Tuesday 27 October 2015

Bargain Brand Food Outlet - Penjual Barangan Runcit Pada Harga Murah

Bargain Brand Foof Outlet yang berpangkalan di Newquay ini diasaskan oleh Charlotte Danks, 20 tahun. Tujuan kedai ini diwujudkan adalah untuk menjual barangan-barangan yang kian menghampiri tarikh luputnya pada harga serendah 25 sen !!! ada juga barangan yang dijual melebihi harga itu dan harga paling tinggi ialah 2.50 pound iaitu 2 liter baldi berisi serbuk kari.

Kesemua urusan penghantaran stok bekalan ini dilakukan sendiri oleh Charlotte. Dia mendapat bekalan dari pasaraya luar dari kawasan tempat tinggalnya kerana pasaraya berhampiran menganggap kedainya sebagai pesaing walaupun produk yang dijual nya itu barang-barang yang kian menghampiri tarikh luput. Pihak pasaraya di kawasan luar akan memaklumkan padanya tentang produk yang ingin mereka lupuskan dan tidak mahu pamerkan lagi di rak pameran di pasarraya. Dia berbuat begitu untuk cuba meringankan beban  masyarakat setempat dengan menjual produk berkualiti pada harga murah kerana kawasan itu rata-rata dihuni penduduk berpendapatan rendah.

Pasaraya yang berurusan dengannya juga dapat menampung kerugian kerana mereka masih boleh membuat sedikit keuntungan dengan menjual produk itu kepada Charlotte pada harga yang murah. Jika barangan runcit itu tidak dijual di kedainya, barang-barang itu kelak akan dihantar ke tapak pelupusan, satu lagi bentuk pembaziran makanan dikala masih ramai penduduk dia dibelenggu kebuluran.

 
 
 





Saturday 24 October 2015

Bintang Sukan Yang Makan Gaji Buta

Mereka ini pada awalnya diramal menjadi ikon baru dalam sesuatu sukan itu dan untuk memastikan atlet itu kelak memberi pulangan yang lumayan kepada kelab atau pemilik,  mereka ini ditandatangani dengan tempoh kontrak jangka panjang dan dibayar puluhan juta untuk tempoh itu. Malangnya, mereka ini gagal berkembang dan tidak menjadi seperti yang dijangka. Mari kita ketahui siapa mereka ini. Lagi parah ialah kelab terpaksa melunaskan baki bayaran kontrak mereka walaupun atlet ini sudah tidak lagi bermain untuk kelab itu.




Thursday 22 October 2015

Misteri Kehilangan Yang Belum Dapat Diselesaikan

Bagaimana 115 orang koloni di sebuah pulau boleh hilang tanpa dapat dikesan ? Ukiran seberat 42 tan yang disimpan dalam garaj boleh hilang tanpa disedari ! Sebuah kapal yang berlabuh ditinggalkan tetapi mempunyai stok makanan untuk tempoh yang lama ! 5 pesawat pejuang masih belum dijumpai walaupun operasi mencari dan menyelamat terbesar dalam sejarah telah dijalankan.


Wednesday 21 October 2015

Bintang Youtube Yang Telah Tiada

Mereka ini popular, dikenali ramai dan ada pengikut yang setia. Tetapi siapa sangka mereka ini pergi secara tiba-tiba dan tragik. Para Youtubers ini pergi disaat nama mereka sedang meningkat naik, ada yang mati akibat kanser, paling tragik bila majoriti mereka ini mati akibat masalah kemurungan kemudian mengakhiri hidup dengan membunuh diri. Walaupun mendapat perhatian di media sosial, mereka masih tidak mampu mengatasi masalah peribadi mereka sendiri. Ada juga yang meninggal akibat dibunuh, dipercayai bermotifkan dendam.


Tuesday 20 October 2015

Ramalan Filem Back To The Future Dan Realiti Sebenar

21.10.2015 adalah tarikh dimana Marty McFly datang ke tahun 2015 dan mengubah masa depan keluarganya. Tetapi setelah 30 tahun ramalan itu, yang manakah menjadi kenyataan dan tidak ?? Hoverboard masih belum dipasarkan secara meluas, kasut Nike tali kasut-ikat sendiri masih belum wujud dan kereta terbang kekal menjadi bahan ketawa. 



Tetapi masih ada juga yang digambarkan dalam filem BTTF ini yang menjadi nyata, cuma ia tidak sama 100% seperti dalam filem. Seperti skrin tv besar ( LCD,LED), restoran tanpa pelayan antaranya.






Sunday 18 October 2015

Selebriti-Selebriti Terkenal Yang Mempunyai IQ Tinggi

Popular dan Bijak adalah pakej lengkap seorang menjadi seorang selebriti, siapa sangka Matt Damon sebelum menceburi bidang lakonan dia adalah pelajar Universiti Harvard dan disitu dia menulis skrip Good Will Hunting yang membantunya memenangai anugerah Oscar. Tetapi keluarga Kardashian tidak berada dalam senarai ini dan tidak dapat dipastikan atas apa sebab mereka popular sebenarnya.


Khidmat Negara Dan Kerah Tenaga Di Serata Dunia

Di Singapura, warganegara lelaki berumur 18 tahun wajib menjalani latihan ketenteraan. Tempoh khidmat negara itu asalnya 2 tahun setengah selepas mereka berpisah dengan Malaysia tetapi kemudian dipendekkan kepada 2 tahun. Selain Singapura, Israel dan Korea Selatan juga mengamalkan kerah tenaga/ khidmat negara atas dasar kedudukan geografi mereka yang sentiasa berada dalam ancaman musuh. Mari kita ketahui dengan lebih mendalam lagi negara-negara lain yang menguatkuasakan latihan khidmat negara. Di Malaysia, Program Latihan Khidmat Negara yang dimulakan sejak 2004 dihentikan mulai mac 2015 kerana kekangan bajet.

