Friday, 17 January 2020

Apa Yang Korang Tak Puas Hati Dengan K Clique Ni ?

Merata rata gigih dok kompey Malique dgn K Clique apa lekeh sangat ke diorang ni ?
ke engkorang nak tengok Malique je rapper yang ada kat Malaysia ni ?
Maksum sangat ke dia sampai tak boleh disentuh, tak boleh diusik?
Apa semua benda kat Malaysia ni kena jadikan Malique sebagai penanda aras ?
Apa rapper yang ada selain M tu tak cukup bagus ke?
Kau nak taksub dengan M tu kau punya pasal, tapi yang kau sampai ke sudah sentap dengan K Clique ni kenapa ?
Apa generasi baru harini tak berhak enjoy sesuatu yang wujud dalam era diorang ?
Altimet, Aman RA, Joe Flizzow, Atjap Salammusik pun rapper jugak tak berani pulak engkorang nak usik?
Aku pun dengar je lagu-lagu dari rapper disebut di atas tapi aku pun dengar KC, takde plak aku buat perangai batak dok claim itu ini. Industri muzik ni luas bukan tumpu pada si M saja.
Berlambak lagi rapper kalau nak diketengahkan, Caprice,Benzoloo, Daly filsuf, Carleed Khaza, Kidd Santhe, Luca Sickta, Kmy Kmo, Waris, Juzzthin dan ramai lagi rapper yang tampil bersilih ganti dalam industri. Macam biasa, kau yang cuma dengar si M je sebab radio dok main lagu dia tetap anggap rapper lain semua sampah pasal lirik tak deep.
Tu belum kira rapper wanita lagi yang kebelakangan ni mula mendapat tempat, Hunny Madu,Arabyrd yang dah bertapak lama dlm industri, Kayda Aziz, Zizi Kirana, Loca B, Bubu Natassia, Bunga Ismee, Sofea Liyana dan ramai lagi bakat bakat baru yang kau boleh tengok dalam video 16 baris.
Cmon lah ! dalam interview dengan DJ Naz THR pun Joe Flizzow sendiri penah cakap, " Kau buat la lagu deep macam Malimque pun kau tetap takkan jadi Malique "

Wednesday, 15 January 2020

Dilemma Aku.....

Dulu-dulu zaman belom reti download movie aku suka suruh orang pegi downloadkan dan kadang-kadang mintak je orang tu pi transfer terus dalam external hard drive aku. Time tu satu haram aku tak tau cemane nak guna torrent atau yang sewaktu dengannya, media fire ? warez bb? aku selalu nampak website ni dulu tapi tak pasti la betul ke boleh guna download movie ?

Masa berganti masa, bila aku duduk jauh dari kawan-kawan dan lepas format laptop abes lenyap la segala mala movies yang aku simpan bertahun-tahun. Sudahnya aku kena mula dari kosong balik, belajar sendiri cara nak donlod bermula dengan cinemaindo/layarkaca/bioskopxii masa ni aku nak key in subtitles pun tak reti. Mampos la kena hadap hardsub indo yang lebih banyak bikin kusut kepala dari khusyuk melayan movie.

Lepas tu aku pelan pelan kayuh guna Torrent, dari situ la tau cemana fungsi seed dan leech sambil tu berlambak lagi site torrent aku pergi sebab senang nak carik movie kalau site utama macam KAT kena katup. Time ni syok ah sebab ada unifi kat rumah, main donlod je apa apa siri tv,filem. Tapi lepas berpindah rumah memang seksa gila aku nak donlod movie. Dahla internet phone mahal, rumah takde wifi plak tu. Kalau ada pun cuma 1mbps ??? sia sia je. Dari situ la tabiat hoarder movies aku ni bercambah sampai ada movies yang aku donlod 2 tahun lepas pun sampai ke sudah tak sempat tengok sebab banyak sangat movies aku donlod dalam masa sebulan, ni time takde promosi data internet, kalau ada promosi data macam bulan raya,merdeka tu korang bayangkan la berapa banyak movies aku donlod sampai 88 GB abes buta buta je. Bukan sekali beli tu, tiap tiap minggu.

