Saturday, 14 January 2012

jangkaan masa depan yang gagal

aku memang tak pernah percaya pada ramalan so called genius football prediction yang selalu memberi harapan lebih2 lagi pada wonderkid atau pemain remaja yang hebat di peringkat remaja tetapi belum menunjukkan kemampuan sebenar nya di peringkat senior.mereka ini kebanyakan datang nya dari akademi kelab2 terkenal tapi terkenal belum cukup menunjukkan mereka mampu menghasilkan bakat2 baru yang bagus.

kebanyakan pemain yang bagus datangnya dari kelab bawahan kerana mereka diberi peluang untuk bermain bersama pemain senior dan kemunculan mereka bukannya pada minit 80,88 dan 90 sebagai pemain simpanan seperti yang berlaku pada pemain remaja dari akademi kelab atasan lihat sajalah berapa ramai pemain bintang yang dilahirkan dari akademi west ham united sehingga layak di gelar academy of football yang menenggelam kan gelaran hammers mereka. bukannya hendak mengata kelab akademi kelab terkenal tidak mampu melahirkan pemain yang bagus,tetapi itu semua terletak pada kejurulatihan mereka contohnya ramai pengurus kelab lebih suka membeli pemain yang sudah menempa nama berbanding memberi peluang kepada pemain dari akademi mereka sendiri kalau adapun pemain remaja itu akan dipinjamkan dengan alasan memberi pengalaman tetapi kemudiannya dilepaskan dari kontrak dan dijual .contohnya zoran tosic, sebelum dia masuk man u bermacam2 hype atau perhatian diberikan pada budak ni padahal dia tak buat pun kemunculan senior lagi lastly dia di release dari kontrak dan tak sempat main di epl

dan karier mereka yang gagal ini  diteruskan dengan bermain di liga yang kurang kompetitif dan kalau bernasib baik pun main di liga bawahan dan paling malang terpaksa melupakan karier bolasepak  dengan bekerja untuk menyara hidup setelah gagal memikat mana2 kelab. jangan lupa, wonder kid - pada pandangan orang tapi worst kid pada aku, federico macheda yang menjaringkan gol penting utk man u menang 3-2 ke atas aston villa dan 2-1 sunderland itu pun reflected dari rembatan michael carrick.sejak gol debut tu hampir setiap hari espn,bbc dan media cetak sibuk buat cerita pasal budak ni. sekarang ni tengok di mana dia?? menjadi loanee yang masih gagal memikat kelab yang meminjamnya untuk diberikan kontrak tetap.
paling diingati, freddy adu yang membuat kemunculan senior untuk D.C united di Major league soccer dan mencipta rekod sebagai pemain termuda pada usia 15 tahun, gila apanya remaja yang patut didedahkan taktikal dan formasi bolasepak dibawa masuk untuk bersaing dengan senior yang jauh lebih  berpengalaman dan dia di gebang kan sebagai pencetus revolusi bola sepak di amerika syarikat. tapi lihat di mana dia sekarang ?? loser dan tidak dipilih pun untuk mewakili amerika syarikat di piala dunia 2010.
francis jeffers ingat lagi ???  satu ketika dulu menjadi pemain remaja termahal di britain dibeli arsene wenger pada harga 8 juta pound dan menjadi pembelian membazirkan buat arsenal, dia gagal menyerlah walaupun di awal era 2000 an arsenal menjuarai liga,piala FA tetapi dia tidak layak menerima medal kemenangan kerana tidak disenaraikan dalam senarai pemain kerana kecederaan dan jumlah penamilan liga yang terhad dan fox on the box kini di liga australia bermain untuk newcastle united jets selepas gagal di setiap kelab yang disertainya satu silap besar buat francis meninggalkan everton.

senarai gagal ni berterusan tahun demi tahun, dan bukan berpuluh-puluh tapi beratus-ratus nama yang termasuk dalam senarai ni.antaranya andy carrol,neil mellor,james vaughan,jeremie aliadere,johnnie jackson,jonathan stead,bojan krkic,mark randall,rodrigo possebon,amauri bischoff,shola ameobi,david ngog dan banyak lagi....

No comments:

Post a Comment