Sunday 20 September 2015

Bagaimana Dallas Cowboys Menjadi Francais Sukan Paling Bernilai ?

Baru-baru ini majalah Forbes telah mengeluarkan statistik pasukan paling bernilai di dunia 2015, Paling mengejutkan ialah bukan Barcelona, Real Madrid yang menduduki tangga teratas tapi pasukan American Football, Dallas Cowboys menduduki tangga pertama dengan nilai 4.00 Billion US Dollar jauh meninggalkan Barca dan Madrid yang masing-masing bernilai 3.16 & 3.26 Billion Usd.

Dallas Cowboys juga menjadi pasukan NFL ( National Football League ) paling bernilai dengan mengenepikan pesaing utama, New England Patriot 3.20 Billion.  Selain memegang rekod dunia, Dallas juga menjadi francais sukan paling bernilai di Amerika Utara apabila mengatasi pasukan besbol New York Yankees pada harga 3.20 Billion.

Untuk pengetahuan semua, Dallas Cowboys sudah lebih 20 tahun tidak memenangi SuperBowl, iaitu kejuaraan ulung American Football yang menemukan pasukan-pasukan terbaik dari NFL & AFL, 2 liga utama American Football. Agak unik, AFL hanya popular di kalangan negara-negara Amerika Utara tetapi masih mampu bersaing dengan francais bolasepak yang popular di serata dunia.
Jangan terkejut jika Dallas Cowboys bernilai billion dollar kerana pasukan-pasukan lain dalam NFL,AFL juga ada yang bernilai mencecah 1 bilion. sila baca disini



Friday 18 September 2015

5 Pemain Ragbi Union Tertinggi

Pot D

Perancis, 3 kali layak ke final tetapi masih belum bergelar juara lagi. Ireland, pasukan yang menewaskan England dalam Kejohanan 6 Nations Cup tahun ini diramal menjadi naib juara kumpulan. Itali, mungkin mereka lebih mahir bersukan menggunakan kaki berbanding tangan. Canada dan Romania, 2 pasukan ini seperti biasa pulang awal.

Perancis : Alexandre Flanquart
Posisi : Lock
Tinggi : 2.06 Meter Berat : 114 KG 


Ireland : Devin Toner 
Posisi : Lock 
Tinggi : 2.11 Meter Berat : 124 KG


Pemain paling tinggi dalam kejohanan ini !! 




Itali : Quintin Geldenhuys 
Posisi : Lock
Tinggi : 2.03 Meter Berat : 116 KG 

Sama seperti Michael Broadhurst dan Greg Peterson yang berdepan saingan sengit untuk mewakili pasukan kelahiran masing-masing, Quintin yang berasal dari Afrika Selatan mewakili Itali melalui status ke pendudukan. Setelah berhijrah untuk bermain di Liga Itali 


Romania : Marios Antonescu
Posisi : Lock
Tinggi : 1.97 Meter Berat : 108 KG





Canada : Jamie Cudmore
Posisi : Lock, Flanker 
Tinggi : 1.96 Meter Berat : 118 KG



  Dia juga abang kepada Daniel Cudmore, Collossus dalam Francais filem X Men.


Senarai Pemain Ragbi Tertinggi Dunia 2015

Pot C

New Zealand menjadi calon utama untuk menjadi juara kumpulan atas reputasi mereka sebagai pasukan yang konsisten mendominasi kejohanan ini. Tambahan pula mereka kekal menduduki ranking pertama dunia sejak sistem ranking diperkenalkan. Argentina dilihat sebagai calon yang mengiringi All Black ke suku akhir, Tonga mungkin menjadi pengacau kepada Argentina. Namibia dan Georgia sekadar pelengkap kuota sahaja.