Sekarang ni pening kepala fikir bila aku ada masa nak tengok lambakan movie ni ? oh ye tabiat hoarder ni menjadi jadi lepas aku kenal telegram dan abes channel telegram ni aku godek sebab nak donlod movie yang belom tentu aku ada masa nak tengok.

Lupa Password ??

Tua sangat ke aku ? dulu dulu aku senang ingat password tak kiralah mana-mana platform media sosial yang aku ada. Tapi sejak beberapa tahun ni tah berapa kali aku reset password dari media sosial sampai lah ke alamat emel aku. Serious yarobi bila password emel pun boleh lupa, nila bahana bila memandai ubah password pastu lupa tiap kali nak log in.

Bukan tapenah tulis kat mana mana sticky note atau buku, pernah je tapi tula tak sampai seminggu lupa balik. Leceh la bila asyik kena format gini. Sepatutnya teknologi memudahkan bukan menyusahkan.

Lawak Senario

Aku mengaku yang sejak 23 tahun dulu sampai la hampir 15 tahun lepas.....kira kira 8 tahun tu aku peminat Senario, Kumpulan Pelawak Ulung ! tapi harini bila aku tengok balik lawak-lawak diorang kat youtube, aku jadi susah nak ketawa pulak sedangkan zaman lewat 90an dan era awal 2000an dulu tengok muka saiful apek dan yassin je rasa nak gelak. Mungkin sebab lawak skripted dan bersopan tu tak lagi diterima baik di era sekarang ? zaman dimana orang suka buat lawak double meaning (maksud berlainan) dan lawak spontan ? problemnya lawak-lawak harini pun aku kurang gemar sebab pelawak tu sendiri melawak sendiri gelak, penonton dalam studio pun pakat ikut.

Maaf cakap lawak Senario ni dah basi pada pendapat aku, diorang perlukan kreatif team yang kaya dengan idea-idea baru, umum tahu senario ni digemari di setiap peringkat umur. Dari kanak-kanak sampailah golongan dewasa tapi entah mana silapnya lawak diorang stuck di satu tempat gagal mengikuti arus semasa. Aku suka pada format lawak senario yang bersopan dan tidak merendah rendahkan fizikal rakan seperjuangan dalam masa yang sama kaya dengan nasihat dan pengajaran. Cuma pengisian dan penyampaian lawak Senario tu perlulah mempunyai penyudah yang tajam dan sentiasa diingati ramai. Generasi harini pun dah lama muak dengan pelawak keluaran realiti tv yang tak abes abes dengan lawak mempersendakan fizikal lahiriah teman seperjuangan dan tak habis habis dengan pickup line nya yang sudah lapuk dek hujan, lekang dek panas. Cmon lah ! dah 2020 ni, pikap line so 2016 !!!

2020...aku masih rage dengan pelawak yang diangkat jadi pengacara dan DJ radio selepas kareer sebagai pelawak yang tak berapa menjadi.

Tuesday, 14 January 2020

Kumpulan Dance Kru

Kalau ditonton video-video lama kumpulan Rap utama di era 90an sewaktu di awal kemunculan mereka. Pasti mata kita tak lekang dari melihat kelibat 4 pemuda yang menjadi penari pengiring trio adik beradik ini. Mereka terdiri daripada Dino, Am, Adik dan Nurul. Mereka juga sempat diselitkan dalam lagu Fanatik dalam lirik berbunyi

" Di belakang ku kumpulan bersatu Dance Kru !!!"

