Showing posts with label kenangan zaman kanak2. Show all posts
Showing posts with label kenangan zaman kanak2. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

Taman Permainan Dari Pokok Gergasi

Dulu zaman aku budak-budak bila ada orang tebang pokok gergasi itu semacam jadi tempat permainan kami,dengan dahan-dahan pokok yang tumbang masih ada dedaunan hijau itu mampu memberi satu feel seperti berada di dalam hutan dan bila berjalan dia atas batang kayu yang ditebang itu rasa seperti tarzan pun ada.disebalik dedaunan pokok yang ditebang itu kami main sorok-sorok dan kombat. masa tu hiburan sangat terhad dan kami terpaksa menggunakan sumber terhad di sekeliling kami untuk bermain dan menghiburkan hati, bila tengok gambar di bawah ni rasa macam tak percaya  ada orang yang mampu mengkomersialkan apa yang kami rasa kuno satu ketika dahulu.tapi yang moden ini siap dengan kedai jual aiskrim lagi,meja makan dan buaian









Saturday, 10 November 2012

Action League Now !

 
sudah 9 tahun aku tak tengok animasi anak patung ni.kali terakhir aku tengok action league now ini ialah masa astro mula dipasang di rumah aku tahun 2003 dulu aku suka tengok ALN ! ni pasal superhero dia yang super duper parodi,ada yang cair,tarzan dan penyelam di lubang tandas.tak banyak yang boleh diceritakan sebab pengaruh dan publisiti ALN! ini tidak lah sehebat animasi lain yang ada pada masa itu.dan baru beberapa bulan kemudian ALN! sudah tidak ditayangkan lagi di nickelodeon astro channel 60 (sekarang 612).




Sunday, 3 June 2012

kisah roteiro

kembali ke euro 2004, pada masa tu aku cukup tak berkenan dengan rupabentuk bola keluaran adidas ni.tak pernah lagi aku tengok bola dikeluarkan dalam warna kelabu dan paling menyakitkan hati juga mata ialah garisan di sekeliling bola yang sungguh hodoh.nampak macam takde kreativiti dalam rekaan,pada aku fevernova jauh lebih cantik rekaan nya.dan jodoh penggunaan bola roteiro ini dalam bolasepak antarabangsa tidak bertahan lama kerana pelias starglider sering digunakan.

                                 
                                                            adidas pelias starglider

Saturday, 2 June 2012

adidas F50

Antara individu yang memperkenalkan but ini kepada aku ialah john arne riise.masa tu aku baru darjah 6 lagi dan aku tak tau apa jenama but ni pasal nampak pelik sangat dan design dia terlalu simple dengan garis kuning di bahagian kaki dan tak kelihatan jenama but ni. pada masa aku tak tau menggunakan komputer dan apa itu wikipedia , majalah arena bolasepak keluaran karangkraf banyak membantu memperkenalkan but ini,pada masa itu dipanggil TUNIT tak tau apa maksudnya.sekarang ni spesies bot sebegini dipanggil adidas F50,direka khas untuk kepantasan.dihasilkan untuk memberi cabaran kepada nike mercurial vapour yang baru dilancarkan pada tahun 2002.tunit mula diperkenalkan sebelum euro 2004 dan pemakai but adidas mula berpecah kepada 3 kumpulan - adipure,predator & tunit.

Thursday, 31 May 2012

adidas predator mania

kembali ke 10 tahun dulu....masa tu aku mula berkecimpung dalam arena bolasepak.setiap petang selepas pukul 4.30 petang balek saja dari sekolah agama aku akan turun ke padang di sebelah rumah untuk bermain bolasepak hingga pukul 6,pada masa itu kekerapan aku menendang bola sehari ialah ialah hampir 40 kali kerana di  sekolah kebangsaan aku akan bermain 'bola' tin penyek pada waktu rehat dan di sekolah agama aku akan bermain juga bola tin penyek pada waktu rehat dan ini dianggap sebagai latihan kepada aku.


 

pada waktu itu aku tak tau apa itu kasut bola atau but.setelah mengenali michael owen, david beckham baru aku mula mengambil tahu dengan lebih dalam jenis-jenis but ini.pada waktu itu aku tertarik pada predator mania yang di pakai oleh david robert joseph beckham.predator mania yang dipakai david beckham nampak lain dari yang lain kerana superstar pada waktu itu seperti zidane dan yang lainnya majoriti memakai predator mania berwarna klasik iaitu merah-putih-hitam.


dan sejak itu aku mula berangan yang satu hari nanti aku akan memakai but ini dan ianya tidak pernah menjadi realiti.walaupun pelbagai jenis rekaan dan model diperkenal kan aku masih lagi meng kagumi rekaan dan warna adidas predator mania ini.