New Zealand : Broadie Retalick 
Posisi : Lock 
Tinggi : 2.04 meter Berat : 117 KG



Argentina : Mariano Galarza
Posisi : Lock
Tinggi : 2.03 Meter Berat : 115 KG


Tonga : Joe Tuineau 
Posisi : Lock 
Tinggi : 2.03 Meter Berat : 120 KG 




Georgia : Konstantin Mikautadze
Posisi : Lock 
Tinggi : 2.00 Meter Berat : 125 KG




Namibia : Tijuee Uanivi 
Posisi : Lock, Flanker
Tinggi : 2.01 Meter Berat : 129 KG

Pasukan ragbi Namibia ini agak unik, meraka adalah negara Afrika tetapi pasukan ragbi mereka diwakili oleh pemain-pemain berkulit putih. Mereka ini bukan nya pemain naturalisasi,sebaliknya adalah Afrikaner iaitu kaum kulit putih di Afrika hasil campuran koloni Belanda, Inggeris, Portugal, German dan Perancis. 

Sama seperti Afrika Selatan yang diwakili rata-rata pemain kulit putih, Namibia dahulunya sebahagian daripada Afrika Selatan dikenali sebagai South-West Africa sebelum berpisah pada 1990 dan menubuhkan Namibia yang ada sekarang ini.





Barisan Pemain Ragbi Tertinggi Dunia 2015

Pot B 
Jika Pot A adalah kumpulan maut dengan Wales, England dan Australia diletakkan bersama, kumpulan B ini hanya Afrika Selatan sahaja pasukan yang digeruni. Pasukan lain seperti Amerika Syarikat, Samoa, Scotland dan Jepun mempunyai peluang sama rata untuk layak ke pusingan seterusnya, Scotland dan Samoa adalah calon naib juara yang bakal mengiringi Afrika Selatan kelak.

Afrika Selatan : Lood De Jager
Posisi : Lock
Tinggi : 2.06 Meter Berat : 120 KG 


Scotland : Richie Gray 
Posisi : Lock
Tinggi : 2.08 Meter Berat : 126 KG 


Samoa : Filo Paulo 
Posisi : Lock 
Tinggi : 2.01 Meter Berat : 122 KG


Jepun : Michael Broadhurst 
Posisi : Flanker, Lock, Number 8 
Tinggi : 1.96 Meter Berat : 112 KG 

Berasal dari New Zealand, terpilih mewakili Jepun melalui status penduduk tetap setelah berpindah ke sana pada 2006.



Amerika Syarikat : Greg Peterson 
Posisi : Lock 
Tinggi : 2.03 Meter Berat : 122 KG

Semasa peringkat remaja mewakili pasukan junior Australia tetapi mewakili skuad senior Amerika Syarikat. Disebabkan persaingan sengit untuk mewakili Wallabies, dia memilih Amerika. Tambahan pula dia layak kerana datuknya orang Amerika. 








Pemain Ragbi Tertinggi Di Piala Dunia

Piala Dunia Ragbi semakin menghampiri, disini disenaraikan 5 orang pemain ragbi paling tinggi dalam pasukan negara masing-masing mengikut pool yang telah ditetapkan. Kelebihan pemain ragbi yang super duper tinggi ini ialah mereka mampu membawa bola melepasi 3 orang pemain dengan mudah tanpa dapat dijatuhkan, ketinggian juga membantu mereka untuk merebut bola semasa line out. Majoriti pemain ragbi tyang tinggi ini bukan kurus keding seperti Peter Crouch, Costel Pantilimon tetapi mereka juga sasa dan ber otot seperti Incredible Hulk & Thor.

Pool A

Terdiri daripada Australia, England, Fiji, Wales & Uruguay

England : Courtney Lawes 
Posisi : Lock/Flanker 
Tinggi : 2.01 Meter  Berat : 118 KG



Australia : Will Skelton
Posisi : Lock 
Tinggi 2.03 meter Berat : 140 KG 




Wales : Luke Charteris
Posisi : Second Row 
Tinggi : 2.09 Meter Berat : 129 KG



Fiji : Tevita Cavubati
Posisi : Lock 
Tinggi : 2.00 meter Berat : 120 KG 




Uruguay : Santiago Vilaseca 
Posisi : Lock
Tinggi : 1.87 Meter Berat : 124 KG 



10 Individu Yang Terselamat Dari Maut

Dalam senarai ini, Aron Ralston adalah nama yang tidak asing bagi kita selepas kisahnya diadaptasi menjadi filem 127 Hours, selain itu banyak lagi individu lain yang mengalami situasi yang sama seperti terlibat dalam nahas kapal terbang, terkandas di kawasan gurun, terjatuh dari air terjun , dibawa arus puting beliung dan dibaham beruang grizzly separuh badan.

