Kadang-kadang kita tak sedar yang banjir ini mampu membawa rezeki kepada kita, tetapi harus diingat rezeki itu tidak bermata...mungkin rezeki itu bukan milik kita walaupun ia datang bergolek. Sedangkan nasik nak disuapkan ke mulut pun boleh tercicir inikan babi yang sudah menunggu di rumah.
Dengan terpaparnya logo YB yang tercinta dan dihormati, makin kuat lah sokongan rakyat kepada YB selepas ini. Semestinya beras jenama YB ini mampu bersaing dengan beras jenama Faiza dan Jati yang tidak memaparkan gambar sebenar pemilik jenama tersebut, dan ini pastinya mendatangkan rasa curiga kepada umat Islam terutamanya Melayu yang bimbang jenama beras-beras tersebut didalangi oleh Tokey cina DAP yang cuba mengaut keuntungan dengan menggunakan imej Melayu-Islam.
Diharap selepas ini YB mampu menghasilkan produk lain yang terpapar gambar YB seperti pencuci tandas, tisu tandas dan plastik sampah yang mana sangat sesuai untuk orang seperti YB ditempatkan di tempat sebegitu sebagai bukti YB prihatin kepada kebersihan di kawasan parlimen YB #Sarcasm
Modal cop, beli baju kosong bukanlah mahal sangat pun tapi harga dia jual tu melampau-lampau tak masuk akal langsung. Nak suruh orang sokong jenama tempatan bukan dengan jual harga melampau lampau macam la jenama kau tu setaraf jenama Ed Hardy. Jual harga berpatutan 20-25 dah la, lagipun kau bukan print 1 jenis design je, sekali print mau berpuluh helai kau buat.
Dari akaun twitter rasmi milik DSAI, Beliau menyatakan gambar bercuti beliau sekeluarga itu diambil sebelum banjir melanda pantai timur semenanjung Malaysia. Jadi tidak benarlah dakwaan sesetengah pihak DSAI dan keluarga pergi bercuti tatkala rakyat Malaysia dilanda banjir.
sumber : Akaun twitter rasmi DSAI
Wow !! rupa-rupanya platform dan latar belakang di dalam death star itu bukan CGI tetapi prop sebenar rupanya. Tetapi imej di bahagian bawah itu sebenarnya hamparan tilam untuk keselamatan Luke Skywalker bukannya lubang yang bercerun tinggi seperti ditonton di dalam filem.
Dalam filem Titanik, Leo tenggelam ke dasar laut...di dalam filem Inception pula, di permulaan cerita Leo terdampar di tepi pantai.. Mungkin Christopher Nolan sengaja mahu mengaitkan Jack Dawson dengan Dominick Cobb ??
Bukan mengenai sikap kurang ajar pekerja pasar raya, tetapi rasa pelik dengan nama pasar raya ini.
Supri : Kau kat mana ?
Saniboey : aku kat Pasar Raya Abah Den.
Supri : Sejak bila bapak kau meniaga ni ? dia bukan dah meninggal ?!
Saniboey : Eh, betul la aku kat Pasar Raya Abah Den
Orang nampak diorang ni cuma bergaji besar, kuat minum arak, berperang dengan lanun, banyak main perempuan tapi ini sebenarnya realiti seorang kelasi kapal.
Ewok adalah watak makhluk kerdil berbulu seperti beruang dalam Star Wars 6 : The Return Of Jedi. Mereka adalah penghuni bulan Endor, bulan yang mempunyai hutan dan tinggal di rumah atas pokok. Sama seperti R2D2, Endor ini dilakonkan oleh orang kerdil.
Bila menang lawan Singapura bukan main seronok dia bersorak, 7 hari 7 malam update pasal keeper kat mane, tapi bila dah kalah macam pukul penyokong lawan. Apa yang marah-marah pasal Malaysia kalah ni baru start tengok bola masa Malaysia vs Singapore ke ?
Kanada dan Amerika adalah 2 negara berjiran di Benua Amerika Utara tetapi dalam video ini serba ringkas kita diterangkan perbezaan ketara Amerika Syarikat dan Kanada, menariknya Kanada lebih mirip Malaysia dari sistem asas yang mereka gunakan seperti darjah celcius,kilometer. Dan paling unik, susu segar di Kanada dijual dalam bentuk beg plastik berbanding pek.
Bila misai lentik dan janggut dah jadi mainstream, maka muncul lah produk yang membantu anda kelihatan seperti Wak Doyok walaupun rupa anda sebenarnya kelihatan seperti gorilla.
Scott Sterling mewakili pasukan Universitinya, Yale Bulldogs bertemu North Carolina University. Dalam perlawanan yang berkesudahan 2-2 diheret ke penentuan penalti dia telah mengalami kecederaan teruk di muka kerana 5 penalti yang 'diselamatkan' nya tepat mengenai ke arah wajahnya. dari 5 penalti itu hanya 2 saja yang diselamatkan dalam keadaan sedar, 3 lagi penalti pula hasil kesilapan yang disengajakan pihak lawan.
Nama Filem ?? Tak perlu dinyatakan kerana dalam thriller ini berkali-kali nama tajuk filem ini disebut sehinggakan aku tidak sempat fokus kepada scene-scene yang dimuatkan dalam thriller ini.
WATCH: The S.League has been in the news recently. After almost 20 years, what do Singaporeans know about our own S.League? Find out in our S.League Pop Quiz!
Dengan grafik bertaraf 1Dimension, jalan cerita yang yang tidak difahami, tidak banyak yang boleh kita jangka dari filem keluaran negara-negara mundur ini. Tetapi cukuplah sekadar bahan ketawa.