Saturday 25 February 2017

10 Perkara Yang Merosakkan Bolasepak Hari Ini

Selain gaji yang berlebihan tak sepadan dengan kualiti, yuran perpindahan tak masuk akal dan Chinese Super League. Dibawah juga antara perkara-perkara yang menjengkelkan dalam bolasepak moden.


One Season Wonder Dalam Sukan Bolasepak

Leicester City baru saja memecat Claudio Ranieri yang mengemudi mereka menjuarai EPL musim lepas selepas persembahan di musim 2016/17 yang cukup teruk sehinggakan mereka kini terjerumus ke zon penyingkiran.

Walaupun berjaya mengekalkan Jamie Vardy dan Riyad Mahrez 2 tonggak serangan yang menjadi nadi kejayaan mereka musim lepas, jelas mereka masih  gagal mencari pengganti tepat Ngolo Kante yang berhijrah ke Chelsea musim ini.

Disini kami berkongsi senarai mereka yang juga pernah gemilang seketika dengan julukan One Season Wonder


Kemana Menghilangnya Steve Blues Clues ??

Steve Burns adalah pengacara rancangan interaktif kanak-kanak, Blues Clues. Rancangan ini popular kerana belum ada lagi program waktu itu yang seakan-akan berinteraksi dengan penonton di rumah untuk merujuk dan berbincang tentang mencari jalan penyelesaian. Apabila Steve memperkenalkan penggantinya, Donovan Patton detik itu ibarat saat paling menyedihkan buat penggemar rancangan itu.



Friday 24 February 2017

Mengimbau Nostalgia Bolasepak Era 90an

Diam tak diam rupanya era 90an itu lebih 20 tahun lalu. 90an adalah era dimana para pemain bolasepak bukan sekadar diangkat sebagai hero di padang, mereka juga diangkat sebagai selebriti dan bintang sukan.

Di era 90an juga kita mula didedahkan dengan football manager, permainan yang mengajar para pemain bagaimana mencari bakat-bakat muda untuk diketengahkan. Begitu juga dengan FIFA EA sport yang menjadikan pengalaman bermain bolasepak bukan sekadar dinikmati di padang, malahan juga di skrin komputer dan televisyen.

Paling jelas ketara ialah jersi bolasepak yang besar dan seakan-akan pemain memakai baju hutan sewaktu bermain, begitu juga dengan but bola yang tradisi nya berwarna hitam kini ditampilkan dengan kemasan baru dan hasilnya pada hari ini cukup sukar untuk melihat pemain bolasepak menggunakan but warna hitam.

Teknologi Yang Gagal Sepanjang Masa

Agak pelik apabila teknologi yang kita rasa cukup futuristik dan mengujakan sebenarnya sesuatu yang gagal di pasaran dan tidak mendapat sambutan baik, disamping harga kos yang terlalu mahal ia juga tidak praktikal dengan kehendak kita. Dalam erti kata lain, tak berbaloi untuk dimiliki. 

Jangan terkejut kerana syarikat-syarikat pengeluar gajet utama dunia turut terjebak dalam permasalahan ini. 


Pengurus Yang Menyelamatkan Kelab Bolasepak Mereka

Dikala kelab-kelab ini mengalami prestasi tak menentu dan seakan-akan hilang arah, pengurus ini datang dan memberikan kesan segera dengan memulihkan trek rekod pasukan ini dan membantu mereka kembali ke puncak prestasi. Ada yang bergelut dengan penyingkiran, ada yang sudah bertahun tidak memenangi trofi kejuaraan tetapi pengurus ini menjadikan semua itu seperti tidak mustahil.


Thursday 23 February 2017

Fakta Ringkas Ireland Utara


Ramai yang keliru tentang Republik Ireland dan Ireland Utara, Republik Ireland ialah negara yang berada di bawah pemerintahan mereka sendiri. Manakala Ireland Utara berada di bawah pemerintahan United Kingdom bersama-sama dengan Wales, Scotland dan England.