Fakta Tentang Raja Dadah Pablo Escobar

Pablo Escobar semasa hayatnya digelar raja kokain kerana dalam masa sebulan dia mampu mengimport 80 tan kokain dari Colombia ke Amerika Syarikat. Setelah 22 tahun meninggal dunia, masyarakat dunia masih mengingati raja kokain ini hinggakan ada siri tv dibuat untuk menceritakan kegiatan jenayah Escobar semasa hayatnya. Disini disertakan fakta-fakta raja kokain ini


Friday 16 October 2015

Bersaranya Seorang Legenda : Raul Gonzalez



Raul atau nama panjangnya, Raul Gonzalez Blanco adalah penyerang yang digeruni di pertengahan 90 and dan pertengahan dekad 2000. Waktu itu adalah kemuncak kariernya sebagai penyerang terbaik di Eropah.

Berasal dari kawasan bandar Madrid. anak jati Madrid ini asalnya bermain untuk akademi Atletico tetapi dia berpindah ke Real kerana pengurusan tertinggi Atletico pada masa itu mahu mengurangkan belanja kelab. Akibat penjimatan itu mereka kehilangan permata dan penyerang terbaik Sepanyol di masa akan datang.



Raul mula mewakili pasukan utama Real Madrid seawal usia 17 tahun ! dimana para remaja seusianya masih lagi bermain di peringkat b-18,19 atau di pinjamkan ke kelab lain. Dia kekal di situ selama 16 tahun dan sepanjang tempoh itu dia mencipta pelbagai rekod seperti memenangi 3 UEFA Champions League dalam tempoh 5 tahun !! 1 pencapaian yang tak mungkin dapat diatasi oleh Ronaldo Brazil dan Portugal.

Bukan setakat menang piala, Raul juga mencatat rekod pemain kedua terbanyak bermain di Champions League di belakang Ryan Giggs yang gigih nak main bola di usia 40 an. Dia juga digeruni mana-mana pertahanan dan penjaga gol kerana naluri gol nya yang berbisa dan begitu mudah menjaringkan gol. Buktinya dia menjadi penjaring gol terbanyak di UEFA Champions League sebelum diatasi oleh Cristiano Ronaldo & Lionel Messi.




Real Madrid sering dilabel sebagai pasukan bintang tetapi Raul ini kekal sebagai legenda Real Madrid yang lahir dari sistem akademi. Kejatuhan Raul bermula apabila Vincente Del Bosque meninggalkan Real. Era Galacticos pun bermula dengan kemasukan David Beckham & Ronaldo Original, Sejak itu Real dilanda sumpahan mereka menunggu 4 tahun kemudian untuk memenangi piala pertama mereka sejak Vincente Del Bosque pergi.

Perubahan pada struktur pentadbiran kelab juga memainkan peranan penting apabila Florentino Perez membawa masuk ramai pemain bintang seperti Kaka, Xabi Alonso, Cristiano Ronaldo, Karim Benzema hingga memaksa Raul terpaksa bersaing sengit. Ditambah pula Gonzalo Higuain sedang meningkat naik prestasinya.

Raul yang tidak lagi menjadi tunjang utama pasukan akhirnya berhijrah ke Schalke, siapa sangka pemain yang dijangka mengakhiri kariernya di Madrid itu berhijrah ke Jerman. Di Schalke dia membantu kelab itu ke separuh akhir UEFA Champions League dan kemudian dia memulakan perjalanan nomad nya sebelum berlabuh di NASL - liga bolasepak kelas ke 2 di Amerika.

Peringkat Antarabangsa

Jika Ronaldo Luis Nazario De Lima diangkat sebagai penyerang terbaik di era pertengahan 90 an dan awal 2000. Maka untuk  peminat bolasepak di Eropah, mereka pastinya mengangkat Raul Gonzalez. Tapi sayangnya pencapaian Raul di peringkat kelab tidak mampu diterjemahkan ke dalam peringkat antarabangsa kerana :




Majoriti pemain Sepanyol pada masa itu lebih banyak bermain di La Liga berbanding liga luar. Kalau ada pun yang bermain di luar mereka tidak beraksi dengan baik, ini menjadi sebab kenapa tidak ramai pemain berbakat Sepanyol tidak mahu berhijrah. Sehinggalah Rafa Benitez mengambil alih Liverpool dan sejak itu bermula lah penjajahan pemain Sepanyol di EPL dan ramai dari mereka mula menyesuaikan diri dengan gaya bolasepak England.

Raul tidak dipilih ke Euro 1996, FIFA 1998 pula Sepanyol mengalami kekalahan mengejut kepada Nigeria dan tersingkir awal. Euro 2000 pula Raul gagal menyempurnakan sepakan penalti dan Sepanyol gagal mara ke semi final.



Fifa 2002 di Korea & Jepun, Raul beraksi dengan baik tetapi dia tercedera dan tidak bermain menentang Korea Selatan di suku akhir. Dimana Sepanyol tersingkir dengan cara kontroversi apabila 2 gol mereka yang bersih dibatalkan oleh pengadil. Perlawanan diheret ke masa tambahan dan Sepanyol kalah. 

Euro 2004 di Portugal, Sepanyol dipilih sebagai calon pilihan bersama Portugal untuk layak tetapi Greece mempamerkan prestasi mengejut. Sepanyol tersingkir kerana keputusan head to head ! siapa sangka FIFA 2006 Jerman adalah edisi terakhir Raul ? Sepanyol tersingkir setelah tumpas kepada Perancis. 