Thursday 17 September 2015

10 Penemuan Menjijikkan Ditemui Dalam Badan Manusia

Kita mungkin pernah terbaca berita tentang seorang lelaki yang mempunyai tunas buah jambu tumbuh di gigi nya, begitu juga dengan penemuan gunting pembedahan yang tertinggal di dalam perut.
Dalam video ini dibongkarkan penemuan aneh dalam badan manusia, siapa sangka belut halus boleh masuk ke dalam badan menerusi penis ? Ikan boleh hidup dalam paru-paru manusia ? belut sepanjang 2 kaki boleh ada dalam usus manusia ?


Kelab Asean Layak Ke Separuh Akhir AFC Cup Bukan Perkara Baru

Bersorak sakan lah ummah Selatan bila team bola kesayangan since 2013 layak ke semi final Piala AFC buat kali pertama. Lagi manis bila ini rekod baru dalam bolasepak tempatan katanya layak ke semi final Piala AFC. 



Aku macam biasa lah..tersenyum sinis melihat kebahagiaan yang tak kekal lama ini, sebelum ini kelab yang sama taraf dengan liga M macam kelab-kelab liga Singapura, Hong Kong, Thailand, India, Vietnam, Maldives pun pernah layak sampai ke separuh akhir. Takde yang istimewa nya pun JDT layak ke separuh akhir. Mereka cuma bernasib baik tidak bertemu pasukan dari rantau Arab yang saban tahun mendominasi Piala AFC. Ada bagusnya kewujudan kelab-kelab liga Arab dalam AFC cup ini kerana mereka lah penanda aras pasukan-pasukan dari Asia selatan dan tenggara.

Ini bukan cakap kosong, kerana sejak diwujudkan mulai 2004 Piala AFC majoriti dijuarai pasukan dari liga Asia barat. Jadi penyokong JDT masih belum boleh mendabik dada lagi selagi mereka tidak bertemu pasukan yang lebih kuat dari mereka. Di peringkat kumpulan, kalah mati dan suku akhir mereka di sogok kan dengan pasukan-pasukan yang lebih kurang sama taraf bolasepak nya dengan mereka, jadi ujian sebenar belum bermula lagi.


Tahun lepas, Persipura Jayapura layak ke separuh akhir Piala AFC, adakah bolasepak Indonesia makin meningkat taraf nya sejak itu ? Tidak! Mereka tersingkir awal dari AFF Suzuki Cup. Kejayaan pasukan kelab layak ke separuh akhir Piala AFC dan dikaitkan dengan kemajuan bolasepak negara itu sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Entah siapa punya logik ini, aku pun tak tahu.

Bercakap tentang negara-negara lain yang pernah layak ke semi final Piala AFC adakah pasukan negara mereka meningkat naik sejajar dengan kejayaan ke separuh akhir itu ?? Tidak ! Singapura, Vietnam, Maldives, India, Hong Kong, Thailand tidak menjadi kuasa besar Asia pun. Piala Asia masih lagi didominasi oleh pasukan-pasukan Asia Timur, Barat, Tengah.


Bergembira lah layak ke separuh akhir sebelum diratah oleh pasukan Arab nanti. Entah berapa biji gol agaknya yang menerobos masuk ke gawang Farizal Marlias nanti. 

Tuesday 15 September 2015

Poster Pilihanraya Kampus 2015 Yang LOL

Kita sering mentertawakan poster-poster majlis anjuran kerajaan yang tidak menarik dan terlalu basic rekaan grafik nya. Bagaimana pula dengan poster pilihanraya kampus ? ini bukan calang-calang institut tau. Ini UiTM





Saturday 12 September 2015

11 Pemain Bernasib Baik Mewakili England

Dalam senarai kesebelasan yang bernasib baik ini, mereka hanya sempat mewakili England sekali seumur hidup sahaja, selepas itu mereka tidak dipanggil lagi. Mungkin kerana faktor persaingan sengit di sesuatu posisi itu menyebabkan mereka dipanggil hanya dalam perlawanan persahabatan dan kemudian tidak dipanggil lagi. Ada juga dari mereka yang tidak bermain pada tahap terbaik atau tahap permainan masih lagi belum setaraf dengan pemain-pemain sedia ada.


