis berbanding aku menulis untuk meng update status di FB.di sini aku sertakan sebab kenapa aku tak memboikot dan kenapa aku tak perlu memboikot.pasal semalam aku beratur dapatkan burger free di McDonald Ampang Park.

di bawah aku letakkan status aku yang tak peduli tentang nak boikot israel:

hangat hangat tahi ayam je dok sibuk pasal palestin ni.minggu depan buat tak tau dah.tanpa segan silu makan mcd minum coke lepak starbuck beli seluar jean levi's
kempen palestin ni dah macam ombak.sekejap ganas sekejap senyap.dulu kempen letak gambar warna coklat tanda mogok lapar.kali ni doa beramai-ramai plak,kena gelak dek yahudi je la.doa saja tapi takde solidariti nak bantu saudara palestin tu tak guna jugak.bantuan bermodalkan air liur semata mata
sibuk sangat dengan gaza sana sampai pilihanraya umum sendiri pun boleh buat-buat lupa nak buat.amerika jauh nun dah buat pilihan raya umum,kita ni bila nak buat ?? tak kan tunggu kempen menderma untuk syria plak baru terfikir nak buat ??
kalau ye pun KFC,McD ada salurkan duit ke Israel itu hasil untung diorang knape nak sibuk ? kalau ye pun duit tu duit umat islam jangan la makan mcd & kfc. makan la mamak yang jual ayam recycle,warung melayu yang kata halal tapi ada tikus merayau, dan RFC "senang" sangat nak jumpa.
 tak usah nak fascist sangat la dengan israel.cip komputer yang korang guna untuk online,broadcast mesej,kempen anti israel sana sini tu hasil produk diorang jugak.apa salahnya berterima kasih sikit pada israel.kalau israel tak kilangkan mikrocip tu semua pakai teknologi China la korang semua. berani ke nak pakai teknologi china korang yang sibuk huha sana sini anti israel ni??
 isu selatan thai,gerakan acheh merdeka,rohingya myanmmar ada korang sume sibuk berkempen sampai suruh bace doa itu ini ?? senyap je isu ni skarang.padahal ini jiran serantau kita,oh mungkin sebab jiran serantau kita ni tak berjubah,beserban,berkulit putih,janggut sampai ke dada,takde mengaku diorang tu dari keturunan saidina blablabla, ulama fufafufa,nabi .... dan sebab itu kita tak pedulikan diorang ??
 orang nak bagi burger free pun jadi isu ka ?? lu boleh bagi ke brader burger banyak tu ?? apa ingat ada santau ke dalam patty burger tu ?? orang nak amik atau tak itu hak masing-masing.kau ni banyak sangat baca buku konspirator sampai semua benda yahudi buat baik atau salah semua tak kena.ali maju berani ke bagi roti canai percuma ?? Otai burger berani ke bagi burger percuma ??
 boikot!!boikot!! boikot!! itu yang korang tau. kalau dah tau nestle tu bagi dana kat yahudi kenapa power root ni tak derma 5% pada palestine ?? kenapa syarikat yang menderma kepada palestin ni tak didedahkan?? baru rakyat tau sape. boikot ni dah 3 tahun dulu jadi senjata tapi orang kita masih gila mee maggi dari mee lee fah,indomie,pama. sejujurnya aku dah loya dengan boikot ni.
 lepak mamak minum milo produk nestle,on laptop processor intel,beli barang rumah kat carrefour,gel brylcreem keluaran sara lee,minyak baby johnson n johnson,anak-anak tengok disney channel,pakaian nak gorgio armani,haus minum coca cola. banyak sangat lah JASA israel ni pada kita. kalau israel boikot kita lagi susah hidup kita tanpa produk berjenama berkualiti dan mudah didapati di mana-mana
kutuk la israel tu ,diorang tu tak rasa tergugat pun dengan kempen hangat-hangat tahi ayam kita ni. fenomena takut Israeliphobia ni lebih hebat dari fobia kita kepada BENDERA BentengDemokrasiRakyat yang terang-terang berkempen ganyang malaysia.
aku lebih rela memboikot china dengan memboikot teknologi china seperti handset n77. ini lebih realistik memboikot barangan tidak berkualiti dari memboikot barang berkualiti.di china hak asasi pekerja juga terlampau teruk ini yang patut kita boikot kerana manusia itu pekerja bukan hamba.
8000 rakyat kita bekerja untuk mereka - kalau boikot korang mampu ke tanggung 8000 pekerja ni ??
supplier orang kita - kalau mcd tak beli siapa nak beli ? white castle ??
membayar cukai kepada kerajaan malaysia - cukai ni benda yang paling orang kita mengelak nak bayar
ada badan kebajikan kanak-kanak Ronald McDonald untuk kanak-kanak kurang bernasib baik - diorang pun ada kesedaran nak raikan kanak-kanak kurang bernasib baik. burger bakar ada ?? otai burger ada buat macam ni???
 poyo je ustaz don kata yahudi laknatullah.abes 24 rasul sebelum rasulullah tu bangsa ape ?? jawa ?? banyak nabi dari bangsa yahudi kenapa nak hina bangsa diorang plak ?? melayu bodoh ni lagi keparat dengan rasul melayu ,abuya al-arqam ,hassan anak rimau la,mirza ghulam ahmad la.tak laknat buat ajaran sesat gitu ?
 by the way 