Sejak 2007 Raul tidak lagi dipanggil, malangnya skuad Sepanyol 2008, 2010, 2012 melakar sejarah baru apabila memenangi Euro buat pertama kali, kemudian menjadi juara Piala Dunia dan pasukan pertama Eropah memenanginya di luar benua Eropah. Tak cukup dengan itu, 2012 Sepanyol menjadi pasukan pertama mempertahankan piala Eropah itu. 


Raul dan Ronalo Brazil ibarat 2 dimensi yang berbeza...Mereka penyerang terbaik di benua masing-masing dan legenda di negara mereka. Raul berjaya menjuarai UEFA Champions League sebanyak 3 kali, manakala Ronaldo menang piala dunia 2 kali & layak ke final 3 kali ( 1994,98,2002). 



Tetapi Ronaldo gagal menjuarai UEFA Champions League dan Raul gagal menjulang piala Eropah dan Piala Dunia. Gaya unik meraikan gol dengan mencium cincin pastinya membuatkan kita teringat pada legenda ini. 

Thursday 15 October 2015

Kes-kes Kebetulan Yang Memeranjatkan

Kadang-kadang kebetulan itu boleh membuat kita tersenyum, tetapi ada juga yang mampu membuat kita pening kepala. Dalam kes-kes seperti dalam video ini kita pasti akan terkejut beruk kerana semuanya berlaku tanpa dirancang.

Seorang anak pergi bermain poker dan tidak diketahui modal poker yang digunakannya adalah wang poker yang dimenangi bapanya tidak lama sebelum itu mati dibunuh oleh mereka yang bermain bersamanya ! dia sudah 7 tahun tidak bertemu dengan bapanya.

Edgar Allan Poe pernah menulis tentang sebuah kisah mereka yang terkandas akibat kapal karam di laut,  untuk meneruskan hidup mereka menjadi kanibal dan memakan budak kabin. Memeranjatkan cerita fiksyen Poe itu benar-benar berlaku di masa hadapan !







Ahli Silap Mata Yang Mati Akibat Kesilapan Diri Sendiri

Ahli silap mata dikagumi kerana keupayaan mereka melepaskan diri dari perangkap yang mereka buat dan muslihat mereka mengaburi mata penonton. Tetapi ada juga dari mereka yang jadi mangsa " muslihat makan tuan " kerana kesilapan teknikal dan akhirnya mereka terkorban secara tidak sengaja. 


Wednesday 14 October 2015

Bagaimana Membuat Perancangan Bandar ??

Bandar yang terancang ialah dimana bangunan berada dalam grid yang teratur, aliran trafik berjalan lancar dan berkesan. Disini diterangkan bagaimana negara-negara maju membuat bandar terancang. Disebabkan itu bangunan-bangunan di negara mereka mempunyai saiz dan keluasan yang sama dan seragam tapi berbeza dari segi rekaan luaran dan warna.



Mengapa Negara Miskin Susah Nak Maju ?

Dalam video ini di ringkaskan mengapa negara-negara termiskin di dunia susah untuk mencapai kemajuan, antara punca itu ialah

Faktor utama ialah tiada institusi yang bagus dan amanah, disebabkan itu kadar rasuah dan salahguna kuasa di negara maju sangat rendah.

kronisme untuk mendapatkan jawatan dalam sektor awam & kerajaan .

Menjadikan alasan agama sebagai penghalang untuk memperbaiki kehidupan seperti lebih pentingkan akhirat dari duniawi.

Paling ironi ialah negara-negara yang miskin ini berada di garisan khatulistiwa ! di iklim garisan khatulistiwa ini pula selalu dilanda masalah wabak penyakit.

Di negara-negara miskin ini golongan kaya tidak mahu membayar cukai dan segala hasil wang mereka disimpan di akaun bank di luar negara.



Monday 12 October 2015

Fakta Ringkas Australia

Kenali Australia, negara kanggaroo ini dengan lebih dekat dan santai. Diharap maklumat ini dapat menambahkan pengetahuan am kita serba sedikit tentang negara down under ini.


Sunday 11 October 2015

Jenis Matawang Yang Tidak Bernilai & Murah

Sedikit hairan kenapa matawang Lira Italia tidak tersenarai dan paling pelik kenapa Zimbabwe Dollar tidak berada dalam senarai ini. Zimbabwe dollar mengalami inflasi lebih 100% hingga memaksa kerajaan Robert Mugabe menggalakkan rakyat nya berniaga menggunakan Rand South Africa dan Dollar Amerika. Matawang Zimbabwe semasa negara itu masih lagi dikenali sebagai Rhodesia dan digelar ' Bakul Roti Afrika ' berada dalam nilai yang positif dan 1 Rhodesia Dollar bernilai sama dengan 1 US dollar tetapi sejak berada dibawah pimpinan Robert Mugabe, negara itu menjadi huru hara dan kemelesetan ekonomi.




Mata Wang Paling Bernilai Di Dunia

Untuk urusan eksport dan import biasanya matawang US Dollar digunakan kerana nilainya yang stabil dan diterima di serata dunia. Matawang Pound Sterling dan Euro mempunyai nilai yang lebih tinggi dari USD tetapi tidak begitu dijadikan sebagai nilai tukaran oleh matawang negara-negara lain kerana nilainya yang mahal dan tinggi.


Dalam senarai ini, banyak lagi matawang yang kita tidak ketahui selama ini mempunyai nilai yang lebih tinggi dari dolar amerika.



