Friday, 22 March 2019

SMK Keramat Wangsa

Damn! kenapa sekarang aku baru tau dengan kewujudan sekolah ni??

SMK Keramat Wangsa ni terletak di dalam Taman Setiawangsa, lebih tepat Keramat Wangsa yang dikelilingi rumah flat kos rendah dan flat polis(berek polis).

Aku ingatkan dulu bangunan baru tu bakal jadi rumah flat baru. Rupa rupanya sekolah menengah. Agak janggal untuk aku graduan SMK Taman Setiawangsa bila ada sekolah menengah lain dalam kawasan berdekatan.

Dulunya kawasan ni terpencil dan hutan semak samun. Sekarang dibangunkan sekolah untuk menampung pelajar dari tingkatan 1. Haish! tua betul rasa bila tau ada sekolah baru dibangunkan. Sudahla batch2 lebih senior dan bawah sikit dari aku tak pernah cerita pasal kewujudan sekolah baru ni.

Sunday, 10 March 2019

Medan Selera Semarak Diroboh

Para peniaga diberi tempoh untuk mengosongkan medan selera ini yang terletak di jalan semarak/jalan gurney.

Pengamatan penulis, pasti perkara ini terjadi kerana usai saja projek pelebaran jalan semarak yang sudah selesai hinggakan medan selera ini terletak seperti pulau di tengah-tengah jalan pasti merunsingkan pemandu yang pertama kali masuk ke sini.

Asalnya ada siar kaki/laluan pejalan kaki yang cukup lebar di jalan semarak ini tetapi disebabkan aliran trafik yang terlampau sesak menyebabkan jalan 2 hala ini perlu dilebarkan.

Hasilnya medan selera Semarak yang dahulunya ditepi jalan kini dibuat pintasan di sebelahnya yang dahulunya semak samun, lot parking kecil. Menyebabkan medan selera ini seakan akan pulau di tengah jalan yang sesak.

Kenangan Stadium MBPJ Kelana Jaya

Aku mula pergi stadium mbpj kelana jaya ni masa 2010. Waktu tu aku tak tau pape pun pasal kawasan tu. Sampai aku tak pernah tahu pun yang dulu situ ada kompleks Padang Latihan Selangor beserta Kafe Red Giant sekali.

Tapi club house Selangor ni dahpun diambil alih tapak padangnya dan dibangunkan kawasan bisnes center.

Patutla ofis Selangor ada je situ, terbiar kusam dan sendu. Rupa rupanya situ dulu ada legasi besar untuk Gergasi Merah Kuning. Tapi tinggal kenangan je semua tu. Lepas tu Selangor berlatih kat Padang Setiausaha Kerajaan Negeri ( Padang SUK) Shah Alam. Masalahnya, padang tu bukan milik Selangor pun, cuma diberi kebenaran untuk digunapakai semasa sesi latihan. Tak pasti apa cerita dengan pampasan ganti rugi tapak padang latihan kat Kelana Jaya tu. Ada jugak kerjasama pemaju swasta dan kerajaan negeri dimana, Akademi Merah Kuning dibina oleh pemaju swasta dan kos mentenen operasi dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri, ini terjadi di zaman TSKI tetapi selepas tu senyap membisu. Sudah sah jadi milik Selangor kah atau kerajaan negeri?? seeloknya biar geng geng penyokong Merah Kuning yang lebih arif tentang perkembangan tim yang komen.

Aduh..jauh dah tersasul ni. Dulu dulu zaman sebelum lrt aliran Kelana Jaya dilanjutkan ke Putra Height (stesen terakhir). Aku akan naik teksi selepas turun di stesen KJ. Selepas tu berunding la dengan gangster teksi pariappa kat bawah tu. Nak tunggu bas bila sampai ?
Dapat la rm8. Nak pergi pun dah seksa, apatah lagi nak balik? time tu memang azab lah kalau nak dapat teksi lagi lagi kalau malam hari. Siang hari pun sama, tapi sebab dah pokai punya pasal, aku gagahkan diri berjalan kaki tepi hiway dari depan Paradigm Mall ke stesen Kelana Jaya. Waktu 2013-14 dah siap dah PM, pastu ada bas shuttle lagi untuk ke lrt. Tapi tak tau plak berapa lama tunggu, rambo jela jalan kaki 45 minit.