Saturday, 26 May 2012

kenangan wwe light heavyweight

 

masa zaman aku pasca kanak-kanak iaitu tahun 2005. aku mula ketagih main game wwe smackdown kebetulan pulak masa tu minat aku dalam arena  gusti ni mula bercambah.masa tu PS 1 masih lagi relevan untuk kanak-kanak yang tak mampu macam aku.

tahun tu 2005 dan wwf smackdown tu keluar tahun 2000/2001. antara penggusti yang jadi kegemaran aku ialah jeff hardy & matt hardy. rey mysterio belum ada lagi dalam game tu pasal masa tu dia kat wcw lagi.mengikut jadual yang ditetapkan jeff hardy termasuk dalam kategori light heavyweight iaitu penggusti yang berat badannya di bawah 100 kilogram.


                                     

sebab aku minat jeff hardy ialah costum dia yang stylo memakai jeans,t shirt dan rubber band di lengan.jeff jugak cukup diminati dengan ideanya yang ekstrem seperti mengadakan perlawana hardcore TLC table,ladder,chair dan juga perlawanan menggunakan tangga untuk merebut tali pinggang secara tag team.

jadi penggusti untuk kejuaraan ini rata-rata badannya bersaiz kurus dan sederhana.kalau badan bersaiz besar dan bersix pad macam john cena,ron truth tu selayaknya kategori world heavyweight.mengikut rekod jeff hardy memenangi light heavyweight sebanyak sekali dan tempoh itu hanya 20 hari. dalam video game yang aku main pulak boleh kata lebih dari 10 kali aku menang wwf light heavyweight tu.kadang-kadang naik bosan jugak bila lawan pencabar yang sama macam scotty too hotty,essa rios,dean malenko,x pac.

tempoh light heavyweight di wwf hanya bertahan 4 tahun saja dari tahun 1997-2001 kerana sejak 2001 satu lagi kejuaraan iaitu cruiserweight yang sama tarafnya dengan lightheavy weight dibawa masuk dari WCW yang sudah bankrap dan dibeli oleh wwe.di sini cruiserweight akan mengambil tempat light heavyweight.


untuk nota tambahan, cruiserweight juga dilupuskan sejak 2008 dan kini penggusti berbadan kecil diberi peluang yang lebih besar untuk mencabar kejuaraan united states championship dan intercontinental championship.ini juga menghentikan tohmahan segelintir peminat yang menyindir wwe cruiserweight & light heavyweight hanya sagu hati untuk penggusti berbadan kecil menjadi juara.

Sunday, 18 December 2011

kane wwe kembali bertopeng

kostum terawal kane

aku bukan la aktif sangat minat wrestling.last aku aktif masa 2006 dan circa 2007. lepas tu aku main bola sepak balek. tapi dalam arena gusti ni aku paling minat bila ada penggusti bertopeng dulu-dulu yang jadi hurricane,kane dan rey mysterio.bagi aku bertopeng ni sungguh cool dan anti hero.

imej terakhir kane sebelum membuka topeng
 kane semasa era bertopeng sungguh menakutkan dan setiap kali dia muncul arena akan jadi gelap dan lepas tu muncullah cahaya merah dan lagu tema kane. dengan saiz gergasi dan kostum merah hitam dia siapa tak takut dengan kane tu.dan ada jugak la yang tak tau pape main reka-reka cerita yang kane dan undertaker adik-beradik.mungkin masa tu takde wikipedia dan aku jamin rumah yang buat fitnah tu takde internet untuk mengkaji dengan lebih mendalam pasal latar belakang kane.dah nyata nama kane glen jacobs memandai plak kaitkan dengan undertaker mark callaway tengok nama family dah tau la.
topeng lama dan baru kane
berbalik kepada topik di atas,selasa lalu slot wwe RAW selasa lalu kane telah membuat gangguan dengan mencampuri pertarungan antara john cena - mark henry dan kemudian meng KO kan john cena dengan finishing movement tradisi nya chokeslam.dan muncul dengan muncul dengan topeng terbaru nya.
topeng besi yang dipakai kane ketika menyerang john cena
imej kane sejak membuka topeng
sudah 8 tahun setengah kane membuka topengnya setelah kalah dalam pertarungan tag team bertemu la resistance.untuk seketika itu kane digeruni di seluruh wwe dengan imej botak nya yang ganas tetapi untuk beberapa tahun kemudian kane seakan-akan hilang tarikannya walaupun dia memenangi pelbagai kejuaraan.

Saturday, 3 December 2011

lagu tema ultraman

lagu tema ultraman 80 dan ultraman taro adalah lagu yang menjadi kesukaan aku :)


ultraman 80

ultraman Taro

Tuesday, 29 November 2011

mighty morphin power rangers the movie

aku mula tengok movie MMPR ni masa tahun 2000 dalam format cd.perjalanan cerita ni bermula bila ivan ooze musuh lama zordon yang telah dikurungnya dalam sebuah telur telah ditemui di sebuah tapak pembinaan lalu zordon memanggil para rangers datang ke pusat kawalan (command center) untuk diberi penerangan tentang ivan ooze tetapi rita repulsa,lord zedd,goldar dan mordant.

