Berbanding piramid Giza yang dikunjungi jutaan pelancong, piramid ini hanya dikunjungi pelancong dalam jumlah yang kecil kerana faktor logistik. Piramid ini dibina antara 720-300 tahun sebelum masihi, piramid ini dibina ketika era Kerajaan Kush berkuasa dari 8 tahun sebelum masihi hingga tahun ke 4 masihi. Tapak ini juga dipercayai antara tamadun awal di lembah sungai Nil dan penguasa di era itu bergelar ' Firaun Hitam '. Atas faktor masa juga ada binaan piramid ini yang kian runtuh dan terhakis.

No comments:
Post a Comment