Passport Negara-negara Paling Tidak Bernilai Untuk Dimiliki

Passport dari negara-negara ini tidak begitu efisien kerana jumlah negara-negara luar yang boleh dimasuki tanpa VISA amat terhad, tambah menyukarkan daripada 200++ negara dalam dunia ini. Tidak sampai separuh daripadanya membenarkan pemilik passport negara-negara berkenaan masuk tanpa visa.


Saturday 10 October 2015

Sejarah Asal Usul Tarian Perang Ragbi

Maori Haka sinonim dengan pasukan Ragbi New Zealand, Sipi Tau yang bermaksud ' Tarian Perang '
pula lebih sinonim dengan pasukan ragbi Tonga, negara kecil di rantau kepulauan Pasifik. Disini sedikit sebanyak menerangkan tentang maksud sebenar simbolik tarian perang Tonga ini.


Reaksi Pengguna Twitter Selepas Jurgen Klopp Dilantik Pengurus Liverpool

Jurgen Klopp di sahkan sebagai pengurus baru Liverpool, ini menggembirakan peminat-peminat Liverpool yang sudah setahun menunggu pengurus baru berikutan prestasti buruk Liverpool musim 2014-15. Klopp adalah pengurus kedua dari Jerman berkhidmat di EPL selepas Felix Magath yang dilantik oleh Fulham pada separuh musim 2014 tetapi gagal membantu kelab itu kekal di EPL.

Pengesahan itu mendapat pelbagai reaksi dari pengguna twitter, kebanyakkan reaksi teruja dan gembira pasti nya datang dari peminat Liverpool.


Friday 9 October 2015

Selebriti Hollywood Kaya Raya Jatuh Miskin

Mereka ini semasa di kemuncak karier mampu menjana jutaan dollar setahun tetapi disebabkan perbelanjaan yang tidak terkawal dan tidak bijak mengurus kewangan menyebabkan mereka jatuh miskin, Ada diantara mereka yang cuba mengembalikan zaman kegemilangan mereka tetapi disebabkan usia yang sudah tua, peminat yang sudah matang menyebabkan mereka gagal bangkit.

Ramai diantara mereka ini yang mampu menjadi kaya sekelip mata hasil, pencapaian cemerlang dalam sukan,lagu1 hitwonder, jualan album yang meletop,  menjadi idola kanak-kanak tetapi tidak mampu bertahan lama kerana persaingan sengit dan tidak relevan.
Seperti di Malayia, kita ada Akademi Fantasia yang masih bersiaran.



Hak Penyiaran EPL Di Serata Dunia

EPL adalah liga sukan yang paling banyak menerima tontonan dan pakej langganan di serata dunia. Kesan rating yang tinggi ini menyebabkan berlaku nya perang harga di negara yang menayangkan sukan ini, contohnya di Hong Kong. Hak penyiaran EPL di HK direbut oleh 2 pembekal siaran berbayar, NowTV dan iCable, tetapi kini mereka menerima pesaing baru iaiti LeTV dari China.




Perjanjian 3 musim sebelum ini menjanjikan EPL menerima sebanyak 2.23 billion pound selama 3 tahun ( 2013-2016 ) , bersamaan 743.3 juta pound 1 musim. Bermulanya perjanjian baru pula menyaksikan harga tayangan EPL di serata dunia melonjak naik hingga ada yang melebihi 100 peratus, jumlah terbaru itu dianggarkan 5 bilion pound untuk 3 tahun bermula musim 2016-2017.


Jumlah yang diterima EPL ini juga jauh lebih besar dari yang diterima pesaing mereka, La Liga, Ligue 1, Bundesliga dan Serie A secara keseluruhan merangkumi penyiaran domestik dan antarabangsa !


Kesan negatif kenaikan harga ini menyebabkan Astro, pemegang hak EPL di Malaysia terpaksa mengecilkan jumlah program sukan mereka seperti ketiadaan La Liga, Serie A, Liga Perancis dan Liga Russia seperti sebelum ini. Ini mendapat kritikan hebat kerana La Liga dan Serie A ada pengikut tersendiri di Malaysia. Begitu juga program sukan lain seperti Ragbi, yang dahulunya termasuk dalam pakej Astro Supersports tetapi kini diasingkan ke channel khas, iaitu Setanta Sport.


Ironinya, Indonesia negara yang berpenduduk 240 juta orang 8 kali ganda lebih ramai dari Malaysia hanya membayar 17.1 Juta pound sahaja, berbanding Malaysia 42.7 Juta pound. Vietnam pula hanya membayar 7.5 juta pound dan berpopulasi 90 juta orang ! 3 kali ganda lebih besar dari Malaysia. Tidak pasti mengapa Malaysia perlu membayar lebih mahal, adakah ini disebabkan dasar monopoli ? sekadar berspekulasi.




Thursday 8 October 2015

Ciptaan-ciptaan Yang Mengubah Dunia Secara Tidak Sengaja

Siapa sangka semua ciptaan ini dihasilkan secara tidak sengaja ? lantas dikomersialkan di seluruh dunia dan menjana keuntungan berbilion-bilion dan jutaan dollar setahun. Kita semua tahu Coca Cola asalnya adalah ubat sakit kepala, tetapi bagaimana pula dengan yang lain ??

Popsicle yang digemari setiap pelusuk dunia dihasilkan setelah seorang budak terlupa untuk membuang sudu dari air manis nya, Microwave Oven terhasil daripada teknoloji radar, Viagra asalnya dicipta untuk menurunkan tekanan darah tinggi, Cornflake terhasil akibat kelalaian adik beradik Kellog yang terlupa memadamkan api untuk merebus bijian gandum untuk membuat granola !