zordon
ivan ooze
oozemen
lord zedd membebaskan ivan ooze dan menawarkan ivan untuk menyertai nya semasa power rangers sampai ke lokasi mereka bertemu dengan sekuriti dan dia mendedahkan dia lah ivan ooze yang mereka cari. para rangers bertarung dengan askar ivan ooze dan tiba2 mereka hilang kuasa.semasa berlawan dengan oozemen(askar ivan ooze) pada waktu mereka sedang bertarung dengan oozemen,ivan telah pergi ke command center dan memusnahkan segala peralatan yang ada disitu dan menyebabkan zordon lemah dan koma.

lord zedd
rita repulsa
mordant
goldar
dulcea
kemudiannya rangers dihantar ke  planet phaedos untuk menghidupkan semula kuasa mereka,di situ mereka bertemu dengan dulcea yang menyelamatkan mereka ketika diserang oleh tengoo.dan mereka diberitahu tentang satu tempat di mana kuasa rangers mereka akan dihidupkan dan mereka diberi kostum ninja.para rangers meneruskan perjalanan mereka dan terjumpa rangka dinosaur tapi itu satu muslihat bila rangka itu tiba2 bercantum sendiri dan hampir membunuh mereka.mereka membunuh rangka dinosaur itu dengan mencabut tulang lehernya.

raksaksa batu
tengu
di bumi pula ivan ooze membuat satu produk yang khusus untuk memukau ibu-bapa remaja.dengan menyentuh produk seperti gel itu mereka akan dipukau dan serta merta pergi ke tempat dimana raksaksa ivan ooze dan kilang memproses gel ivan ooze.fred,kanak2 yang berkawan dengan tommy mula risau dengan keadaan itu apabila rakan2 sebayanya mengambil mudah hal itu.rangers pula sudah sampai ke sebuah tempat seperti diceritakan oleh dulcea.tetapi arca di situ tiba2 menjadi entiti hidup dan menyerang mereka.rangers pula terpaksa bertarung dengan raksaksa hidup itu dan akhirnya berjaya kemudian piramid dimana terukir nya binatang yang bakal menjadi zord baru mereka




.setelah mendapat zord baru mereka pulang ke bumi untuk menghalang ivan ooze dari memusnahkan angel grove. sampai dibumi raksaksa suruhan ivan ooze telah diikat oleh zord katak adam-ranger hitam dan kemudian zord musang billy-ranger biru pula membantu.sementara itu ranger merah rocky dan zord beruk nya menghalang satu lagi raksaksa ivan bersama aisha-ranger kuning pemilik zord beruang.tommy -ranger putih bersama zord rajawali = falcon memusahkan raksaksa scorpitron dan membantu fred & rakan2 di dalam monorel meneruskan perjalanan ke sebuah jurang dimana ivan mengarahkan mereka yang dipukau membunuh diri. dengan bantuan bulk dan skull dengan menyembur air ke ke arah mereka. rangers pula bergabung menentang hornitron yang telah dimasuki oleh ivan dan berubah bentuk

scorpitron

hornitron
fred

skull & bulk

tommy kembali bergabung dengan megazord dan membawa ivan ooze bertarung di angkasa lepas bertujuan membunuh ivan dengan menolak nya ke arah komet dan ivan hancur berkecai.zordan dan rita repulsa pula berjaya kembali ke saiz asal setelah dikecilkan oleh ivan dan menemui goldar dan mordant sedang bergembira di pengkalan mereka.
alpha 5


zordon

Tuesday, 8 November 2011

heinkel kabin

masa aku budak2 dulu setiap sabtu aku suka tengok sitkom family matters yang disiarkan di ntv7. aku suka watak steve urkel,seorang remaja nerd yang menyimpan perasaan kat laura,jirannya. yang menariknya tentang steve ialah kereta yang dipandunya dalam cerita itu iaitu heinkel kabin.fakta: setelah 10 tahun tak tengok sitkom ni baru aku tau yang kereta tu nama dia heinkel kabin.



steve urkel
heinkel kabin yang diguna oleh steve dalam family matters
iklan heinkel kabin
kereta mini dan skuter keluaran heinkel kabin
heinkel kabin ni asalnya syarikat yang membina enjin untuk pesawat pejuang lutwaffe milik  tentera jerman semasa perang dunia ke2 dan amat digeruni oleh tentera berikat kerana kemampuannya memintas mana2 pesawat pejuang tentera berikat yang dibuat oleh boeing. pihak heinkel telah menandatangani perjanjian yang mereka tidak akan meneruskan operasi setelah perang tamat dan oleh sebab itu hanya heinkel kabin dan skuter pelancong keluaran mereka saja yang tinggal.


heinkel kabin kali terakhir di kilangkan ialah pada 1960 an kerana kualitinya yang tidak memenuhi piawaian . keistimewaan kereta mini itu ialah hanya mampu memuatkan pemandu sahaja dan terdapat 2 jenis model iaitu 3 tayar dan 4 tayar. pintunya pula dibuka dari hadapan dan mempunyai gear reverse yang menjadi kannya istimewa berbanding spesies kereta mini yang lain.bumbungnya pula dibuat dari kain kanvas sebagai langkah keselamatan jika pintu tidak dapat dibuka pemandunya keluar dari bumbung kereta saja.