Showing posts with label hari ini dalam sejarah. Show all posts
Showing posts with label hari ini dalam sejarah. Show all posts

Wednesday, 23 January 2013

Selamat Ulangtahun Ke 29 Shahril Ishak

sebenarnya aku mula kenal shahril ishak ni masa malaysia vs singapura perlawanan timbal balik pusingan kelayakan piala dunia zon asia pada 2011. masa tu shahril ishak dengan angkuhnya,lumrah seorang kapten mengatakan singapura akan menang kerana mempunyai rekod yang lebih baik, 

masa tu aku cukup benci dengan kenyataan shahril ishak itu sebab aku masih lagi katak di bawah tempurung.bila dipanggil ke lions 12 untuk misi liga super 2012 baru lah aku dapat melihat aksi shahril ishak dengan lebih lama lagi,dan terbukti shahril ishak seorang kapten dan penjaring gol prolifik dengan membantu lions 12 menjadi naib juara liga super dan menjaringkan 10 gol dari posisi pemain sayap.

secara tak rasminya aku mengenali shahril masa piala tiger 2004 dengan imej rambut pacak berwarna perangnya itu.dan free kicknya ketika menentang kemboja di stadium cheras tetapi pada waktu itu aku lebih menyukai gaya permaianan agu casmir,indra shahdan dan noh alam shah
bukan setakat di situ saja, piala aff 2012 menjadi medan untuk shahril memperkenalkan diri walaupun sudah berusia 28 tahun,dan hakikatnya shahril sudah bermain di piala aff sejak 2004 lagi semasa dia berusia 20 tahun.shahril juga dikenali sebagai anggota NFA gang of four kerana dia,baihakki khaizan,mohammad ridhuan dan hassan sunny telah bermain bersama di National Football Academy sejak remaja lagi dan mereka berempat di himpunkan dalam skuad singapura yang menjuarai piala tiger 2005 -sekarang piala aff hanya shahril dan baihakki saja yang selalu menjadi pilihan raddy avramovic.
pada 2010 dia dipilih menjadi ketua pasukan menjelang aff 2010.tetapi singapura pulang awal kerana kekurangan jaringan dengan filipina dan vietnam.kebangkitan shahril di aff dapat dilihat pada aff 2012 dengan dia menjaringan 2 gol pada aksi menentang malaysia dan menjaringkan 2 gol untuk membantu singapura membuat comeback of the tournament kerana mereka ketinggalan 2-0 kepada laos dan shahril menyumbat 2 gol untuk menjadikan kedudukan 2-2 pada aksi ke 100 nya bersama singapura menjadikan dia pemain termuda dalam sejarah singapura mengumpul 100 penampilan antarabangsa,sebelum khairul amri dan fazrul nawaz memastikan singapura juara kumpulan.dan seterusnya kita semua tahu singapura juara aff kali ke 4,sekaligus menjadi pemenang terbanyak AFF dan shahril berjaya merealisasikan impiannya menjadi kapten singapura yang menjulang piala aff selepas aide iskandar melakukannya pada 2007.
mungkin ramai yang masih segar tentang peristiwa singapura menjuarai piala aff 2012.boleh dikatakan generasi shahril pada hari ini yang dibentuk sejak 2004 layak digelar generasi emas singapura kerana mereka menjuarai  tournament aff di usia muda dan kembali memenangi di usia lewat 20 an.shahril, juga dikhabarkan sebagai pemain singapura menerima gaji terbesar sebanyak 16 000 us dolar  sebulan semasa dia bermain untuk medan chiefs di liga premier indonesia yang kini sudah tiada lagi.