Bila bercakap mengenai 2 negara ini pastinya kita akan mengingati era Troubles dimana sering terjadi pertempuran kecil antara 2 pihak dimana Unionist yang mahukan Ireland Utara dan Republik Ireland membentuk satu negara, tetapi Loyalist pula lebih selesa berada di bawah naungan UK kerana mereka lebih selesa mendapat layanan sama taraf seperti penduduk Scotland, Wales dan England.


Jalan Cerita X Men Yang Tidak Diadaptasi Ke Filem

Bulan hadapan filem terakhir dalam trilogi Wolverine, Logan akan ditayangkan di pawagam. Selain Days Of Future Past, ada lagi jalan cerita dalam dimensi X Men ini mungkin kita tak dapat ditonton di pawagam atas faktor kewangan.


Tuesday 21 February 2017

Penerangan Taktikal Skuad Gemilang Manchester United 2007/08

Selepas 1998/99, musim 2007/08 adalah musim paling cemerlang Manchester United dan juga permulaan era gemilang mereka. Dimana pada musim itu Cristiano Ronaldo menjaringkan 42 gol semusim. Begitu juga dengan keberkesanan gandingan Carlos Tevez dan Wayne Rooney. 

Begitu juga dengan prestasi pertahanan mereka yang mula memuncak ketika itu dimana Rio Ferdinand, Patrice Evra dan Nemanja Vidic berada di prestasi terbaik mereka. Tidak dinafikan 2007-2011 adalah era kegemilangan united bilamana mereka memenangi 4 kejuaraan liga Inggeris dalam masa 5 tahun ( 06/07, 07/08, 08/09 dan 10/11 ) dalam tempoh sama juga mereka layak ke final Liga Juara-juara Eropah sebanyak 3 kali dalam masa 4 musim ( 07/08, 08/09 dan 10/11 ) di peringkat eropah mereka hanya dibayangi skuad generasi emas Barcelona era Pep Guardiola. 

Disini diterangkan pendekatan taktikal yang digunakan oleh Alex Ferguson, taktikal yang ringkas tetapi efisien dan memberi hasil yang gemilang. Disamping dibantu oleh pembelian yang bijak dan tepat. Disebabkan dominasi inilah mereka berjaya mengekang Liverpool dari memenangi liga pada 2008/09, bukan disebabkan Liverpool tidak kuat, tetapi United terlalu hebat untuk ditentang pada era itu. 


Sunday 19 February 2017

Stadium Bolasepak Yang Terbiar Usang

Pasti anda berasa canggung apabila melihat senarai stadium ini bukan ?? kami sendiri pun tidak begitu arif dengan nama-nama stadium ini kerana kebiasaannya stadium lama yang tidak digunakan lagi akan dirobohkan untuk projek baru tidak lama selepas penyewa berpindah ke gelanggan baru. Tetapi entah kenapa stadium ini terbiar begitu saja sehinggakan padang yang cantik dan rata dulu kini menjadi semak samun. 




1. Turnfurlong Lane

Tiada maklumat tepat mengenai stadium ini, yang terdekat kami capai ialah ianya dahulu di sewa oleh kelab semi pro Ayelsburry United sebelum kelab itu berpindah sewa ke stadium lain. Agak lama juga kelab itu meninggalkan stadium ini, lebih 20 tahun. 

2. Boothferry Park 

Kelab Liga Perdana Inggeris, Hull City AFC dahulunya bermain di sini selama lebih 50 tahun sebelum mereka berpindah ke KC Stadium. Info terkini stadium ini telah dirobohkan pada 2010. Selepas Hull city, stadium ini menjadi tapak untuk pasarraya Kwik Save dan Iceland. 

3. Don Valley 

Stadium pelbagai guna ini telah pun dirobohkan. Pada waktu penutupannya, stadium ini menjadi stadium pelbagai guna yang kedua terbesar di Britain dengan kapasiti 25 000 penonton. Dibelakang London Olympic Stadium yang kini menjadi rumah baru untuk West Ham United. 

4. Lluis Sitjar Stadium 

Satu ketika dulu menjadi rumah untuk Real Mallorca. Tetapi kini tinggal kenangan saja kerana telah pun dirobohkan. 

