Disini aku akan ceritakan serba ringkas mengenai sejarah stadium ini pada pasukan bolasepak
Barnet FC.perlawanan semalam antara
the bees,gelaran barnet menentang wycombe wanderers adalah perlawanan terakhir di stadium itu sebelum mereka berpindah ke stadium baru
the hive di kawasan kejiranan harrow. mereka berpindah dari stadium itu atas arahan majlis perbandaran barnet.perlawanan semalam berakhir dengan kemenangan berpihak kepada barnet 1-0 hasil jaringan jake hyde dan graham stack,penjaga gol yang mengagalkan penalti wycombe wanderers menjadi wira pasukan
Underhill homeground kepada barnet sejak 106 tahun lalu,
pintu masuk untuk para pemain,dan pintu ini akan ditutup untuk kali terakhir untuk pasukan barnet
underhill ini juga homeground kepada pasukan simpanan arsenal fc,setiap tahun pada musim panas mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan antara barnet menentang arsenal.
papan tanda ke stadium underhill,selepas ini mereka akan menuju ke the hive,'rumah baru' pasukan barnet
penyokong barnet bergambar kenangan di stadium pasukan mereka.mungkin gambar ini bernostalgia kepada mereka untuk 50 tahun lagi
kalau di malaysia ada burger stadium,di barnet ada sandwich yang dijual dan seorang peminat meluahkan perasaannya dengan baju back 2 barnet dengan harapan satu hari nanti mereka akan kembali ke underhill
bbq dibuat pada bulan april di stadium underhill
buku program sejarah kelab dulu hingga kini,mengimbau segala kenangan lama
peminat membawa sepanduk tanda tidak puas hati dengan majlis perbandaran barnet yang memaksa mereka pindah ke stadium baru di harrow
barry fry jurulatih yang begitu lama bersama kelab selama 15 tahun dari 1978-1993
jake hyde meraikan gol di perlawanan terakhir barnet di underhill stadium
para peminat masuk ke padang untuk meraikan kemenangan bersama para pemain