agak sukar untuk berhubung dengan shahril ishak secara peribadi kerana dia tidak mempunyai akaun twitter,facebook,blogspot,wordpress,tumblr.shahril ishak sebenarnya seperti ada hikmat untuk menjaringkan gol apa bila bertemu malaysia, ceritanya begini pada tahun 1999 ada seorang budak berusia 15 tahun menjaringkan gol semasa singapura bertemu malaysia dalam kejohanan Lion city cup dan berakhir 3-3, budak itu menjaringkan gol seperti maradona dan melipat jersi menutupi mukanya seperti fabrizio ravanelli.dan budak itu adalah shahril ishak
angka 17 dalam hidup shahril
dari dulu lagi shahril sudah memakai no 17 sebabnya legenda singapura fandi ahmad memakai nombor itu,begitu juga zainal abidin hassan bekas pemain malaysia yang dahulunya bermain untuk pahang dan selangor yang sentiasa mengecewakan peminat singapura. fandi ahmad,zainal abidin hassan dan shahril mempunyai angka 17 pada nombor telefon mereka.dan juga zainal abidin hassan meletakkan angka 17 pada restorannya iaitu lagenda 17 di shah alam.

shahril mula memakai no 17 pada tahun 2003 semasa dia mula mendapat cap antarabangsa pertamanya menentang maldives dan nombor 17 itu diberi oleh PN Sivaji kepadanya. shahril melangsungkan perkahwinannya dengan Nur Hidayah pada 17 april 2009 dan anak perempuannya Mysha Aludra lahir pada 17 mei 2012.

kenangan di stadium kallang yang tak dapat dilupakan

dia bersama ibu-bapanya dan 2 orang abangnya menonton perlawanan singapura menentang brunei pada 1993 dan dalam perlawanan itu singapura membelasah brunei 8-0 dengan v sundramoorthy menjaringkan gol melalui sepakan gunting,dan pada hari ini shahril bermain di bawah kendalian v sundramoorthy.

Saturday, 2 June 2012

orang dulu-dulu

gambar ini menunjukkan kehidupan orang  inggeris dulu-dulu,ada yang letakkan anak di depan tempat bara api, tukang rumah potong bumbung rumah yang diperbuat dari lalang,famili ber piknik,seorang wanita membaca untuk kanak-kanak.

 














england 60 tahun dulu dan sekarang

entri ini bersempena jubli berlian queen elizabeth,jadi sepanjang tempoh itu ditunjukkan juga apa yang telah berubah selama tempoh 60 tahun tersebut.dari tahun pertama baginda ditabalkan hinggalah ke hari ini

1953

 suffolk street 59 tahun dulu,kelihatan seorang budak penghantar roti .

seorang wanita bertanyakan sesuatu kepada pelatih anjing yang digunakan untuk lumba anjing.

2012
stadium lumba anjing kini sudah ditutup sejak 2008.semasa lelaki di dalam gambar 1953 itu melatih anjing,lumba anjing pada masa itu mendapat sambutan hangat
ini bukan suffolk street tetapi bury st edmund,terdapat sedikit perubahan

Tuesday, 1 May 2012

1 mei


 
1 mei ?? hari pekerja ?? apa maknanya nya hari pekerja kalau pekerja praktikal di sektor swasta seperti aku masih bekerja di hari yang dikhususkan untuk golongan yang kolarnya tidak berwarna putih sebaliknya biru,hitam,merah,kelabu dan sebagainya.

di hari pekerja aku masih bekerja seperti biasa 8 jam ++ setiap hari.1 mei hanyalah tarikh yang tak bermakna.yang bekerja di ofis mestilah mereka cuti tetapi yang memberi / menjual perkhidmatan seperti aku pastinya tiada cuti di hari public holiday.

