Post pertama tahun 2021... kebetulan pulak last post 2020 tu pasal sebelum Malaysia dilanda Covid19.
Bila tengok balik post fb setahun dulu, hujung bulan januari rupa-rupanya dah mula kecoh pasal wuhan virus yang merebak secara tiba-tiba di China.
Memasuki bulan 3, keadaan jadi lebih teruk dan sejak tu dunia mula jadi tak sama seperti sebelumnya. Rasa macam hidup dalam movie zombie pun ye bila kena kawalan pergerakan, nak keluar rentas daerah sampai kena pi balai mintak cop polis.
Paling haru bila real life jadi sebijik macam dalam movie Contagion, ingatkan 3-6 bulan setel la epidemik ni, rupa-rupanya keadaan jadi lebih teruk sampai makan masa setahun. Sampai kena berkurung, daripada 12 bulan aku cuma enjoy 3 bulan saja dalam tahun 2020. Kesana sini kena pakai mask, nak travel pun susah, kena swab test bagai.
Andi Khairul 48
Friday, 29 January 2021
2021 Resolusi Baru
Saturday, 19 September 2020
Kamarulzaman Hassan - Bekas Penjaga Gol Kebangsaan
Kamarulzaman antara penjaga gol yang kariernya layu sebelum berkembang. Gara-gara kesilapan tertolak bola masuk ke gawang sendiri semasa final acara bolasepak Sukan Sea 2001 yang mana Malaysia menjadi tuan rumah.
Kamarulzaman era itu adalah no.1 di posisi penjaga gol. Sejak itu dia tidak lagi menjadi no.1 di gawang skuad kebangsaan. Amat mengecewakan dia tidak diberikan peluang untuk menebus kesilapannya. Jika dipanggil ke latihan pusat pun hanya dianggap sebagai backup goalkeeper.
Meskipun sudah lama bersara, dia masih lagi aktif melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan sebagai jurulatih penjaga gol.
Saturday, 12 September 2020
Farihin Ufiya - Pelakon Baru
Mula-mula ingat filem Cikgu Suraya, rupanya bukan. Kebetulan tajuk sama, dengan kisah erotik zaman orang tulis surat layang.
Farihin Ufiya ni hasil gugelan aku rupanya pelakon baru. Saja aku tak tepek gambar dia dalam blog ni supaya tak ganggu privasi tuan punya badan.
Hasil pembacaan Farihin berusia 23 tahun, pelajar tahun akhir dari HELP University dalam bidang Psychology. Dia jugak antara 23 nama-nama yang terpilih untuk Program Perdana Fellow 2020 dibawah Kementerian Pengangkutan. Bukan senang dapat join program ni. Hanya yang terpilih sahaja.
Berbalik kepada portfolio lakonan Farihin pula, dicatitkan dia pernah berlakon dalam telemovie/short film ?? Tumpang 2018 dan Suraya 2020.
Dalam filem Suraya ni dia (Nabila) dan Adam-bf nya, pasangan kekasih yang terkandas di satu kawasan pedalaman. Di satu homestay yang dimiliki oleh Suraya dan dibantu oleh Aishah dan Pak Kassim. Dalam masa 2 hari, macam-macam perkara tak elok jadi. Ditambah pula dengan berita pokok besar tumbang di sebatang jalan yang satu-satu akses keluar masuk kampung tersebut.
Keadaan ditambah teruk dengan kereta dinaiki mereka berdua tiba-tiba rosak. Adam tanpa sedar digoda dan termasuk ke perangkap Suraya yang penuh mistik lagi misteri.
#pelakonbaru #pendatangbaru #bakatbaru #farihinufiya #suraya #filemseram #ceritaseram #ceritahantu
Wednesday, 4 March 2020
RahmatanlilAllamin Mujahid Yusof Rawa
Pengalaman Bekerja Dengan Menteri Agama Penuh Kontroversi
Saya mahu terus bergerak melangkah ke depan, tetapi ini adalah catatan akhir yang saya rasa penting dan bermakna, sekurang-kurangnya untuk saya. Sebuah catatan pengalaman.
Saya memilih jalan ini, memilih kerja ini ketika anak bongsu saya ketika itu baru berusia 6 bulan, menyusu badan penuh. Kerja saya pula menuntut komitmen yang sangat tinggi. Seolah-olah dah macam Menteri. Ke sana ke sini, urus itu urus ini, beratus-ratus mesej sehari, panggilan telefon tak henti, surat, emel dan segala bagai lagi. Saya angkut beg menyusu saya merata, ke program ke parlimen, ke mesyuarat. Dan tahu bagaimana saya terus boleh bertahan?