5. Estadio Insular 

Semasa kelab sensasi La Liga, Las Palmas masih lagi beraksi di liga bawahan mereka menggunakan stadium ini sehingga 2003. Sama seperti stadium lain, sebahagian binaan stadium ini telah pun dirobohkan. 

6. Feethams Stadium 

Sebuah lagi venue yang digunakan oleh kelab amatur, Darlington FC. Sejak 1883 hingga 2003 stadium ini menjadi gelangggang kelab itu. Ada perancangan untuk menjadikan tapak stadium ini sebagai kawasan perumahan tetapi dihalang perjanjian 1903 yang hanya memperuntukkan padang ini untuk tujuan permainan kriket dan sukan kerana kawasan tanah itu dimiliki oleh Kelab Kriket Darlington yang telah wujud terlebih dahulu. 

7. Central Dynamo Stadium 

Menjadi gelanggang rasmi pasukan kebangsaan Soviet Union dan Dynamo Moscow. Kini telah pun dirobohkan  untuk memberi laluan kepada pembinaan VTB Arena. 

8. Stadion Za Luzankami 

Pernah menjadi stadium terbesar di era Czechoslovakia. Tetapi tidak menepati kriteria yang ditetapkan FIFA menyebabkan penyewa ketika itu, FC Zbrojovka Brno berpindah ke arena lain. Masih belum dirobohkan cuma terbiar ditumbuhi semak samun. 

9. Stadion Petrzalka 

Stadium yang terletak di Bratislava, Slovakia ini disewa oleh kelab kecil, FC Petrzalka. Disebabkan tidak menepati piawaian UEFA penyewa telah berpindah ke stadium lain. 

10. Stadium Maracana

Satu ketika menjadi gelanggang keramat pasukan La Selecao Brazil. Dibina semula untuk Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2016, juga menjadi saksi kebankrapan Brazil dimana kerajaan negara itu tidak mempunyai wang untuk membayar pekerja sektor awam disebabkan dana negara banyak terbazir membina monumen yang mengikut jejak langkah Greece 2004 dan Beijing 2008. 

Tragedi Bolasepak Yang Dilupakan

Baru-baru ini dunia bolasepak global dikejutkan dengan tragedi nahas udara yang meragut nyawa pemain dan pengurus pasukan bolasepak Brazil, Chapecoense. Tetapi bagaimana pula dengan tragedi-tragedi lain yang juga meragut nyawa tetapi hampir kesemua kita terlupa tentangnya mungkin kerana kurang publisiti ataupun disebabkan kita semua sudah lali dengan insiden sebegitu ??


Wednesday 15 February 2017

Pemenang Champions League Yang Bersandarkan Nasib Semata-mata

Mereka ini anda percaya tidak layak menerima medal kejuaran ulung kelab-kelab Eropah itu. Tetapi apa boleh buat kerana sukan bolasepak itu sukan berpasukan, pasti ada yang jadi freeloader dalam sesebuah pasukan dimana yang lain bekerja keras.


Tuesday 14 February 2017

Nottingham Forest Dan Sejarah Gemilang Mereka

Filem The Damned United membuatkan kami begitu respek pada Brian Clough, seorang pengurus yang tidak pernah berputus asa mencipta kejayaan. Berjaya membawa Derby County ke liga utama, dia dilantik menjadi pengurus baru Leeds United, pasukan hebat era 70 an yang sebelum itu dibimbing Don Revie, pengaruh Don Revie begitu hebat sehinggakan Clough gagal bertahan lama di Leeds. 

Berkelana ke kelab divisyen 3, Clough merasakan dia tidak ada rasa semangat yang jitu di situ, tawaran daripada Nottingham Forest diterima dan dari situlah bermulanya era gemilang Nottingham Forest sehingga menjulang 2 kali kejuaraan Piala Eropah/ UEFA Champions League berturut-turut dan sehingga kini tiada kelab Britain mampu mengulanginya. Tidak dilupakan juga peranan Peter Taylor yang menjadi bayang-bayang kepada Clough. Sehinggakan Clough digelar ' Pengurus Inggeris Terbaik Yang Tidak Pernah Dilantik Menjadi Pengurus England '

Disini disampaikan secara ringkas beserta lukisan tentang Clough semasa di Nottingham Forest. Nottingham Forest juga pernah melalui era gelap tersingkir ke liga bawahan, kemudian mereka bangkit semula kembali ke liga utama yang telah dijenamakan semula sebagai EPL. Pada musim debut mereka di EPL, mereka menduduki tempat ke 3 satu pencapaian yang cukup baik untuk pasukan yang baru naik pangkat.  