Stadium Kelana Jaya ni pun satu, sudahla kedai runcit, medan selera takde. Azab betul kalau lapar. Sunyi sepi je kawasan stadium tu dan tasik sekitarnya. Lepas tu lama jugak aku tak turun ke stadium ni, aku kembali selepas siapnya expansion project laluan lrt Kelana Jaya ke Putra Height. Aku cuma turun di stesen Glenmarie je dan jalan kaki ke stadium. Kurang dari 10 minit dah sampai ke stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya Kelana Jaya. Sesape yang ikut lama hal ehwal bola Malaysia memang akan ingat team, MPPJ Selangor yang pernah mencipta kejutan di liga Malaysia lebih 15 tahun dulu.

Masa pantas berlalu, pasukan-pasukan yang pernah bermain/menjadi penyewa stadium ini seingat penulis, Felda United (sebelum Stadium Jengka siap), Sime Darby(berkubur), Misc Mifa (dijenamakan jadi Petaling Jaya City), PKNS (kini di Stadium Shah Alam), Air Asia All Star kemudian ditukar nama jadi Petaling Jaya Rangers (berkubur).

Pada musim tertentu Stadium MBPJ ditetapkan oleh FAM untuk dijadikan venua pasukan-pasukan liga perdana yang berpangkalan di Selangor dan Lembah Klang sahaja. Sementara itu Stadium MPS Selayang digunakan oleh pasukan liga super berikutan tidak banyak stadium yang memenuhi piawaian yang ditetapkan sesuai untuk liga perdana dan super. Pada waktu itu 2011-2017, stadium seperti stadium DBKL Cheras yang sering digunakan oleh pasukan-pasukan liga super, perdana dan Malaysia tidak dapat digunakan kerana dalam proses renovasi dan kerap kali projek tergendala dan hanya siap menjelang Sukan Sea Kuala Lumpur 2017. Kalau diikutkan, Stadium DBKL itu yang sudah wujud lama sejak era 90an itu tidaklah terlalu usang kerana ia siap direnovasi pada 2004 dan ditutup pada 2011. Hanya sempat digunapakai 7 tahun sebelum 'tidur' 6 tahun.

Minyak Rambut A1

Sejak 5-6 tahun ni para kaum lelaki mula beralih arah dari guna gel rambut ke pomade, minyak rambut yang berasaskan  air dan lilin.

Ditambah dengan trend rambut uppercut, pompadour, fade yang mula jadi ikutan ramai. Gel rambut biasa dah tentu tak relevan untuk rambut jenis begini. Perlahan lahan pomade mula menjadi pilihan ramai. Harganya agak mahal pada mulanya, penulis sendiri terkejut kerana satu tin pomade mencecah 24-28 ringgit. Sedangkan harga krim rambut, gel rambut jenama seperti Brylcreem, Elite, Safi rata rata dibawah rm 10 dan bawah 15 ringgit. Penulis yg tak berapa nak loaded pula membeli gel Hero, Revive yang murah dan mampu milik. Satu tiub gel harga masih rm5++ dan kalau beli di pemborong, hypermarket seperti Mydin dan Aeon Big (Carrefour) harganya lebih rendah.

Teringat penulis semasa kecil dahulu, minyak rambut A1 dijual pada satu bekas kecil harganya 50 sen. Tapi kini dijual pada harga 90 sen di kedai runcit. Minyak rambut A1 ni mmg berminyak dan melekit, nak mencucinya perlukan air dan sabun tangan. Tidak cukup dengan air sahaja seperti gel dan pomade berasaskan air.

