Wednesday, 26 June 2019

Anugerah Gol Puskas

Bila tengok gol Harold Goulon kelmarin rasa semangat plak nak tengok gol dari Malaysia tercalon untuk Anugerah Gol Cantik Fifa atau lebih dikenali dengan nama anugerah Puskas, mengambil sempena nama legenda bolasepak Hungary dan Real Madrid, Ferenc Puskas.

2017 lepas je Faiz Subri dinobatkan pemenang gol tercantik untuk tahun 2016 rasa semangat je nak tengok sesuatu yang luar biasa datang dari bolasepak Malaysia yang sendu sejak 7-8 tahun kebelakangan ni.

Untuk musim 2017 gol Mark Hartmann, pemain import dari Filipina pada aku sebijik macam gol Papiss Cisse untuk Newcastle United musim 2011/12. Tapi jangankan menang, tercalon pun tidak. gol tu.




Lepas tu plak kita menjengah ke scene bolasepak luar negara, gol sepakan gunting Emre Can menentang Watford pun menerima nasib sama, langsung tak tersenarai. Pelik, gol Mohammad Salah pada aku yang biasa biasa saja boleh dapat anugerah gol Puskas untuk tahun 2018.