Saturday 11 February 2017

Kelab Bolasepak Yang Tiada Sejarah Dan Tradisi

Majoriti kelab bolasepak pada hari ini berusia lebih 100 tahun. Masing-masing datang dengan prestij, sejarah dan tradisi. Tetapi ada diantara kelab ini yang baru ditubuhkan dan ada yang masih belum mencapai jubli emas ! tetapi jangan dipandang rendah pencapaian ' budak baru ' ini kerana mereka mampu mencapai kejayaan dan menganggu gugat status quo kelab-kelab yang sudah wujud lebih dulu.


Friday 10 February 2017

Sejarah Dan Evolusi But Bolasepak

Dipanggil ' boot ' di Eropah, di Amerika Syarikat pula dipanggil ' soccer cleat ' but bolasepak sudah berevolusi sejak sekian lama. Asalnya tidak memiliki stud tetapi idea genius Adi Dassler yang yang menyumbang kepada kejayaan pasukan Jerman Barat memenangi final Piala Dunia 1954 dimana mereka menumpaskan pasukan Hungary yang digelar ' Mighty Magyars '.

Daripada material diperbuat daripada kulit, berwarna coklat kusam, but bolasepak berevolusi pula menjadi warna hitam diselangi garisan halus putih yang menjadi tanda ikonik untuk but keluaran Puma & Adidas. Kemudiannya dekad demi dekad berlalu, seiring dengan kemajuan sains sukan but bolasepak kini berwarna warni, memiliki stud berbentuk bilah dan ada juga yang dipasang GPS padanya seperti but keluaran Adidas untuk menguji ke aktifan pergerakan seseorang pemain semasa permainan berlangsung, ada pula yang dilengkapi dengan stokin untuk memberi keselasaan pada kaki pemain.




Diktator Yang Masih Berkuasa Sampai Ke Hari Ini

Kejam dan Kuku Besi adalah syarat wajib menjadi seorang diktator, kita seringkali mengangkat General Idi Amin, sebagai contoh diktator yang kejam semasa memegang tampuk pemerintahan. Tetapi sebenarnya masih ramai lagi diktator di zaman moden ini.


Thursday 9 February 2017

Angka Perpindahan Termahal Kelab-kelab Liga China

CSL atau Chinese Super League kini ibarat virus baru dalam industri bolasepak dunia, mereka menarik pemain-pemain legenda dan berpotensi besar di Eropah, Amerika Selatan bermain di liga mereka dengan yuran perpindahan dan gaji yang lumayan. 

Tawaran itu sukar ditolak, tetapi bagi mereka yang sudah hilang passion untuk mencapai kejayaan gemilang di arena bolasepak terbaik dunia pastinya mereka memilih wang dari berusaha keras untuk memenangi kejohanan berprestij Eropah seperti Champions League dan liga-liga utama Eropah. 


Eksport Terbaik Sevilla

Jika tiada dominasi Barca dan Real pasti Sevilla kini antara pencabar utama La Liga selain Atletico. Pada dekad yang lalu Sevilla mencipta rekod tersendiri apabila memenangi Uefa Cup/Europa League 2 kali berturut-turut. Tetapi rekod cemerlang itu gagal diterjemahkan dalam kempen liga.

Begitu juga di dekad ini, mereka kembali mencipta rekod baru apabila menjuarai Europa League untuk 3 musim berturut-turut dan menjadi kelab terbanyak memenangi kejohanan itu sebanyak 5 kali. Sevilla dikritik kerana walaupun layak ke Champions League, mereka masih gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dan bermain semula di Europa League di musim yang sama dan menjuarainya. Musim ini sedikit bertuah untuk mereka apabila berjaya layak ke pusingan berikutnya.