Kon aiskrim wafel tercipta apabila penjual aiskrim kehabisan kon, disebelahnya adalah kedai wafel yang tidak laku jualan wafel keras nya, jadi dia mendapat idea dengan melipat wafel itu menjadi kon aiskrim dan digemari ramai. Kerepek kentang terhasil apabila George Crum kecewa dan berang dengan hasil jualan French fries nya sering dipulangkan oleh pelanggan kerana tebal dan tidak ranggup, dia lantas menghiris kentang senipis yang boleh dan digoreng kemudiannya menjadi 1 fenomena baru.


Aktor Dan Aktres Hampir Menemui Ajal Semasa Pengambaran

Tahukah anda ? Filem Lone Ranger lakonan Johnny Depp dan Armie Hammer bukan sekadar blockbuster bomb untuk 2013 tetapi aktornya, Johnny hampir menemui ajal kerana terjatuh semasa menunggang kuda dan dipijak di bahagian dada.
Paling sedih tentunya James Caviezel yang disambar petir semasa pengambaran dan krew pengambaran tidak menyedari dia disambar hinggalah seorang krew datang menghampiri dan dia juga turut menerima nasib yang sama.


Penggusti WWE Yang Banyak Memenangi Gelaran Juara

Senarai ini hanya untuk mereka yang masih bergusti di bawah jenama WWE buat masa ini, jadi Ric Flair tidak tersenarai. Jika Edge masih lagi aktif bergusti dialah yang paling banyak memenangi kejuaraan bengkung di WWE iaitu 30 kali.

Tuesday 6 October 2015

Ketahui Benda-benda Pelik Yang Diseludup Melalui Lapangan Terbang

Bahan terlarang seperti dadah dan objek tajam lagi merbahaya seperti pedang samurai,pisau adalah benda yang dilarang untuk melepasi kaunter pemeriksaan di Lapangan Terbang. Tetapi 'benda' yang diseludup dalam video ini bukanlah bahan-bahan,objek terlarang tetapi pelik dan gila !


Video-video Yang Kita Takkan Dapat Tonton

Video Steve Irwin disengat ikan pari, Owen Hart terjatuh dari siling dan Pentagon dilanggar oleh pesawat semasa tragedi 9/11 adalah video-video tragik yang tidak dipaparkan di khalayak umum atas dasar ngeri, privasi dan menghormati keluarga mangsa. Dalam senarai di bawah juga terdapat video-video lain yang tak mungkin kita dapat tonton baik di tv atau pun internet kerana disimpan dengan rapi oleh pihak berkuasa dan ada juga yang dilupuskan.


Model Komputer Yang Gagal Di Pasaran

Percaya atau tidak ? model komputer keluaran Apple paling banyak menemui kegagalan di pasaran komputer ? Ada juga model komputer ini dihasilkan dengan tujuan untuk melawan arus tetapi gagal, ada pula yang cuba menggabungkan email + telefon rumah + video fon, bunyi nya kelihatan canggih dan futuristik, tetapi juga gagal mendapat sambutan.


Jika Kelab EPL Ialah Pasukan Ragbi

Persamaan paling ketara ialah Perancis dengan Arsenal, sentiasa memberi cabaran dan mampu mengalahkan pasukan dominan seperti New Zealand tapi masih gagal menjuarai piala dunia Ragbi. Tetapi tiada pasukan yang dapat dibandingkan dengan Afrika Selatan dalam video ini.


Pemecatan Brendan Rodgers Jadi Bahan Jenaka Internet

Setelah setahun menanti, penyokong Liverpool menarik nafas lega apabila pengurus mereka, Brendan Rodgers dipecat kesan kegagalan memenangi trofi, taktikal yang kurang berkesan, pembelian pemain yang  merugikan dan gagal memenangi trofi selama 3 tahun.

BR gagal menandingi pencapaian terbaik Rafa Benitez walaupun sudah masuk 4 musim di Liverpool dan dia juga membelanjakan ratusan juta pound untuk pembelian pemain, jumlah yang jauh lebih tinggi dari apa yang dibelanjakan oleh Rafa. Dia juga gagal membawal Liverpool layak ke final, satu lagi kegagalan yang tak dapat dimaafkan kerana Kenny Dalglish hanya memerlukan 1 1/2 musim untuk membawa the Kop ke 2 final dalam 1 musim dan memenangi 1 piala, malangnya dia dipecat.




Krisis Pinjaman Pendidikan

Masalah ini bukan terjadi di Malaysia saja, tapi di Amerika Syarikat juga. Jumlah hutang pinjaman pelajaran mencecah 1.2 Trillion US dollar. Paling teruk ialah ibu-bapa yang mempunyai ramai anak, mereka membelanjakan lebih banyak wang untuk membayar pinjaman pelajaran dari kos barang dapur. Kepada ibu-bapa yang baru memulakan keluarga, rancang sebaiknya keluarga anda, hadkan 1-2 orang anak 1 keluarga dan buatlah simpanan masa depan untuk kemudahan anak anda supaya mereka tidak terbeban dengan hutang pinjaman pendidikan.

Bahasa Perancis Kanada Vs Bahasa Perancis

Kanada ialah negara yang menggunakan 2 bahasa utama iaitu Inggeris & Perancis, bahasa Inggeris digunakan secara meluas di semua Bahagian ( Provinsi ) di Kanada kecuali Quebec ( Ke-beq ) yang menggunakan bahasa Perancis. Tetapi walaupun bertutur asas bahasa yang sama masih terdapat perbezaan dari segi penggunaan ayat, Perancis-Quebec lebih berterus terang dan ringkas berbanding Perancis Eropah yang lebih teratur dan sopan. Ada juga perkataan yang digunakan dalam Perancis-Quebec tetapi tidak digunakan dalam Perancis Eropah kerana perkataan Perancis-Quebec itu sedikit dipengaruhi unsur-unsur Inggeris-Amerika atas faktor geografi.