Pengalaman penulis tinggal di Malaya, tidak pernah bertemu dengan minyak rambut A1 ini. Padahal kilangnya di Malaya.Bukan Sarawak, Sabah. Mungkin sebab minyak rambut Tancho lebih dikenali? sewaktu penulis di tingkatan 2, cikgu pernah melarang dari memakai minyak rambut jenis itu kerana tidak sah solat Zuhur dan Asar jika memakai minyak itu yang diperbuat dari lilin(wax) baunya pun kurang menyenangkan dari pengalaman penulis yang menghabiskan rm2.00 untuk minyak rambut itu.

Penulis juga ada mengugel samada minyak rambut A1 ini dikenali di Semenanjung Tanah Melayu, tetapi hasilnya mengecewakan.

Friday, 8 March 2019

US : minyak murah, kereta murah

Harga minyak di Amerika Syarikat secara purata 60-85 sen seliter.

Tetapi ni secara purata lah. Umum kena tahu yang minyak petrol atau disebut 'gasoline' di US dijual dalam julat gelen. Standard gelen/gallon di Us ialah 3.7 liter se gelen/per gallon. Paling murah 2.40 usd segelen, paling mahal 3.50 usd.

Selain Us, sepengetahuan aku...negara-negara yang masih ikut sistem Imperial ni Liberia (koloni us), Myanmar (unik!). Yang lain lain tu aku tapasti. Umum perlu tahu Liberia tu asalnya koloni hamba kulit hitam Amerika yang diberi tanah untuk memulalan penempatan baru dengan cara mereka tersendiri. Sebab itulah bendera Liberia (Liberty = kebebasan) mirip dengan bendera Amerika! nama ibu negara, Monrovia pun sempena nama James Monroe. Itu Liberia kita faham lah, tapi yang Myanmar (Burma) ni aku tapaham. Kenapa bekas jajahan Inggeris pakai sistem Imperial tak ikut sistem metrik yang digunapakai secara meluas?? Myanmar stereng pun belah kiri, kontra dengan negara-negara bekas jajahan British lain yang stereng pemanduan di sebelah kanan.

Tapi dalam bahasa Inggeris disebut "driving on the left side of the road" untuk stereng sebelah kanan (British) manakala "Driving on the right side of the road" untuk stereng sebelah kiri (Amerika,Afrika,Asia & Negara2 Eropah lain)

Aduh jauh pulak aku melilau ni. Lari abes dari tajuk.

Di Us macam kita selalu tengok dalam tv, remaja umur 16 dah boleh ambil lesen memandu kereta! sementara itu di negara negara lain rata-rata umur 17. Itupun sebab kos untuk memiliki kereta agak mahal dan harga minyak yang tinggi juga menjadi sebab mengapa ramai yang umur 18 dan 20 tahun keatas baru nak memohon lesen kereta sebab kos memiliki lesen itu sendiri sudah mahal mencecah ribuan ringgit berbanding lesen motosikal B2 yang jauh lebih murah dan berpatutan.

Faktor transmisi pun boleh juga, di Amerika 95% kereta yang dijual di pasaran negara itu adalah transmisi otometik, itu sebab mengapa remaja mereka begitu cepat faham bagaimana memandu kereta.

Atas faktor harga minyak yang murah juga sebarang jenis food delivery dilakukan menggunakan kereta! berbeza dengan di Malaysia,Jepun yang menggunakan motosikal untuk cepat sampai, disamping menjimatkan belanja petrol yang mahal.

transmisi manual atau "stick shift" dalam bahasa Inggeris nya amat jarang ditemui dan satu perkara aneh dan janggal di sana. Pernah terjadi pencuri kereta "auto theft" gagal melarikan kereta kerana tidak faham bagaimana menggunakan transmisi manual/stick shift!! lucu bukan? ini yang unik tentang Amerika dimana sewaktu hari ujian memandu yang dikelola oleh DMV- Department of Motor Vehicle, si pemohon akan membawa kereta sendiri semasa ujian dan terpulang pada mereka untuk auto atau manual. Undang undang mereka juga fleksibel, lesen yang dikeluarkan boleh digunakan untuk auto dan manual! berbeza dengan undang undang negara lain yang lesen D manual boleh menggunakan 2 jenis transmisi tetapi lesen D auto hanya boleh digunakan untuk transmisi auto. Bagi yang mahu mencuba memiliki,memandu kenderaan manual, mereka perlu belajar sendiri atau diberi tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman. Tiada kelas khas yang disediakan.

