Friday 29 April 2016

Filem-filem Terbaik Bertemakan Ikan Jerung

Sejak filem Jaws pertama diterbitkan, para produser filem di Amerika giat menerbitkan filem-filem bertemakan ikan itu.

Hampir saban tahun kita disajikan dengan filem sebegini baik dari produksi bajet rendah ataupun besar.

https://youtu.be/ZfbalWuUvBg

Info Ringkas Leicester City

Leicester City hampir menjuarai EPL buat kali pertama dengan baki 3 perlawanan. Mereka hanya perlu menang 1 perlawanan sahaja lagi sebelum sah ditabalkan sebagai juara liga Inggeris.

Leicester menjadi inspirasi kepada semua peminat bolasepak kerana mereka hanya berbelanja sedikit saja untuk perpindahan pemain dan itu memberikan mereka pulangan yang lumayan dari segi pencapaian.

https://youtu.be/X097K10nHm0

Saturday 16 April 2016

Selebriti Hollywood Yang Jatuh Merudum Kerana Dadah

Sewaktu di kemuncak karier, mereka gagal mengawal diri dari terjerumus dengan najis dadah.

Dunia glamour dan perhatian paparazzi telah menyebabkan mereka leka dan akhirnya tersungkur akibat kesilapan mereka sendiri.

Akibatnya, pihak produksi dan syarikat rakaman mula menjauhi mereka dan peminat pula mula hilang kepercayaan pada mereka.

https://youtu.be/FapFsmDG7gw

Thursday 14 April 2016

Kenali Asal Usul Penaja Dan Pemilik Kelab EPL

Kita seringkali tertanya dari mana asalnya jenama yang terpampang di dada jersi kelab-kelab EPL.

Dalam video ini disertakan dari negara manakah kit maker, pemegang saham dan penaja kelab itu datang.

Agak mengejutkan apabila ada syarikat dari negara-negara yang tidak sinonim dengan bolasepak iaitu Gibraltar dan Filipina sudi menaja kelab-kelab EPL.

Dikala jenama Jerman dan Amerika Syarikat membanjiri EPL, jenama dari Itali juga turut memberikan saingan.

https://youtu.be/gzQrmQoLTu8

Jenis-jenis Diet Yang Menjijikkan

Disebabkan mahu cepat kurus dan turun berat badan secara mendadak, manusia sanggup buat apa saja.

Diet di bawah dianggap gila dan menyeksa diri. Tetapi masih ada yang sanggup mengamalkannya. Antaranya merendam bebola kapas ke dalam jus dan menelannya, minum air redbull 10-14 tin sehari, makan pil yang membiakkan cacing pita.

https://youtu.be/i9lTKNtOVXc

Punca Kematian Yang Tidak Dijangka

Aneh, lucu dan tragik. Itulah yang dapat dikatakan selepas mengetahui punca kematian mereka di bawah.

Ada yang mati ditimpa papan iklan, dipusing pusing oleh badut sarkas, makan gula gula getah yang meletup, mati dilanggar pili bomba yang tercabut dan mati akibat kebodohan diri sendiri.

https://youtu.be/sjgjKsXaB7o

Wednesday 13 April 2016

Fakta Ringkas Uber

Uber adalah salah satu pesaing baru dalam industri teksi tempatan. Syarikat yang berpangkalan di San Francisco ini mendapat tentangan hebat dari syarikat teksi serata dunia kerana mengganggu monopoli perniagaan mereka.

https://youtu.be/HeUVboacrcw

Tuesday 12 April 2016

Dihukum Mati Atas Kesilapan Mahkamah

Mereka ini dijatuhi hukuman mati atas dakwaan melakukan pembunuhan walaupun tiada bukti kukuh mereka yang melakukannya.

Setelah bertahun-tahun barulah terbukti yang mereka ini tidak bersalah apabila suspek sebenar berjaya ditangkap. Tetapi sudah terlambat kerana mereka ini mati sia-sia kerana kecuaian pihak mahkamah.

https://youtu.be/31T9kWQJ70U

Kaya Dalam Sekelip Mata

Siapa sangka, dengan bermodalkan wang yang sedikit mereka ini telah mendapat ' rezeki terpijak ' apabila secara tidak sengaja terjumpa barang-barang lama yang berharga dan bernilai tinggi.

https://youtu.be/k4lqelhq-eU

Kenali Destinasi Pelancongan Termahal Di Dunia

Kita sering berfikir yang destinasi percutian termahal itu pastinya adalah bandar - bandar metropolitan. Tetapi pulau - pulau terpencil juga menelan kos belanja yang besar atas faktor geografi dan layanan,perkhidmatan yang disediakan begitu eksklusif.

https://youtu.be/C3N6m9qeHds

Monday 11 April 2016

Koleksi Kereta Mewah Selebriti Hollywood

Mereka ini memiliki koleksi Kereta mewah hasil usaha dan bakat mereka dalam industri hiburan.

Pada kita rakyat biasa, sebuah kereta mewah sudah berbaloi tetapi ada diantara mereka ini memiliki kereta mewah edisi terhad yang dijual pada harga jutaan dollar.

Tidak cukup dengan itu, kegilaan mereka pada jentera beroda 4 juga menyebabkan mereka tidak kisah membayar lebih untuk memiliki edisi costume made mereka sendiri.

https://youtu.be/aI0brXWE_Cs

Sunday 10 April 2016

11 Pemain Paling Teruk Pernah Memenangi UEFA Champions League

2016 - Gigi Buffon masih belum memenangi sebarang medal Uefa Champions League walaupun dia digelar penjaga gol terbaik sejak 2 dekad ini.

Tetapi kita pastinya rasa dunia ini tidak adil apabila pemain-pemain yang berada dalam senarai kesebelasan ini berjaya memenangi champions league walaupun kualiti mereka tidak sepatutnya berada di mana kelab mereka bermain dan menjulang trofi berprestij eropah itu.

https://youtu.be/xnw_RvV7iX0

Sukan-sukan Merbahaya

Kita sering menyangka sukan BMX, Papan Selaju, Ragbi, American Football dan Hoki Ais itu sudah cukup lasak dan ekstrem tetapi ada sukan-sukan lain lagi yang kita tak pernah sangka pun ianya berbahaya.


https://youtu.be/oiK45h4UGXw

Saturday 9 April 2016

April 2016 Masih Bernafas

Minta maaf kepada semua pembaca... Tu pun kalau ada yang baca blog hidup segan mati tak mahu ni.

Sejak Januari 2016 laptop aku tak lagi berada dalam pemilikan aku. Oleh sebab itu aku tak lagi mampu mengemaskini entri dalam blog ni. Dan aku juga terlepas tarikh penting ulangtahun ke-5 blog ini pada Mac lepas.

Hidup segan mati tak mahu pun masih mampu lagi bertahan sampai 5 tahun. InsyaAllah aku akan rajin mengemaskini blog ini dengan video -video menarik.

Aku memilih untuk mengubah hala tuju blog ini dengan memuat naik video dari YouTube saja. Berikutan di 2016 ini pun masih ada yang mempertikaikan entri-entri yang kita muat naik dan masih lagi melabelkan Blogger seperti kami ini Blogger copy paste.

Padahal kami anggap diri kami ini sebagai ensiklopedia bergerak yang cuba menyampaikan dan menterjemahkan segala info dan maklumat dari bahasa asing ke dalam bahasa Melayu.

Malangnya, niat suci kami untuk mengkayakan maklumat dalam bahasa Melayu telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

Sekian jumpa lagi.