golongan kolar putih yang aku maksudkan ialah golongan eksekutif,pengarah dan pegawai yang cuti sabtu dan ahad, kerja 9 pagi - 5 petang, kerja 5 hari seminggu,cuti di public holiday.aku bengang kerana kalaupun aku kena bekerja di hari ini tetapi sekurang-kurangnya berilah penghargaan atau adakan staff parti atau majlis untuk meraikan staff yang bekerja keras untuk memberi perkhidmatan kepada berpuluh-puluh pelanggan bukannya memanjakan golongan yang menjual air liur atas alasan mereka ini menaikkan keuntungan firma padahal kami lah yang bekerja keras untuk memastikan produk dan servis yang dihasilkan adalah terbaik,

memang aku bengang kerana aku sosialis dan aku menghabiskan hari aku bekerja bersama golongan kelas pekerja dan juga proletariat.aku cukup benci bila berbual wajib ke sebut nama datuk,tan sri, YB, ?? dan juga menyampah bila dengar sembang pasal projek,tender dan kontrak bernilai juta-juta ringgit padahal itu hanyalah hasil usaha mengampu dan menjadi kaki kipas.

aku lupa perdana menteri kita sendiri bukannya berasal dari orang susah,dia tak merasa azab kena carik duit sendiri,dia tak kena marah dengan bos pasal dari kecik sampai ke besar di lahirkan dalam  keluarga yang memerintah bukan diperintah,dia tak merasa takde kenderaan sendiri macam aku kena jalan kaki dari rumah-naik tren-berhimpit dalam tren- pasal perdana menteri kita sendiri pun pergi kerja ada orang hantar- tak naik tren pasal untuk keselamatan-pergi mampus sama keselamatan!!  pasal perdana menteri tak naik tren la aliran pengangkutan awam di malaysia antara yang terteruk di dunia.sedangkan datuk bandar london pun pergi kerja naik bas-tren semata-mata nak menguji ke cekapan sistem jaringan pengangkutan awam.

1 mei ?? memang aku dapat cuti walaupun cuti ni aku dapat di masa akan datang.tapi persoalannya apakah makna dan penghargaan yang diberikan kepada pekerja ? yang bekerja 8 jam++ dan 6 hari seminggu

Monday, 16 April 2012

majlis memperingati titanik

 gambar di bawah ialah gambar but dan kot yang dipercayai milik mangsa titanik yang tenggelam,dari kedudukannya seperti but itu dipakai oleh si mangsa sehingga jasadnya reput dan bukannya tertanggal semasa dia tenggelam. gambar ini diambil pada tahun 2004 dan james cameron,pengarah filem titanik yang sudah 33 kali melawat tapak kapal itu tenggelam berkata semasa gambar itu diambil mereka hanya melihat but dan tiada rangka manusia.
                              
gambar ini pula menunjukkan upacara memperingati titanik kali ke 100 dengan 3 jambangan bunga dicampak ke laut untuk mengenang mangsa-mangsa korban titanik.majlis itu diadakan di atas kapal MS BALMORAL kapal itu melalui semula laluan yang dilalui kapal titanik sebelum merempuh iceberg.sebanyak 1309 penumpang turut serta dengan 50 daripadanya mempunyai pertalian darah dengan mangsa-mangsa yang tenggelam.
 ini ialah dr robert ballard yang mengetuai ekspedisi menjejak titanic dan kumpulannya berjaya menemui titanik pertama kali pada 1985 sejak ia tenggelam pada 15 april 1912.

Tuesday, 20 December 2011

kim jong il


yuri irsenovich kim atau kim jong il akhir nya mati tapi penguasaan komunis dan kemiskinan dan ketakutan yang membelenggu rakyat korea utara tak kan berakhir. diktator korea utara itu meninggal dunia pada 17 disember lalu akibat serangan jantung pada usia 69 tahun.dan rakyat korea utara bukannya menangis kegembiraan tetapi menangis kesedihan atas kematian pemimpin kesayangan mereka itu. bagi rakyat korea utara yang sedar segala kekejaman kim jong il mereka pastnya berpuas hati pemimpin itu meninggal dunia kerana antara kekejaman kim jong il ialah rakyat korea utara tidak dibenarkan berhijrah ke luar negara untuk kehidupan yang lebih baik. ada satu dokumentari aku tengok di history channel sekiranya warga korea utara tertangkap semasa melarikan diri ke china mereka akan dihantar pulang ke korea utara dan dihukum dengan ditembak sehingga mati.

di korea utara saja setiap keluaran/produk dihasilkan lebih  kepada penghasilan bahan-bahan api dan mereka antara memiliki kekuatan askar terbanyak di dunia iaitu 5 juta orang tentera. rakyat korea utara juga tidak bebas memiliki sumber sendiri dengan tidak menerima catuan makanan dan terpaksa mencari makanan mereka sendiri di hutan.segala dana yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat diberi sepenuhnya untuk pembangunan nuklear dan senjata api.