AKU MAKAN EGGMUFFIN FREE TU

Sunday, 18 November 2012

Luahan Hati

kredit kepada obefiend - blog freedom of allocation 

ini apa yang ingin aku sampaikan kepada semua


Liverpool 3-0 Wigan

agak celaka jugak sebenarnya semalam,kira-kira 15 minit separuh masa kedua bermula baru admin dapat tengok livestreaming sebab semasa separuh masa ke2 bermula admin tengah download file jadi line internet jadi slow dan terpaksa la tunggu habis download baru dapat tengok livestreaming dan bila sambung tengok game terkejut beruk admin bila scoreboard tunjuk 2-0 dan 2 gol itu dijaringkan oleh Luis Suarez dan gol ke 3 dijaringkan oleh jose enrique. kalau suarez tak gopoh depan gol semalam dah dapat 4 gol agaknya beliau. dengan kemenangan ini bermakna sudah 5 tahun liverpool tidak membelasah wigan,kali terakhir liverpool membelasah wigan ialah musim 2006/2007 dengan keputusan 4-0.



Kenari 1-0 Setan

dah 7 tahun kenari tak menang ke atas setan merah.pagi tadi tandukan anthony pilkington,juga bekas anak didik setan merah tapi murtad dengan menyertai kelab burung kenari menjaringkan gol kemenangan yang cukup perit dan memalukan setan merah dan penyokong mereka.



 kah kah kah kah kah padan muka ............

Saturday, 17 November 2012

Malekith : Musuh Baru Thor 2013: The Dark World

Malekith ini dilakonkan oleh christopher ecclestone.gambar ini diambil semasa sesi pengambaran filem terbaru THOR : THE DARK WORLD yang akan ditayangkan 2013 nanti.

 





Thursday, 15 November 2012

Debut England Raheem Sterling

Raheem ada ditawarkan untuk mewakili negara kelahirannya Jamaica,tetapi dia memilih untuk mewakili England.untuk debut england nya raheem diberi no 7 iaitu no legenda,dari sini sudah menunjukkan sterling satu hari nanti bakal menjadi bintang generasi baru england.









100 Cap Steven Gerrard

menang atau kalah itu cerita lain yang penting steven george gerrard berjaya mendapatkan 100 cap nya.maklumlah tak ramai player england dapat 100 cap mewakili negara.kalah kepada sweden 4-2 itu satu peristiwa pahit untuk dikenang tetapi ini sekadar perlawanan persahabatan saja dimana dalam skuad england ini ada 6 pemain yang menerima cap antarabangsa untuk kali pertama.diucapkan semoga stevie g akan menerima lebih banyak lagi cap selepas ini.







Wednesday, 14 November 2012

Logo Kelab Belia Taman Desa Keramat VS Melbourne Victory FC

Sabtu lepas masa nak balik dari fiske steak house AU2,aku terjumpa satu logo kelab belia taman desa keramat.apa yang menarik perhatian aku ialah logo kelab ini mirip atau 100 peratus sama dengan logo kelab bolasepak Melbourne Victory,kelab Hyundai A league iaitu liga bolasepak australia.seperti ditulis pada lambang,kelab belia itu wujud sejak 1990 dan Melbourne Victory FC pula diasaskan pada tahun 2004 iaitu tahun Hyundai A league mula diwujudkan.

 

bila aku merujuk pada wikipedia tiada pula sumber menyatakan kelab belia ini ada kaitan dengan melbourne victory.