Sunday 4 October 2015

Merseyside Derby Liverpool vs Everton

Merseyside derby pada hari ini meskipun tidak gah seperti El Classico tetapi dari segi nostalgia nya masih lagi boleh dianggap antara derby yang paling banyak ditonton di dunia. Kerana perlawanan yang menemukan 2 kelab dari wilayah Merseyside ini istimewa kerana Everton adalah abang kepada Liverpool, tetapi Liverpool lebih berjaya dari segi kutipan trofi berbanding Everton.

Istimewa nya lagi pertemuan ini adalah kerana di Merseyside, adalah perkara biasa dalam 1 keluarga jika ibu bapa penyokong Liverpool tetapi anak mereka menyokong Everton, begitu juga jika si abang menyokong Liverpool, adiknya pula penyokong Everton. Hal ini agak janggal jika kita lihat di derby lain seperti Man City dan Man Utd kerana penyokong Man City berasal dari kawasan bandar Manchester manakala penyokong Red Devil berasa dari Salford, kawasan luar bandar.

Faktor permusuhan 2 musuh setempat ini adalah Everton terlebih dahulu bermain di Anfield, tetapi pemilik Anfield, John Houlding tidak bersetuju dengan kadar sewa yang dirunding lantas menubuhkan Liverpool Fc dan Everton berpindah ke Goodisoan Park yang jaraknya kurang dari 1 Kilometer !!.



23 Tahun Selepas Tembok Berlin Runtuh

3 Oktober 1989 bermula lah era baru di benua Eropah, negara Jerman yang terpisah 2 sejak berakhirnya era perang dunia ke 2 hinggalah tamatnya perang dingin bercantum semula menjadi 1. Tembok Berlin yang memisahkan 2 negara itu diruntuhkan dan lagu kumpulan rock legenda Jerman, Scorpion - Wind Of Change berkumandang menandakan berakhir sudah hayat sebuah tembok pemisah yang memisahkan 2 sahabat, adik beradik bahkan bandaraya Berlin sendiri terpisah menjadi Berlin Timur dan Barat selama 28 tahun itu berakhir.

Jerman Barat yang Pro-Amerika manakala Jerman Timur- Pro Komunis Russia, ramai penduduk Jerman Timur lari ke sebelah barat untuk kehidupan yang lebih baik dan bebas. Untuk menghalang penghijrahan besar-besaran itu tembok dibina dan siap sepenuhnya pada 1961.

Tetapi, itu yang kita nampak secara fizikalnya sebuah tembok batu diruntuhkan. Tetapi pendedahan dibawah ini walaupun sudah bersama sejak 1989 sebelah timur Jerman masih lagi serba serbi ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan barat. Baik dari segi ekonomi atau pun pembangunan, kadar kelahiran merosot, kadar bunuh diri meningkat dan kewujudan bandar mati kesan penghijrahan penduduk timur ke barat yang telah membangun pesat sejak berakhrnya perang dunia ke 2.



Filem Terbaik Daripada Marvel

Di dekad 2010an lambakan filem-filam aksi/superhero semakin membanjiri waktu tayangan di pawagam. Begitu juga Marvel yang hampir setiap tahun mengeluarkan filem superhero mereka setelah kejayaan  trilogi filem Iron Man dan Transformers yang berjaya mengutip lebih daripada 2 Bilion. Begitu juga dengan Avengers yang baru saja diterbitkan dalam 2 filem sudah mengutip 2.5 Bilion.

X men meskipun tidak begitu mencatatkan keuntungan lumayan seperti Transformers dan Avengers tetapi francais filem itu mendominasi carta ini. Jangan ditanya kenapa tiada Spiderman kerana hak Spiderman untuk diterbitkan ke dalam filem adalah milik Sony bukan Marvel.






Filem Gred B Yang Luar Biasa

B Movie atau filem gred B merujuk kepada filem yang diterbitkan dengan bajet rendah atau filem yang dilabelkan sebagai filem sampah. Ada antara filem-filem ini di kritik hebat semasa di awal kemunculannya kerana skrip,jalan cerita yang teruk tetapi lama-kelamaan mempunyai pengikut yang tersendiri kerana menampilkan jalan cerita yang berbeza dan ada sub-plot yang sukar untuk dihuraikan.

Filem gred B juga mampu memperolehi kutipan yang tinggi kerana unsur-unsur ganas mereka yang keterlaluan dan ini juga menjadi punca menarik penonton untuk membeli tiket. Siapa sangka filem Piranha yang asalnya diterbitkan hanya untuk menjadi parodi kepada filem Jaws kemudiannya mendapat sambutan hebat hinggakan ke hari ini masih terdapat lambakan filem-filem bertemakan Piranha dikeluarkan setiap tahun oleh production bajet rendah di Amerika.


Saturday 3 October 2015

Mitos Tips Ikhtiar Hidup Atau Survival

Program berkenaan survival atau ikhtiar hidup banyak memberi kita tips-tips penting untuk kekal bertahan dalam suasana getir terutamanya jika mengembara berseorangan. Tetapi ada juga tips-tips yang tak boleh dipercayai atau tidak begitu sesuai dipraktikkan.