Monday, 7 November 2011

selamat hari jadi

martin palermo 38 tahun

rio ferdinand  33 tahun

jan vennegoor of hesselink 33 tahun

daniel ayala 21 tahun
david de gea 21

john barnes 48 tahun

Sunday, 6 November 2011

revolusi Islam Iran

ayatollah khomeini
 hari ini genap lah 32 tahun revolusi Islam di Iran yang diketuai oleh allahyarham ayatollah khomeini.iran asalnya dipimpin oleh keturunan monarki dinasti shah yang dipimpin oleh mohammad reza shah pahlavi.punca-punca keruntuhan dinasti shah ialah reza shah pahlavi adalah muslim yang sekular, dan dia hilang sokongan dari pengikut mazhab syiah,ideologi pemodenan, konflik dengan golongan peniaga,sekular dan mengiktiraf negara israel. hasil revolusi itu, dinasti shah hingga kini masih gagal menakluk semula iran dan reza pahlavi mati di mesir pada 1980 setelah diberikan perlindungan politik oleh anwar saddat.

reza pahlavi

Friday, 7 October 2011

steve wozniak : KEMATIAN STEVE JOB seperti kematian john lennon dan JFK

steve wozniak
rakan sekolah, pengasas bersama apple ini ketika diberitahu tentang kematian steve jobs berkata saya terkejut, dan tak percaya.rasa nya seperti mendengar khabar john lennon dan jfk mati ditembak.dan saya tak menduga ini akan terjadi. ketika ditemubual oleh susan li dalam rancangan asia edge,rancangan stesen tv bloomberg.

dua steve ini mula bertemu di awal dekad 70 an dengan jobs bertindak mencari idea dan wozniak merealisasikan idea jobs. duo ini mendemonstrasi kan komputer peribadi apple I dan apple II di pameran kelab komputer homebrew pada 1975.

persahabatan yang kukuh menyatukan dua sahabat ini selama lebih 30 tahun . kata wozniak : steve seorg yang cool,tahu mendalam tentang teknologi dan kami bercakap tentang falsafah utk hari  itu .

 kali terakhir berbual dengan steve jobs menerusi telefon suaranya kurang jelas kedengaran dan dia tidak rancak berbual seperti kebiasaan dan ini membuat wozniak risau dengan keadaan kesihatan jobs.

rehat dengan aman steve jobs :(

hari ni sungguh menyedihkan bagi penggemar gajet keluaran apple kerana pengasas dan duta jenama itu,steve jobs telah pergi buat selamanya.ini sesuatu yg mengejutkan bagi aku kerana steve jobs dilaporkan sihat sebelum ni dan tiada berita dia sakit tenat ataupun dikejarkan ke hospital. baru bulan lepas aku buat artikel pasal steve jobs letak jawatan ceo apple.

steve jobs bersama steve wozniak memperkenalkan komputer apple

ketika memperkenalkan iphone

dan hari ini dia tinggal kenangan. :(

aku mengaku yang aku dulu anti apple pasal aku x tau sangat pasal apple dan harganya yang terlalu kapitalis-an.tapi bila aku didedahkan dengan fungsi produk apple aku mula terfikir yang apple = kreatif pasal brand ni buat x kreatif tapi inovatif. especially dalam teknologi macbook,iphone,ipod,imac dan ipad.aku berterima kasih kepada steve jobs kerana tanpa dia x mungkin aku akan jd addict dengan teknologi