10 Detik Malang Pasukan England

Sebagai penyokong pasukan England 2002-2012 detik yang sentiasa terpahat dalam ingatan pastinya bila free kick Ronaldinho melewati kepala David Seaman, Pemain England gagal menyempurnakan penalti bertemu Portugal di Euro 2004 & Fifa 2006, Pasukan England tumpas 3-2 kepada Croatia dan gagal layak ke Euro 2008, Prestasi buruk mereka di Fifa 2010.


10 Penjaring Gol Terbanyak Dalam Sejarah England

Wayne Rooney baru sahaja mencipta rekod baru sebagai penjaring gol terbanyak dalam sejarah England. Mari kita lihat senarai 9 penjaring lain dalam sejarah bolasepak 3 Lions.


Ciri-Ciri Persamaan Pasukan EPL Dan NFL

Umum sudah tahu American Football dan Assoiation Football adalah sukan yang berbeza. Peminat kedua-dua sukan ini juga sering bertelagah dengan penggunaan istilah " football " itu sendiri kerana American Football dimainkan dengan cara melontar bola dalam jarak 10 ela kepada rakan sepasukan dan perlu membawa bola melepasi garisan end zone untuk mendapatkan mata dan menendang bola melepasi tiang gol untuk mendapat mata tambahan. Berbeza dengan bolasepak yang benar-benar bermain menggunakan kaki dan  menggunakan bola untuk memasukkan bola ke dalam permainan.

Tetapi apa kata kita cuba cari persamaan antara mereka ?? Jangan terkejut kerana ada pasukan-pasukan NFL ( National Football League ) yang mempunyai ciri-ciri persamaan mirip dengan pasukan EPL daripada faktor sejarah,prestasi,cara permainan,pencapaian, dan jurulatih.



Friday 11 September 2015

Pasukan Ragbi Samoa Berlatih Ala-ala Bane

Menjelang Piala Dunia Ragbi beberapa hari lagi pasukan yang layak giat berlatih, tidak terkecuali pasukan Samoa. Mereka memakai topeng seperti watak Bane dalam filem Dark Knight Rises. Topeng itu ialah jenama Training Mask , dicipta khusus untuk mengawal aliran oksigen yang masuk ke diafragma kita.




Training mask ini mempunyai saluran oksigen yang boleh diubah suai mengikut altitud tertentu, dengan ini sistem pernafasan para atlet yang menggunakan topeng ini dapat membantu mereka menyesuaikan diri dengan suasana tempat mereka bertanding kelak lebih-lebih lagi apabila mereka bertanding di kawasan yang jauh dari paras laut. Topeng ini mendapat review yang baik dari peserta Mixed Martial Art.





Para atlet profesional yang bermain di peringkat tertinggi sering mengalami masalah semput atau mengah kerana kehilangan oksigen disebabkan terlalu pantas dan tempo yang laju seperti sukan acara pecut. Dengan penggunaan topeng ini boleh membantu mereka menjadi lebih kuat untuk menangani situasi begitu. Begitu juga pada pasukan bola sepak, setiap pasukan yang berkunjung ke Bolivia mengalami masalah altitud tinggi kerana stadium mereka yang terletak di kawasan tinggi dan melebihi altitud yang ditetapkan oleh FIFA iaitu 3000 meter ( 9 800 kaki ) dari paras laut.

La Paz, Bolivia 3 600 meter
Ecuador, Quito 2 800 meter
Bogota, Colombia 2 640 meter.

Kesan bermain di altitud tinggi ini boleh memberi masalah kepada pasukan lawan yang bertanding seperti Argentina yang bertandang ke La Paz pada 2009 semasa kelayakan Piala Dunia dan dibelasah 6-1. Begitu juga pada 2013, Angel Di Maria menggunakan tabung oksigen semasa mendapatkan rawatan kerana tidak biasa bermain pada altitud itu.

Dengan ada nya topeng training mask ini, para atlet boleh memaksimum kan oksigen mereka dari altitud 914.4 meter ( 3000 kaki ) hingga 3 657 meter ( 12 000 kaki ).