Sevilla juga terkenal dengan sistem scout mereka yang berjaya mencari pengganti tepat mana-mana pemain yang dijual ke kelab lain. Mereka juga seperti tidak terjejas dengan penjualan mana-mana pemain ke kelab lain malah mengaut keuntungan lumayan. Mari kita lihat bekas pemain-pemain Sevilla yang dijual ke kelab lain mencapai kemuncak karier mereka.


Monday 6 February 2017

Mengapa Filem Robin Tidak Diterbitkan

Robin sinonim dengan Batman kerana dia telah berkhidmat sebagai side kick kepada vigilante Gotham City itu sekian lama, karakter Robin juga telah diadaptasi ke dalam filem Batman Forever dan Batman & Robin. Robin juga mempunyai pelbagai alter ego, bermula dari Dick Grayson, Jason Todt, Tim Drake, Stephanie Brown hinggalah ke Damian Wayne, anak kandung Bruce Wayne.

Tetapi hanya Robin versi Dick Grayson saja yang telah diadaptasi dan sejak filem Batman & Robin tiada lagi karakter side kick itu diangkat ke layar perak. Batman Begin, Dark Knight & Dark Knight Rises arahan Christopher Nolan tidak menampilkan watak Robin, begitu juga dengan Batman Vs Superman.



Sunday 5 February 2017

Kesilapan Dalam Perniagaan Yang Mengakibatkan Kerugian

Dikala mereka sedang menjadi kuasa besar dalam persaingan perniagaan masing-masing, jenama-jenama ini telah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh tersungkur di kemudian hari.


Pengurus Bolasepak Yang Membina Legasi Gemilang Pasukan Mereka

Arrigo Sacchi pastinya diingati kerana dia tidak mempunyai pengalaman bermain peringkat profesional tapi mampu melakar sejarah gemilang bersama Ac Milan. Tapi ini adalah kejayaan di dekad lepas dimana sesuatu kelab itu memerlukan 5-6 tahun untuk mencapai tempoh matang dan mengekalkan seorang pengurus.

Berbeza situasi di dekad ini dimana tekanan untuk menghadirkan kejayaan dalam masa 1-2 musim telah menyebabkan ramai pengurus dipecat dan tidak sempat mencipta legasi mereka sendiri.


Thursday 2 February 2017

Superhero Dalam Dimensi Green Arrow

Siri Tv Arrow adalah sebuah jalan cerita tentang perjalanan Oliver Queen bertindak sebagai Green Arrow yang menjaga kententeraman Central City. Disebabkan Green Arrow tidak begitu diangkat sebagai imej utama DC seperti mana perhatian diberikan terhadap Batman dan Superman, pihak produksi telah menghasilkan siri tv ini untuk mendekatkan audiens dan peminat komik kepada karakter-karakter adiwira lain yang dalam dimensi Arrow ini. 

Siri tv ini mendapat sambutan hangat dan dari siri Tv inilah terhasilnya spin off seperti DC Legends Of Tomorrow dan The Flash. 


Bintang WWE Dan Rumah Mewah Mereka

Kerjaya sebagai penggusti hiburan memerlukan mereka banyak menghabiskan masa bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan mengakibatkan mereka kurang masa untuk berada di rumah. Tetapi siapa sangka mereka ini juga memiliki kediaman mewah yang menjadi tempat berehat dan melepaskan lelah setelah mengharungi tour kerjaya yang panjang dan meletihkan. Berbaloi untuk komitmen yang mereka berikan disamping sakit seluruh badan yang dialami kesan daripada bergusti.


Kediaman Mewah Milik Donald Trump

Donald Trump mengejutkan ramai pihak kerana tidak mahu menetap terus di White House sepanjang tempoh pemerintahannya sebagai Presiden Amerika Syarikat. Tetapi ini bukan petanda beliau seorang yang zuhud dan bersederhana, Trump sendiri sudah pun memiliki resort, hotel, rumah-rumah mewah di serata dunia dan Amerika Syarikat. Yang mana disewakan sebagai rumah percutian dan rumah rehat beliau semasa berkunjung ke situ. Sememangnya Donald Trump memiliki citarasa yang tinggi dan elegan. Kami hanya mampu telan air liur saja tengok rumah-rumah milik Trump ini.