Jikalau kita perasan, sejak filem Rock Ooo... kelibat pelakon yang seorang ni sering kelihatan. Lagi lagi dalam filem-filem arahan Mamat Khalid. Tidak tahu apa puncanya kerana penulis sendiri tidak pernah melihat dia berlakon dibawah arahan pengarah lain (maafkan penulis jika ada kerana penulis tidak rajin mengikuti penerbitan drama dan filem tempatan dengan lebih arif) atau mungkin dia terikat dengan kontrak ekslusif?
Bermula dengan Rock Ooo dia kemudian berlakon dalam Rumah Pusaka di Simpang Jalan, Rock Bro... (anak slash) dan Lebuhraya ke Neraka.