Jangan terkejut jika warga Amerika yang berkelana ke negara luar sering disaman, kerana lesen kereta mereka juga sah untuk menunggang motosikal jenis moped/skuter !!! tetapi untuk motosikal ber CC besar seperti scrambler, superbike, chopper perlu memiliki lesen motosikal.

Di Amerika dibantu dengan geografi negaranya yang luas, budaya pemilikan kereta, harga minyak yang murah bukanlah satu lambang kekayaan jika remaja belasan tahun sudah memiliki kereta sendiri. Bagi yang tidak mampu, mereka biasanya menetap di dikawasan bandar-bandar besar yang mana pengangkutan awam lebih mudah didapati dan tidaklah begitu jauh hendak kesana kemari.

Harga kereta pun kompetitif dan mampu milik, rata kereta sedan, hatchback, compact berharga dibawah 30 ribu usd untuk model baru. Bagaimana pula dengan model lama? jauh lebih murah kerana budaya us yang menghargai kereta kereta lama.

Thursday, 7 March 2019

Ntv7 21 tahun

Masuk mac 2019, genap 21 tahun ntv7 diperkenalkan kepada umum. Tetapi mac 2018 ntv7 pukul canang mereka akan melakukan pembaharuan dan lebih berorientasi penonton melayu urban, sama seperti awal kemunculan mereka dahulu semasa beroperasi dari taman perindustrian Glenmarie sebelum dibeli oleh media prima dan konsepnya ditukar kepada penonton berbahasa cina.

Biarpun tampil dengan logo baru dan isi rancangan yang....tidaklah begitu baru. ntv7 gagal menarik skop penonton baru sebaliknya dikritik oleh penonton berbahasa cina yang siaran ini sudah jadi tv melayu bukan tv cina.

Perubahan yang digembar gemburkan itu hanya bertahan sehingga hujung tahun sahaja sebelom kembali ke format asal dan hanya memainkan berita inggeris, mandarin dan cj wow shop dari pagi hingga ke malam.

Segmen Adik di 9

Lewat 2000an dan awal 2010an segmen adik di 9 yang keudaras setiap petang me njadi tontonan wajib kanak kanak dan remaja era itu. Bermula selepas pukul 2, slot itu menjadi kegemaran penulis kerana tiada Astro di rumah sewa. Hanya ada siaran percuma.

Apa yang penulis sempat tonton bersama rakan ialah Kappa Mikey, Cat Dog, Spongebob Squarepants,Blues Clues. Ada juga kartun lain penulis lupa kerana sejak 3 tahun lalu semua itu hilang ditelan zaman dan diganti dengan slot CJ Wow shop.

Sebelum itu, penulis mula alert dengan slot ini bila sinetron Mutiara Hati kerap dimainkan sewaktu pukul 5. Apabila adik perempuan penulis pada waktu itu yang menginjak usia tadika, dia kerap menghabiskan waktu menonton tv dan wonderpet menjadi siri kegemarannya. "Apa yang penting? Kerjasama!"
penulis ingatkan ini kata kata semangat yang dia belajar di tadika, tetapi ianya dipelajari dari rancangan kanak kanak itu. Wonderpet lantas menjadi fenomena baru dikalangan penonton tv tempatan. sehinggakan mereka yang tidak mengikuti rancangan itu pun terpengaruh dengan kata kata semangat 3 sekawan itu.