  • Semasa dipatuk ular, sebaiknya janganlah sedut bisa itu kerana orang yang menyedutnya  boleh tertelan bisa ular itu

  •  Pada anggota badan yang terkena patukan, ikat lah bahagian yang terkena patukan itu dan jangan dibuka sehingga menerima rawatan. Adalah dinasihat kan menulis atau mencatat bila waktu/jam/minit mangsa terkena sengatan/patuk itu berlaku kerana kelak boleh dijadikan rujukan oleh doktor.
  • Tidak semua kaktus boleh dijadikan sumber minuman kerana badan memerlukan masa yang lebih untuk memproses racun dari pokok berduri itu. 
  • Memanaskan air terjun,sungai memang membunuh kuman dan bakteria tetapi tidak campuran kotoran yang berada dalam air itu, sebelum diminum haruslah ditapis menggunakan baju atau kain.



  • Berpura-pura baring dan mati semasa dihampiri beruang pula bukan tindakan yang sesuai jika terserempak beruang jenis Grizzly boleh selamat lagi tetapi jika beruang berbulu hitam, ajal sudah hampir. 

  • Seeloknya menutup anggota badan dengan jaket atau pun kain semasa dihampiri dikhuatiri kelak beruang akan mencakar anda
  • Amatlah mustahil untuk menyelamatkan diri dari beruang walaupun anda berlari sepantas Bryan Habana atau Usain Bolt. Lebih baik berdiri dan mengibaskan jaket anda, menjerit, berteriak, melompat berkali kali untuk membuatkan anda kelihatan besar di mata beruang. Seeloknya tidak memandang tepat pada mata haiwan itu.



  • Bear Grylls juga memberi tips paling jijik iaitu meminum air kencing sendiri sebagai bekalan air di kawasan gurun/padang pasir. Air kencing itu sudah la panas, jika diminum badan anda akan berasa lebih panas dan menyumbang kepada penyah hidratan. Cukup dengan membasahkan urine anda itu pada kain dan dijadikan bandana diikat di kepala. 



Lelaki Yang Asalnya Dilahirkan Sebagai Perempuan

Pada susuk fizikal, mereka ini kelihatan lebih tulen dari lelaki normal kerana tubuh badan mereka yang sasa, berotot, berjanggut, berambut pendek, berpenampilan lasak dan berwajah bengis. Tapi siapa sangka mereka dulu asalnya adalah perempuan ??

Pengkid walaupun berpenampilan seperti lelaki tetapi di wajah mereka masih terserlah ke wanitaan nya, berbeza pula dengan transgender ini yang 100% menyerupai lelaki kerana mereka melakukan pembedahan demi pembedahan untuk memastikan mereka menjadi lelaki.


Buah-Buahan Termahal Di Dunia

Epal Fuji belum cukup mahal untuk diletakkan dalam senarai ini, kerana ada buah-buahan yang dalam senarai ini harga nya mencecah ribuan US dollar ! Mahalnya buah-buahan ini kerana dihasilkan dari kajian kacukan bertahun-tahun, buah-buahan ini juga hanya tumbuh bermusim dan tidak dikeluarkan dalam skala besar.

Tempat dimana buah-buahan ini ditanam juga menjadi nilai tambahnya kerana hanya tumbuh di satu tempat  saja dan tidak terdapat di tempat lain. Itu belum lagi dikira dari segi saiz,berat dan tekstur rasanya yang dijaga dengan baik dan perlu melalui proses kawalan kualiti yang rumit seperti perlu mengandungi kuantiti gula dalam buah seperti yang ditetapkan   & haruslah memiliki berat yang seragam.

Para pembida dan pembeli nya juga sudah pasti lah dari mereka yang kaya raya kerana status buah-buahan ini yang unik dan sukar didapati disamping itu mereka percaya pada feng shui yang terdapat pada buah ini.


Cerita Unik Pasangan Kembar Di Serata Dunia

Pasangan kembar kebanyakkan nya memiliki hobi dan minat yang sama. Mereka sering menjadi tumpuan kemana-mana mereka pergi. Siapa sangka pasangan kembar juga boleh membenci satu sama lain ? hingga ada yang mampu meramal kematian pasangannya, mempunyai kebolehan telepathy ke atas pasangan masing-masing dan juga boleh mati di waktu yang sama.
Terdapat juga pasangan kembar yang bertemu jodoh dengan pasangan kembar yang lain ! Dan memperolehi anak kembar setelah berumah tangga.


Inilah keunikan pasangan kembar, tetapi kelebihan yang ada itu juga boleh disalah guna dengan mengelirukan orang ramai terutama jika melakukan jenayah kerana mereka memiliki DNA yang sama ! walaupun berbeza tubuh badan. Ada juga kembar yang begitu bencikan pasangan sendiri hingga sanggup berkahwin dengan pembunuh yang telah membunuh kembar mereka ! lagi dahsyat ialah ada kembar yang dipisahkan sejak lahir bertemu kembali lantas menjalin hubungan terlarang.


Video Salah Guna Kuasa Oleh Polis

Polis di Brazil didakwa kerana menembak mati mangsa setelah mangsa menyerah diri. Untu memalsukan kes ini, mereka menggunakan tangan mangsa yang sudah mati untuk melepaskan das tembakan sekaligus mengaburi mata semua orang.

Friday 2 October 2015

Fahami Maksud Latino Dan Hispanic Dengan Lebih Mendalam

Bila bercakap tentang Latino kita pasti teringat orang-orang Mexico dan mereka-mereka yang datang dari negara-negara berbahasa Sepanyol, begitu juga apabila terdengar perkataan Hispania, kita akan terfikir orang Sepanyol. Tapi tahukah anda 2 perkataan tersebut sama tapi tidak serupa ??