Kerana saya direzekikan Allah mendapat ‘bos’ yang baik. Ya, Menteri Agama yang nampak macam muka garang, menakutkan, tidak mesra itu sebenarnya orang yang sangat memahami, selalu boleh mendengar, prihatin dan mudah didekati. Tak pernah lah saya kena marah tak tentu pasal, kena tegur sebab saya memang salah tu memang ada. Beliau juga tidak cerewet, senang diurus. Itu memudahkan kerja saya, membolehkan saya terus bertahan.
Bagaimana rasanya bekerja dengan Menteri Agama yang paling banyak kontroversi, paling banyak dimaki?
Awal-awal bekerja dulu saya susah nak tidur malam. Terlalu banyak serangan terlalu banyak isu dihadapi setiap hari. Ada-ada sahaja, lepas satu, satu yang lain pulak timbul. Masa kes ‘Nisha Ayub’ meletup; saya rasa macam nak pecah kepala, seminggu tak boleh tidur lena.
Tetapi Menteri Agama itu tenang-tenang sahaja. Kami yang tak boleh lena, beliau teruskan saja agenda. Beliau tahu apa yang beliau buat dengan sangat jelas. Jenis yang susah nak apologetik, tegas dengan prinsip. Kami juga yang letih tak tahan kena maki.
Dalam banyak-banyak episod suka duka bekerja dengan Menteri Agama ini, antara yang paling saya ingat saya pernah mengamuk di Whatsapp dan FB, jadi sangat marah bila ada yang mengatakan bahawa Menteri Agama ini mendapat ‘habuan’ hasil komplot dengan DAP / LGE dalam skandal Tabung Haji. Ya, Tabung Haji isu yang sentiasa melingkari kerja kami sejak awal hinggalah akhir.
Saya mengamuk sebab saya tahu perkara ini sangat tidak betul. Tahu kenapa? Sebab saya antara orang yang ada akses kepada akaun bank Menteri Agama ini. Beliau ini sebenarnya tidak berduit sangat. Gaji sebagai Menteri, itulah sahaja satu-satunya sumber pendapatan beliau. Sungguh tak logik kalau tengokkan baki akaun itu kalau nak kata beliau terima habuan.
Jaga pula ‘agama’. Bukan ada projek, tender-tender sangat pun. Saya sendiri 20 bulan bekerja, tak pernah terlibat atau masuk mesyuarat tentang tender projek. Menteri Agama pun sama. Sebab saya yang jaga jadual beliau.
Awal-awal dulu beliau boleh memilih untuk menjadi mana-mana Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah dalam 14 Agensi Agama yang berada di bawah beliau. Boleh pilih untuk tambah lagi pendapatan. Macam Menteri Agama sebelum-sebelum ini yang memang banyak memegang jawatan dalam agensi. Boleh kira sendiri gaji Menteri tambah gaji/elaun Pengerusi Agensi dan juga Ahli Lembaga Pengarah. Boleh buat duit mudah-mudah.
Saya sendiri pernah mencadangkan beliau menjadi Pengerusi MAIWP. Pengerusi MAIWP ni tak pernah tidak disandang oleh Menteri. Itulah tradisi, itulah yang biasa terjadi. Sekurang-kurangnya bagi saya, adalah satu agensi yang beliau jadi Pengerusi. Itupun beliau tolak mentah-mentah.
Menteri Agama yang selalu dimaki ini ada integriti yang tinggi. Ada prinsip tidak mahu campur tangan atau ada kepentingan dalam agensi-agensi. Itu yang membolehkan saya bertahan terus bekerja. Dengan integriti dan prinsip, kerja kita diberkati.
Bagaimana rasanya bekerja dengan Menteri Agama yang paling banyak kontroversi, paling banyak dimaki?
Menteri Agama ini orang yang penuh dengan idea dan ilmunya tinggi. Sebelum jadi Menteri lagi, saya adalah pembaca tegar buku-buku beliau. Buku-buku yang penuh teori dan idea-idea melangit itu.
Setelah bekerja dan mahu merealisasikan segala idea-idea itu, barulah kami rasa langit itu tinggi ke rendah. Punyalah susah pelaksanaannya. Idea Rahmatan Lil ‘Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia yang menjadi tiga teras penting itu cuba dibawa untuk rentas kementerian, untuk dijadikan dasar negara. Walaupun banyak isu-isu kontroversi-kontroversi yang mengiringi agenda Rahmatan Lil ‘Alamin ini, namun akhirnya berjaya juga diluluskan sebagai dasar rasmi negara dalam kabinet. Disebut oleh YDPA, diluluskan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) dan juga diluluskan Majlis Raja-Raja.
