Saturday 28 May 2016

Tembakau Dihasilkan Oleh Buruh Kanak Kanak

Siapa sangka tembakau yang anda sedut dan hisap itu diproses hasil kerahan tenaga kanak-kanak dibawah umur?

Di usia ini mereka sepatutnya berada di dalam bilik darjah bukan dikerah membantu ibu bapa. Hasilnya mereka muntah-muntah kesan racun perosak yang disembur pada daun tembakau itu.

Syarikat rokok terkemuka dunia pula tidak mampu berbuat apa-apa kerana tembakau yang dibeli sudah siap diproses dan dijual di pasaran terbuka tanpa menyatakan dari mana sumber itu diperolehi.

https://youtu.be/t6pVsA6hdYs

Eksperimen Makanan Menggunakan Cecair Nitrogen

Pada masa kini terdapat restoran yang menggunakan cecair Nitrogen sebagai elemen untuk menyediakan pencuci mulut seperti aiskrim. Mereka membuat aiskrim bukan menggunakan bahan asas tetapi bahan-bahan lain kemudian direndam atau disembur dengan Nitrogen untuk menghasilkan satu inovasi makanan.

Bagaimana pula dengan daging dan sayur-sayuran jika direndam dalam cecair Nitrogen? Lihat hasilnya dalam video dibawah.

https://youtu.be/IIoSmhxwt90

Jenama Pizza Terkemuka

Di negara kita jenama seperti Pizza Hut,Domino's dan Papa John ialah jenama yang dominan.

Tetapi masih ada lagi jenama-jenama Pizza di US yang masih belum meneroka pasaran Pizza di negara kita.

https://youtu.be/dljthz_3ik8

Monday 23 May 2016

Fakta Unik X Men

Komik X Men bukan sekadar imaginasi dan fantasi tentang bagaimana mutan bergelut untuk hidup dengan aman.

Tetapi komik itu juga menyuarakan secara tidak langsung bagaimana mereka yang ditindas di dunia luar dan diubah suai supaya sesuai dengan jalan penceritaan komik ini.

Siapa sangka Mystique itu asalnya seorang lelaki?  Tetapi terpaksa diubah oleh pelukis nya kerana kekangan penerbitan.

https://youtu.be/GJiQd4ngeVs

Sunday 22 May 2016

Kerakyatan Warganegara Untuk Dijual

Negara-negara kepulauan kecil dan membangun ini memberikan taraf kependudukan kepada mereka yang melabur dan membeli hartanah di negara mereka.

Tujuan kepada taraf kependudukan itu diberi adalah untuk menggalakkan pelabur luar melabur di negara mereka dan dalam masa yang sama meningkatkan kadar keluaran dalam negara kasar, peluang pekerjaan dan menambah baik perkembangan ekonomi negara itu.

https://youtu.be/y1JXMAvwpYw

Saturday 21 May 2016

Pemain Bolasepak Yang Hanya Menyerlah Semusim Sahaja

Mereka ini digelar One Season Wonder atas pencapaian cemerlang mereka dalam masa satu musim sahaja.

Tetapi musim-musim berikutnya mereka gagal menyerlah dan tidak mampu mengulangi pencapaian luar biasa mereka yang hanya berlaku sekali dalam karier mereka.

https://youtu.be/cQfRhtZ55Rg

Friday 20 May 2016

Keluarga-keluarga Yang Aneh Dan Pelik

Jika anda rasa keluarga anda bosan dan biasa-biasa saja, anda perlu kenali keluarga yang berada dalam senarai senarai ini.

https://youtu.be/mIB9_wT5VT0

Adik Beradik Cemerlang Dalam Sukan Bolasepak

Mereka ini bukan sekadar mewakili pasukan yang sama, tetapi turut mencatat kejayaan apabila menjadi adik beradik yang berjaya memenangi kejuaraan.

Memang ramai pasangan adik beradik melibatkan diri dalam sukan ini tetapi tidak ramai yang mampu bermain dalam satu pasukan dan sama-sama mencapai kejayaan gemilang untuk dikongsi bersama.

https://youtu.be/TXxxRQtqHQQ

Kisah Inspirasi Untuk Mereka Yang Gemuk

Abam Bocey setahun yang lalu telah mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati ummah Malaysia. " Gemuk Is Awesome " disifatkan sebagai satu in denial statement.

Abam mendakwa dia sudah 3 bulan tidak makan nasi, tetapi setahun kemudian di ABPBH 2016 dia masih juga kekal dalam bentuk yang sama.

