Tuesday, 31 July 2018

Keropok Ayam Sarawak

Keropok perisa ayam keluaran  Pico Food industry sdn bhd ni tak pernah bertukar reka letak / packaging design sejak aku mula kenal keropok ni 20 tahun dulu.

Pico ni salah satu jenama terkemuka Sarawak. Selain keropok ayam yang dipanggil koko ni. Pico jugak ada menghasilkan keropok perisa udang dan keju yang ikonik di Sarawak.

Kilang Pico Food Industry ni boleh dilihat di simpang 4 jalan kuching-serian batu 15. Terletak di daerah kecil Siburan, bersebelahan kilang Pico food ini juga ada jalan menuju ke puncak Borneo.






Mesin Penapis Air

12 tahun aku duduk KL, sekali pun tak penah guna mesin air tapis ni.

Tapi sejak kena duduk kampung ni, terpaksa la bawak botol-botol, gelen ke mesin tapis air ni sebab kualiti air dia lebih terjamin, selamat terus diminum tak perlu dimasak/dijerang/ di didih. Dengan hanya 10 sen boleh dapat seliter air. Jauh lebih murah dari air mineral....okay aku tau air mineral mahal sebab kena korek dari perut bumi.

Senang cakap murah dari air minuman reverse osmosis la. Lagi-lagi jenama simaster yang rasa serupa air kelapa.

Tak perlu letih-letih nyalakan api dan tunggu suhu takat didih baru selamat diminum, telan terus je dari mesin. Berbaloi-baloi!!!




Sirap Grenadine

fuh! dah bersawang, dimamah anai anai blog aku ni. last update mac 2017.

Aku baru baru ni terkejut sebab rupanya sirap F&N sun Valley Grenadine yang senang didapati di pasaran Sabah,Sarawak,Labuan sebenarnya tak dijual di Semenanjung (Malaysia barat) !!!

Aku bukan lah penggemar sirap perisa delima (pomegrenata) ni. Tak ngam dengan lidah dan tekak. Jenama-jenama lain yang mengeluarkan sirap perisa ni pun ada. Tapi Sun Valley ni paling orang ingat dulu, sebab tu agaknya sirap jenis ni masih dipasarkan untuk pengguna Malaysia Timur. Dulu dulu Sun Valley ni ada pakejing botol dia sendiri sebab dibawah subsidiary F&N. Tapi sekarang cuma tinggal nama dan perisa je, dah disatukan dibawah variasi sirap F&N.

Tengok lah puas puas ye