Lagu HARIMAU MALAYA Yang Hampeh

Lagu bolasepak bertemakan harimau malaya yang jadi sanjungan aku ialah lagu-lagu chanting ultras malaya yang lebih feel bolasepaknya berbanding lagu harimau malaya yang dinyanyikan oleh artis-artis yang mengikut trend dengan mencipta dan menyanyikan lagu harimau malaya tetapi liriknya sungguh sampah.

lagu ini aku dengar sebentar tadi di hot fm 97.60 setiap bait lagu yang dinyanyikan oleh dedeq,E'one,mali dan nawkhi yang datang dari lubuk mana entah.pada aku originaliti atau keaslian itu lebih baik berbanding trend atau sold out.kalau hendak lagu bola mestilah ditulis,dinyanyikan oleh penyokong bolasepak itu sendiri bukannya penyokong bolasepak jadian.aku lebih menerima lagu bola yang datang dari ultras nogori,silvertstate ultras berbanding yang dibuat oleh sakai-sakai artis ini.





Tona Kulit Hitam Di Sesebuah Negara

Kali ini kita menjelajah ke negara-negara tertentu untuk melihat tona dan jenis kulit hitam yang ada pada rakyat mereka.


Tipikal Penyokong Manchester United

mereka menganjing liverpool 22 tahun tak menang liga,tapi sebelum epl 92/93 mereka sudah 26 tahun tidak memenangi division 1.

mendakwa setiap signing mereka terbaik dan bakal menjadi pemain terbaik dunia lihat saja pada juan sebastian veron,kleberson,kieran richardson,liam miller,eric djemba djemba,diego forlan,bebe,anderson,mikael silvestre, sudah menerangkan mereka bukan bijak sangat dalam membeli pemain

mempertikaikan piala liga yang dimenangi liverpool musim 2011/12 tetapi musim 2009/2010 mereka juga memenangi piala carling.tanpa piala carling mereka trophyless musim itu

mereka mendakwa akademi mereka terbaik tetapi berapa kerat saja pemain akademi man utd kini bermain untuk pasukan utama ?? cleverley, fletcher,evans,wellbeck, hanya wellbeck yang benar-benar prolifik 


 

Tuesday, 13 November 2012

Chernobyl Hari Ini Dari Kepingan Gambar

 
walaupun ditakrifkan tidak selamat tetapi masih ada warga tua yang berusia 80-90 tahun menetap di bekas tapak nuklear ini.chernobyl terletak di ukraine tetapi kesan radiasi lebih teruk dirasai di belarus.dalam gambar ini menunjukkan chernobyl tidak lah menjadi padang jarak padang tekukur seperti yang didakwa oleh orang kita di malaysia ini.paling ajaib strawberi yang ditanam di chernobyl saiznya 2 kali ganda lebih besar dari strawberi biasa,kualiti air di chernobyl pula rasanya lebih asli dari air paip yang diterima di tempat lain.tetapi perlu berhati-hati kerana kadar pencemaran di chernobyl berubah setiap masa dan perlu ada alat penyukat suhu untuk mengetahui suhu radiasi.


Stevie G : 1 dan 100 Cap


gambar di atas ialah gambar stevie g bersama legenda liverpool, Kevin Keegan  jurulatih england tahun 2000 sebelum perlawanan pra euro 2000 antara england menentang ukraine pada 31 mei 2000

 

gambar ini pula debut gerrard semasa mewakili england menentang ukraine pada 31 mei tahun 2000 iaitu semasa hari jadi nya ke 20.nombor 2 pada dada gerrard sudah membuktikan ini aksi pertamanya kerana selepas itu gerrard kerap memakai nombor 4.



dan kita sama-sama nantikan  gambar steven george gerrard dalam penampilan ke 100 nya untuk England .....

Sunday, 11 November 2012

Paris-Plages Pantai Buatan di Paris

Pantai ini tebing sungai Seine di tengah bandaraya Paris.pantai ini mula dibuka pada tahun 2002 dengan mengimport pasir dan mendirikan pokok palma dewasa di situ.rekod kehadiran tertinggi di pantai buatan manusia itu ialah pada musim panas 2007 dengan kedatangan 7 juta pelancong.fungsi pantai itu ialah untuk sun bath iaitu berjemur di tepi sungai sambil menyaksikan keindahan sungai Seine dan bot melalui laluan sungai itu.di situ juga laluan untuk pejalan kaki bersiar-siar di tepi sungai.kemudahan seperti bed chair yang digunakan untuk berbaring juga disediakan tetapi untuk bermandi-manda tidak dibenarkan kerana atas tujuan keselamatan dan yang paling penting sun bath topless dilarang sama sekali.

aku juga menantikan bila agaknya sungai klang dan sungai gombak akan melalui transformasi sebegini ??