Ada juga beberapa inisiatif ‘rahmah’ yang telah berjaya dibuat seperti Mahkamah Khusus Untuk Kes Hadhanah dan Nafaqah. Akta Profesion Guaman Syarie 2019 yang tertangguh sejak tahun 1982 lagi akhirnya berjaya diluluskan di parlimen. Masjid RAHMAH dilancarkan. My Insaniah untuk anak-anak remaja sekolah dan Mahasiswa Rahmah untuk mahasiswa. Duta Rahmah juga diwujudkan walaupun masih banyak kelemahan.
Banyak lagi inisiatif-inisiatif dan program baru yang telah diwujudkan. Walaupun ada yang tidak dinamakan dengan ‘Rahmah’.
Yang saya ingat, antara idea-idea yang terbengkalai belum sempat disempurnakan seperti RUU Akta Wakaf, Penyeragaman Undang-Undang Jenayah Syariah, penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia, Komuniti Rahmah di parlimen-parlimen dan beberapa lagi. Panjang pula nak tulis semua. Memang banyak yang belum turun ke bawah disebabkan tahun pertama kami bertungkus lumus selesaikan diperingkat dasar dan kementerian.
Dengan idea-idea dan penguasaan ilmu yang beliau ada, menyebabkan saya bertahan kerana ada visi dan halatuju hendak ke mana. Boleh nampak walaupun beliau mungkin bukan Menteri yang popular yang disebut-sebut.
Itu belum sentuh bab minat beliau kepada buku, seminar-seminar ilmu lagi. Banyak program yang biasanya Menteri-Menteri ni hadir masa perasmian je, tetapi Menteri Agama ini kalau seminar-seminar, selalunya beliau akan minta saya kosongkan jadual dan beliau akan jadi pendengar setia. Termasuklah seminar Rahmatan Lil Alamin di UIA tahun lalu, yang mana beliau ambil peluang untuk nilai gagasan ini dari sudut akademik.
Menteri Agama yang selalu kontroversi dan dimaki ini ada idea dan gagasan. Walaupun mungkin ada kelemahan terhadap elemen pelaksanaan dan juga aspek penyampaian. Kami akui kami mungkin sangat lemah.
Akhirnya, saya bertahan juga bekerja bersama Menteri Agama yang paling kontroversi dan paling banyak dimaki ini hingga akhirnya. Bersama pelbagai ilmu dan pengalaman baru.
Terima kasih buat YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Menteri Agama yang akan sentiasa dikenang oleh saya walaupun dibenci oleh segelintir manusia.
Nurul Suhadah Shuib
#catatansus
#jpmagamadalamkenangan
Saturday, 8 February 2020
Februari 2020
yang buat aku gembira di bulan februari 2020 ni adalah sebab bulan ni ada 29 hari ! jadi 29 februari ni bukan datang setiap tahun tau. Cuma 4 tahun sekali je, jadi untung la sape yang lahir tarikh ni.
29 Februari ni aku cuma ingat filem 29 februari lakonan Remy Ishak, Izzue Islam tu je. Reviu ? nanti la aku tulis.
Tuesday, 21 January 2020
Jangan Kafankan Dia
cerita pasal cikgu lakonan Fathia Latiff yang mengajar di sebuah sekolah tetapi berhadapan kerenah pelajar bermasalah. Dahla sekali je cerita ni main kat astro prima.
Time ni Fathia Latiff walaupun tak berapa bersih tapi taklah teruk mcm sekarang ni. Whats wrong with u fathia ?
Sudah-sudah la ambik barang tu, insaf insaf la. Awak pun bukan bbnu lagi.
Imbasan Tahun 2000 Part 2
1. TV3 dan slot iklan
Waktu era awal 2000an ni dulu masih ramai yang pakai tv bersaiz kecil sebab tv 29 inci sangat2 la mahal pada masa tu. Engkorang boleh bayangkan tak dahla skrin tv
kecik, pastu jadi kecik lagi sebab atas dan tepi ada ruang iklan lagi. Punya la tinggi rating tv3 time ni sebab berebut rebut orang buat iklan atau tv3 nak raih duit
iklan semaksima mungkin sebab masih belum pulih dari krisis kewangan 1997 ???
