Kalau di Malaysia, rumah sebegini biasanya dibina oleh pekerja tapak
pembinaan dengan menggunakan papan,kayu dan zink terbuang dari kawasan
pembinaan. Tetapi di Devon, England pasangan Matthew Lepley 34 dan Jules
Smith 54 membina rumah ini untuk merealisasikan impian mereka yang
mahukan suasana yang mesra alam dan proses pembinaan rumah tidak
menganggu ekosistem kawasan persekitaran, terdapat 1 bilik tidur, ruang
tamu,bilik mandi, tandas luar rumah,dapur dan tab mandi yang dipanaskan
menggunakan kayu api. Rumah ini mengambil masa 5 tahun untuk siap dibina
sejak pasangan ini berpindah dari London 5 tahun lalu dan membelanjakan
20 ribu pound sterling untuk membeli 20 ekar tanah. Di lot tanah ini
juga mereka membina kolam itik yang membekalkan sumber telur kepada
mereka dan juga menanam pokok buah-buahan. Tanpa bekalan air dan
elektrik rumah ini menyimpan bekalan mereka dengan membina petak
berukuran 2 kaki 1/2 ditanam di dalam tanah untuk memastikan bekalan
mereka sentiasa sejuk. Bekalan air pula menggunakan sumber air bawah
tanah.
Akan tetapi, baru-baru ini majlis daerah Torride
menghantar surat kepada mereka untuk merobohkan rumah itu kerana tidak
mendapat keizinan secara sah untuk dibina, pasangan itu memilih untuk
tidak membuat permohonan kerana mendapati proses itu melecehkan dan
banyak membazir kertas dan elektrik. Rumah mereka itu juga mendapat
reaksi yang pelbagai dari masyarakat setempat, ada pihak yang menyokong
ada pula yang menentang.
No comments:
Post a Comment