pagi tadi bluebird akhirnya layak ke final piala carling.si pembaca berita beriya-ia memuji macam la cardiff tu ada kaitan dengan malaysia, macam la cardiff tu terletak di gemas,alor star,keningau,kudat,bintulu,miri,kapit,teluk intan,sabak bernam dan macam2 lagi.
padahal cardiff tu hanyalah sebuah bandar yang terletak di wales.dan majoriti rakyat malaysia tak tau di mana letaknya wales dan apakah warna bendera wales.dan kalau ada kaitan pun hanyalah di miliki chan thian ghee yang menjadi pengerusi BERJAYA GROUP yang memiliki berjaya times square,kompleks kotaraya (sekadar sebut yang aku tau)
untuk apa bangga dengan cardiff ?? tak pernah ada pemain malaysia yang bermain untuk cardiff,tak pernah ada kerjasama akademi bolasepak cardiff di malaysia,cardiff tak pernah buat sebarang perjanjian melibatkan pertukaran pemain remaja,dan berkongi ilmu kejurulatihan dengan mana2 team bola di malaysia.semuanya TAK PERNAH.
si pembodek cakap itu adalah ONG tahun baru cina?! satu kebetulan saja pada aku. pada semua penonton yang baru kenal cardiff masa chan thian ghee amik alih,aku nak khabar kat korang semua,cardiff sebelum tu pernah layak ke final piala FA 2008 bertemu portsmouth prestij piala FA tu lagi besar dari piala liga@carling.aku nak cakap, ada atau takde MALAYSIA kat baju cardiff city tu bukan membawa sebarang tuah pun. kalau membawa tuah,kenapa cardiff city ni berulang kali kalah game play off ke EPL?? team lain sekali main play off dah layak tanpa sebarang masalah ke epl tapi kenapa team ni tak reti menang ?? LOSER agak nya.
kalau di lihat player cardiff city bila celebrate gol akan cium lencana cardiff bukannya cium tulisan malaysia kat tengah jersi tu,tak pernah dibuat orang.kalau ditanya pun apa diorang kisah nak letak malaysia,singapore,brunei,thailand,timor leste ke kat baju tu yang penting gaji diorang berbelas ribu pound seminggu tu jalan. buat apa nak sibuk2 bangga dengan negara yang diorang sendiri tak kenal dan tak tau dimana letaknya, betul ini bukan tipu.negara dunia ke-3 macam malaysia tak ramai orang kenal.garu kepala diorang nak carik dalam peta malaysia kat mane.
persoalan,kenapa rakyat malaysia nak sibuk dengan cardiff yang takde kaitan dengan diorang?? john henry dan malcom glazer adalah pemilik liverpool dan man utd tapi kenapa rakyat amerika masih GAGAL meminati football yang mereka sebut soccer? dah ada pemain amerika syarikat dalam epl pun diorang masih minat dan taksub dengan american football,lacrosse,hoki ais, basketball, besbol, skateboard,nascar races dan mcm2 lagi sukan ekstrem. sebelum berjaya group beli cardiff,proton terlebih dahulu sponsor norwich city tapi sekejap je norwich city bertahan di epl dan sekejap tu juga lah penyokong norwich wujud,tak pasti sama ada penyokong norwich zaman AVIVA ni masih wujud lagi atau tak di malaysia ni.
|
adakah cardiff city akan membawa piala carling berarak di jalanan ?? piala ni la yang membuat penyokong cardiff menangis |
kalau cardiff kalah teruk adakah malaysia akan malu jugak ?? sudah tentu malu.kalau menang pun agaknya piala tu akan diarak keliling bandar cardiff atau diarak satu malaysia dari perlis ke sabah??
confirm akan diarak keliling cardiff bukannya diarak dari perlis ke sabah.sekali lagi aku ulang,apa kaitan malaysia dengan cardiff??. macam man city menang piala FA tahun lepas ada ke diarak piala FA inggeris tu pusing emiriyah arab bersatu (UAE) ??