2. Maria Mercedes - Telenovela Amerika Latin
NTV7 masa ini jadi pilihan aku sebab slot rancangan urban belaka dan tidak bertumpu pada masyarakat kampung,desa macam content di TV1,2 dan tv3. Maria Mercedes yang di
dubbing ke dalam Bahasa Melayu jadi pilihan ramai penonton pada waktu petang. Kisah Maria gadis marhaen yang melakukan pelbagai jenis kerja untuk survive dan seorang
anak hartawan kaya jatuh cinta padanya. Aku rasa inilah telenovela Amerika Latin pertama yang aku tonton. Sebelum demam telenovela melanda Malaysia di awal era 2000an
dengan TV2 menayangkan Por Tu Amor dan El Amor es como Lo Pintan, tv3 pula dengan Rosalinda yang menerima sambutan hangat selepas itu diganti dengan La Intrusa, NTV7
pula kekal mendahului dengan La Usurpadora bermaksud Si Penyamar, tetapi kegemilangan memuncak dengan Mis Tres Hermanas (2001-02) hinggakan Phyne Ballerz keluar dengan
lagu Purest of Pain nyanyian Son By Four yang diterjemahan kepada Vida yang menjadi lagu hit kumpulan itu. Selepas Mis Tres Hermanas tu Yo Soy Betty La Fea yang
kemudian diadaptasi untuk pasaran Amerika Syarikat menjadi Ugly Betty, terlebih dahulu RTM 2002-2003 ada main El Amor Es como Lo Pintan (produksi Mexico) yang turut
meniru konsep Betty La fea (produksi Colombia) selepas aku tak ingat apa plak sebab sibuk main bola.
3. Sinaran Paspot Kegemilangan
SPK telah banyak melahirkan pelawak-pelawak baru era 90an seperti Cecupak dan Senario, disamping itu ada juga pelawak solo seperti Farouk Hussain dan Shamsul Ghau
Ghau. Program yang sering ke udara setiap petang ahad selepas buletin 1.30 ini akhirnya ditamatkan pada tahun 2002 tanpa sebarang pengumuman. Sejak itu amat sukar
untuk kita melihat pelawak-pelawak baru muncul sebelum Raja Lawak Astro pada 2007 yang mengubah landskap lawak negara dengan kemunculan nama-nama besar seperti
Zizan,Johan,arwah Yus.
4. Game Show
Masa ni apa kata survey yang dihoskan oleh Hilmi Gimmick di NTV7 mendapat rating yang memuaskan, bila tengok variasi game show dari tv ke stesen tv yang lain waktu tu
rasa bertuah betul dapat tengok content program tv berkualiti dan menguji minda. Tanpa perlu membodohkan diri untuk populariti. Roda Impian terlebih dahulu menemui
penonton pada tahu 1998 di tv3 yang di hoskan oleh Halim Othman, bersama co-host yang aku dah lupa namanya. Selepas itu Siti Shahriza ( Eja) menjadi gadis pembuka
kotak sebelum diganti dengan Liza AF untuk musim akhir. Kemudian program ini berpindah ke Astro Ria, selepas Halim Othman arwah Hani Mohsin Hannafi pula menjadi hos
roda impian sehinggalah ke episod akhir. Ungkapan " Saya putar halim !!! ", " Wang besar !! wang besar !!", sering kedengaran seakan akan menjadi trademark untuk
rancangan ini. Selepas 14 tahun berlalu, aku masih merindui program ini disamping program "Kunci Khazanah" yang turut disiarkan di Astro Ria setiap malam Jumaat yang
dihoskan oleh Azhar Sulaiman, kemudian Fahrin Ahmad.
5. Alaf Baru
Aku yang masih lagi kanak-kanak ribena pada waktu ini tidak faham apa itu alaf baru ? mungkin kerana belum diterangkan secara jelas di sekolah melalui silibus
pembelajaran apa itu 100 tahun, apa itu 1000 tahun, apa itu 10 tahun, apa itu tahun lompat. Pada mereka yang lahir pada dekad-dekad sebelumnya seperti tahun 70an,80an
kerana mereka menjadi dewasa di satu permulaan milennium yang panjang. Tahun 2000 pastinya lembaran baru kerana dalam kalendar tidak lagi sangkut pada format 19xx tapi
sudah bertukar kepada 20xx. Agaknya cucu,cicit,piut aku di tahun 2100 nanti baca la ya apa yang aku tulis ni atau Mungkin mereka tidak bernasib baik kerana Blogspot
mungkin sudah berkubur dan server datanya sudah dipadamkan.