Dikala para obesiti dan overweight yang lain bertungkus lumus untuk mendapatkan berat yang ideal dan kehidupan yang sihat. Masih ada yang hidup dalam penafian seperti abam.

https://youtu.be/KbKh5U0sRvo

10 Sebab Kenapa Kanye West Dibenci

Kanye dibenci atas sebab dia sering tidak berpuas hati dengan kekalahannya di majlis anugerah di Hollywood dan juga selalu menjadikan alasan dia dan kaum kulit hitam nya sering ditindas.

Kalau lah kaum kulit hitam ditindas dan di diskriminasi, Beyonce, Jay Z, Will Smith malah Kanye sendiri tentu tidak mampu mengecapi kemewahan seperti hari ini.

https://youtu.be/FH9MpKVYkkk

Penemuan Baru Dalam Bidang Perubatan Yang Menyelamatkan Penduduk Dunia

Ada diantara penemuan baru ini berlaku secara tidak sengaja. Kesan penemuan ini telah berjaya menyelamatkan jutaan umat manusia.

Siapa sangka suntikan pelali atau bius juga dikira sebagai penemuan baru? Kerana sebelum itu pesakit akan diberikan candu atau kokain untuk melemahkan mereka semasa pembedahan.

https://youtu.be/XQHCiJNJP2Y

Tuesday 17 May 2016

Fakta Unik Negara Perancis

Perancis dikenali kerana tradisi makanannya yang unik dan lazat, begitu juga dengan sejarah mereka.

Tetapi siapa sangka Perancis juga terdapat banyak tahi anjing? Siapa sangka mereka juga menggemari daging kuda?

https://youtu.be/4D4vABfg9F0

Friday 13 May 2016

Ada Cerita Disebalik Gambar

Gambar ini dianggap ikonik zaman berzaman kerana posing dan juga ada cerita suka dan duka disebaliknya.

https://youtu.be/5zS72OH26U0

Thursday 12 May 2016

Hidangan McDonald Disesuaikan Mengikut Negara

Rangkaian restoran McDonald terkenal di serata dunia. Disebabkan rangkaian restoran mereka yang meluas, pihak McD telah melancarkan menu yang disesuaikan mengikut citarasa negara-negara tertentu dan mendapat sambutan hangat.

https://youtu.be/4va_DtpAMHo

Legenda Yang Sebenarnya Mitos

Agak mengejutkan apabila individu-individu dalam senarai dianggap mitos kerana nama mereka cukup gah dalam sejarah ketamadunan dan peradaban manusia.

Siapa sangka Nabi Ibrahim/Abraham, William Shakespeare, Tsun Zu, Robin Hood, King Arthur hanyalah dongengan masyarakat dahulu kala?  Tiada penemuan saintifik yang dapat membuktikan kewujudan mereka.

https://youtu.be/gtVhhXpVbA4

Tuesday 10 May 2016

10 Rockstar Yang Dibenci

Jika rapper terkenal seperti Kanye West dianggap douchebag dalam arena hip hop.

Di dalam muzik rock juga ada rockstar yang perasan bagus dan sering kali menggemparkan arena hiburan dengan permasalahan yang dicetuskan oleh mereka di luar pentas.

https://youtu.be/Ll9kNcgNBXM

Thursday 5 May 2016

Kes Rompakan Yang Kelakar Dan Lucu

Apa perasaan anda bila melihat pencuri mencuri barang perhiasan bernilai ribuan ringgit tetapi tertidur di rumah anda sewaktu anda menemuinya?

Tak cukup dengan itu, bagaimana pula dengan perompak yang  menelefon pihak bank memaklumkan dia mahu merompak bank itu dan sila serahkan jumlah wang pada jumlah tertentu kepada orang tengah untuk dihantar kepadanya?

https://youtu.be/PKWF_nrJy38

Tuesday 3 May 2016

Matawang Tercantik Di Dunia

Baru-baru ini New Zealand Dollar telah dinobatkan sebagai matawang tercantik dunia.

Dalam senarai 10 matawang tercantik dunia ini matawang Ringgit Malaysia, Indonesia Rupiah, Kina Papua New Guinea, Shillings Tanzania, Tenge Kazakhstan turut tersenarai.

https://youtu.be/ZnaqvcaSwAM

10 Faktor Mengapa Leicester City Menjadi Juara EPL

Dengan keputusan seri 2-2 Spurs pagi tadi. Leicester sah ditabalkan sebagai juara baru Liga Perdana Inggeris.

https://youtu.be/MFyofXTKuKw

Monday 2 May 2016

Gemuk Is Awesome

Gemuk is awesome, curvy Itulah alasan yang sering digunakan oleh mereka yang menghidap masalah obesiti dan overweight.

Lihat pula bagaimana mereka ini di tegur secara terus tanpa berlapik oleh masyarakat dan dijadikan bahan jenaka.

https://youtu.be/2ZFgD9fbnb8