Sunday, 18 September 2011

Ronaldo luis nazario de lima

ronaldo menyambut hari jadi nya yg ke 35 hari ini.lagenda brazil ini digeruni pada pertengahan era 90 an hinggalah pertengahan dekad 2000 an. legenda no 9 ini dikenali dengan gelaran phenomenon dengan skill geleceknya, rembatan padu dan kawalan bola yang mantap.

antara kemunculan awalnya utk brazil

memulakan karier senoir bersama cruzeiro dan dlm tempoh semusim saja dia mampu menarik perhatian kelab terkemuka belanda PSV eindhoven utk membelinya dan dari situ bermula lah langkah gemilang ronaldo.rezekinya juga bertambah apabila dipanggil menyertai skuad piala dunia brazil di piala dunia 1994 yang diadakan di AS. tetapi dia tidak diturunkan utk sebarang perlawanan pada kejohanan itu di mana brazil menjulang trofi ke 4 mereka.


beraksi di fifa 1998

pada 1996 dia dibeli oleh barcelona $17 juta  dan sejak itu nama ronaldo semakin digeruni di seluruh dunia.musim 1996-97 diakhiri dengan gemilang dengan menjaringkan 47 gol dari 49 penampilan.dia juga menjadi pemain tahunan fifa utk 1996 dan menjadi naib juara utk ballon d or.



aksinya di final fifa 1998
1997 dia disambar inter milan pada harga $19 juta dan mewakili brazil pada fifa 1998 di perancis.tetapi gagal menjulangnya apabila kalah kepada tuan rumah,perancis. dikhabarkan sebelum perlawanan akhir itu ronaldo telah diserang sawan dan dia terpaksa bermain dalam keadaan kurang cergas.pada november 1999 karier ronaldo seakan berakhir apabila dia cedera lutut dan dia terpaksa menjalani pembedahan.pada april 2000 dia kembali beraksi menentang lazio tetapi cedera lagi.selepas menjalani 2 pembedahan dan berehat panjang ronaldo kembali cergas utk beraksi di piala dunia 2002 dan brazil memenangi kejohanan itu dengan ronaldo menjadi penjaring terbanyak 8 gol dan menjaringkan 2 gol kemenangan brazil ke atas jerman.


rambut nya yang menjadi ikutan

menjaringkan gol di final menentang jerman

bersama rivaldo mengucup piala dunia ke 5
dia kemudiannya menyertai real madrid pada harga perpindahan 46 juta euro dan  memenangi   piala copa del rey,liga sepanyol dan intercontinental cup bersama mereka.pada fifa 2006 dia menyumbang 3 gol.

januari 2007 pula ac milan membelinya pada harga 8 juta euro dan ronaldo ternyata hilang sengatnya dengan bermain 20 perlawanan dan 9 gol utk satu musim setengah. setelah kerap cedera dan gagal kembali ke prestasi terbaiknya ronaldo dilepaskan dan kembali ke brazil

di brazil ronaldo masih disanjung tinggi oleh peminatnya dan dia memilih utk beraksi bersama corinthians.dan dia berjaya memulihkan prestasinya selama 3 musim bersama kelab itu.ronaldo akhirnya terpaksa akur dengan usianya apabila kecederaan membuatkan dia terpaksa mengantung boot dan pada majlis persaraan nya dia disambut dengan meriah oleh para penyokong.

ronaldo diiktiraf penjaring gol terbanyak di piala dunia FIFA dengan menjaringkan 15 gol mengatasi rekod gerd muller 14 gol. dia juga pemain ke 20 menjaringkan gol di 3 siri  piala dunia fifa ( perancis 1998,korea-jepun 2002 dan german 2006)



ronaldo telah memenangi pelbagai trofi tetapi dia tidak pernah menjulang UEFA CHAMPIONS LEAGUE. kerana pada musim dia menyertai ac milan di mana kelab itu menjulang UEFA CHAMPIONS LEAGUE ke 6 mereka ,dia tidak dibenarkan utk bermain kerana separuh musim itu ronaldo dia telah beraksi utk real madrid.