Pada generasi yang lahir di zaman KRU mula bertapak dalam industri dan mula kenal Kru pun zaman album inggeris The Way We Jam agak sukar untuk aku tahu lebih lanjut pasal kumpulan ini. Dapat tahu pasal Dance Kru ni pun lepas dok tengok non stop video dari akaun youtube Zman Din yang kerap kali dan selalu upload video-video artis Malaysia baik yang baru atau lama. Perasan lepas satu demi satu persembahan mereka dibantu 4 orang penari latar yang sama !! Semasa konsert terakhir KRU di Istana Budaya pula semasa menyanyikan lagu Mengerti, quartet ini membuat kemunculan semula sejak sekian lama ! dan memakai sepersalinan ala ala pekerja workshop, mirip dengan baju yang mereka pernah pakai sewaktu perform di sebuah show di RTM yang mana Norman dan Yusry menyanyikan lagu Mengerti !! tetapi frasa frasa rap Norman tidak dibenarkan kerana irama Rap di gam oleh RTM

2020 !! Dekad Baru Era Baru Zaman Baru

Wow sampai jugak ke tahun 2020 ni ! rasa macam semalam je tahun 2010 dan tak lama dulu tahun 2000. Tau tau milennial baby dah umur 20 tahun dan 90s baby bakal berusia 30 tahun !!

Cepat betul masa berlalu sampai tak rasa dekad 2000an dan 2010an dimana aku membesar dan jadi dewasa berlalu sebegitu pantas.

Genap 9 tahun jugak usia blog ni !!! gila la 9 tahun masih tak activate. Tapi platform media sosial aku paling lama tentulah facebook. Masuk bulan januari 2020 dah genap 10 tahun !!! gila la 10 tahun masih stay kat fesbuk. Zaman 2000an dulu, media sosial ni trend semasa je masuk tahun ke tiga orang mula beralih arah ke platform lain sebab teknologi ni kita susah nak jangan berapa lama relevan dia dalam kehidupan kita. Myspace yang gah dulu tu pun jatuh tergolek sedangkan FB, Twitter masih lagi gah dan mendunia saban hari. Mungkin pengguna media sosial kita semakin matang dan tak terikut ikut dengan perubahan trend???

Macam tu jugak dengan Youtube, dah 15 tahun ! masih relevan dan tidak ada platform video lain yang boleh ambil alih dan semakin hari semakin jadi tumpuan dan pilihan utama untuk mereka menonton video dan berita berbanding televisyen yang semakin hilang tarikannya sampai platform tv konvensional macam Ntv7, 8tv dan tv 9 asyik main CJ wow shop je pagi petang tak henti henti sampai hilang slot adik di 9 yang jadi tontonan kanak kanak, remaja dan tak berapa nak dewasa macam aku.

Okey mungkin mereka yang duduk di kawasan ada fibre internet takde masalah untuk melanggan netflix,iflix dan platform streaming lain yang seangkatan dengannya tapi percayalah tak semua mampu langgan netflix meskipun harganya cukup berpatutan pada pandangan aku. Aku yang duduk jauh dari panggung wayang ni mampu donlod illegal kat telegram aje lah.

Harap harap la 2020 ni TM boleh luaskan lagi rangkaian fibre internet dia, dahla copper cable (streamyx) mahal namati pastu speed slow namampos. Saje nak peringat yang TM Unifi ni dah masuk tahun ke 10 !!!!

Wednesday, 26 June 2019

Anugerah Gol Puskas

Bila tengok gol Harold Goulon kelmarin rasa semangat plak nak tengok gol dari Malaysia tercalon untuk Anugerah Gol Cantik Fifa atau lebih dikenali dengan nama anugerah Puskas, mengambil sempena nama legenda bolasepak Hungary dan Real Madrid, Ferenc Puskas.

2017 lepas je Faiz Subri dinobatkan pemenang gol tercantik untuk tahun 2016 rasa semangat je nak tengok sesuatu yang luar biasa datang dari bolasepak Malaysia yang sendu sejak 7-8 tahun kebelakangan ni.

Untuk musim 2017 gol Mark Hartmann, pemain import dari Filipina pada aku sebijik macam gol Papiss Cisse untuk Newcastle United musim 2011/12. Tapi jangankan menang, tercalon pun tidak. gol tu.




Lepas tu plak kita menjengah ke scene bolasepak luar negara, gol sepakan gunting Emre Can menentang Watford pun menerima nasib sama, langsung tak tersenarai. Pelik, gol Mohammad Salah pada aku yang biasa biasa saja boleh dapat anugerah gol Puskas untuk tahun 2018.