Hispanic merujuk kepada mereka yang berasal dari negara Sepanyol, manakala Latino pula merujuk kepada mereka yang berasal dari benua Amerika Latin. Tapi maksud Latino itu bukan saja merujuk kepada mereka yang berasal dari negara berbahasa Sepanyol semata-mata ia turut digunakan untuk mereka yang berasal dari Brazil walaupun negara itu berbahasa Portugis, unik bukan ??

Walaupun benua Amerika Latin itu didominasi negara-negara berbahasa Sepanyol, masih ada negara-negara kecil yang menggunakan bahasa lain sebagai medium perantaraan iaitu Suriname,yang menggunakan bahasa Belanda, Guyana -  Inggeris, French Guiana - Perancis.

Mexico walaupun berada dalam benua Amerika Utara mereka juga boleh dikategorikan sebagai Latino, begitu juga dengan negara-negara yang berbahasa Sepanyol di Amerika Tengah seperti Costa Rica, Honduras, Guatemala, El Salvador, Nicaragua. Jadi Latino ini tidak terhad kepada mereka yang berasal dari benua Amerika Latin sahaja.

Perbincangan ini makin rumit kerana ada juga negara-negara teluk Caribbean yang berbahasa Sepanyol seperti Puerto Rico, Cuba, Republic Dominica tapi ada juga yang tidak berbahasa Sepanyol seperti Jamaica, Bahamas yang menggunakan bahasa Inggeris. Ah makin mengelirukan bukan definisi Latino ini ??


Bukan itu sahaja, Trinidad & Tobago walaupun masih dalam lingkungan Benua Amerika Latin, mereka menggunakan bahasa Inggeris. Ini tidak termasuk lagi negara-negara kepulauan kecil berdekatan.

Diharap kekeliruan ini dapat dijelaskan dalam video ini.



Jenis-jenis Parasit Berbahaya Dalam Badan Manusia

Baru-baru ini di Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah mengarahkan anjing liar dibunuh, dikhuatiri mereka ini menjadi punca kepada penyebaran scabies. Tetapi mendapat bantahan dari aktivis haiwan, kalau aktivis haiwan ni tengok video ni betapa bahaya nya scabbies dan parasit-parasit lain harap mereka sedar.


Budak Ajaib Yang Mengubah Dunia

Sejarah telah membuktikan banyak kanak-kanak genius yang dilahirkan dan menonjol di usia awal kanak-kanak mereka tetapi bila menginjak dewasa, kegeniusan mereka hilang ditelan zaman. Disini disenarai pendekkan kanak-kanak ajaib yang berjaya dari kecil hingga dewasa, ada diantara mereka yang hebat dalam bidang akademik, seni dan sukan. Jangan terkejut sistem & karya yang mereka warisi pada kita hari ini direka semasa mereka masih lagi kanak-kanak dan remaja dan mereka ini dipantau dengan baik supaya kepintaran dan kehebatan mereka digunakan sebaik nya.

Thursday 1 October 2015

Penyanyi Yang Tidak Berbakat

Mereka ini memang popular, glamour, menjana kekayaan yang banyak hasil nyanyian tetapi sebenarnya mereka ini tidak berbakat dan karya muzik mereka sangatlah tidak berbaloi. Sayangnya ada diantara mereka yang tidak berada dalam senarai ini seperti Rihanna, Flo Rida, Timbaland, Kanye West.

Tapi jangan terkejut ikon kegilaan remaja seperti Fred Durst turut tersenarai tapi paling lucu ialah yang menduduki tempat pertama. Sila tonton video ini


Sukan-Sukan Aneh Di Serata Dunia

Siapa sangka sukan renang ber irama dianggap sukan ganjil dan pelik walaupun sekian lama sukan itu dipertandingkan dalam sukma ? tak cukup dengan itu ada pula sukan pelik yang dipertandingkan seperti sepak tulang keting, gusti ibu jari kaki, bawak isteri secara terbalik, judi ketam dan paling aku tak sangka, osom atau gunting-kertas-batu juga dianggap sukan ??


Jing Jin Ji - Bandar Paling Padat Di Dunia & China

Projek Metropolitan yang diberi nama JingJinJi ini menggabungkan bahagian ( province ) Beijing, Hebei dan Tianjin, di utara China.
Dijangka mempunyai populasi  sebanyak 130 juta orang, bersamaan jumlah keseluruhan populasi 100 bandar-bandar terbesar di Amerika Syarikat & 2 kali ganda penduduk di United Kingdom !! ( England, Scotland, Wales & Ireland Utara ).

Permasalahan utama adalah disana banyak rumah dibina dengan pantas berbanding kemudahan infrastruktur seperti jaringan pengangkutan awam, sekolah dan lebuh raya yang terbengkalai. Paling teruk ialah Kerajaan Persekutuan enggan membenarkan kerajaan tempatan di bahagian itu mengenakan cukai harta yang menjadi dana untuk membangunkan kemudahan di bandar itu.


Kewujudan Tembok Pemisah Yang Perlu Kita Tahu

Selain tembok besar China dan tembok Berlin yang sudah roboh, tak ramai dari kita yang tahu kewujudan tembok Constantinople yang memberi perlindungan kepada Constantinople hingga ribuan tahun. Siapa sangka Cyprus sebuah negara pulau juga mempunyai tembok pemisah iaitu di utara memihak kepada Turki dan Selatan pula pro-Greece, Paling mengejutkan ialah tembok Belfast di Ireland Utara yang dibina untuk mengasingkan mereka yang pro-unionist & pro-nationalist.