Sunday 16 August 2015

7 Keajaiban Tottenham Hotspurs & 5 Muka Baru

Pada 2013 selepas penjualan Gareth Bale sebanyak 86 juta pound ke Real Madrid, Spurs telah membelanjakan 100 juta pound untuk membawa masuk 7 orang pemain yang di atas kertas nya adalah mereka yang dijangka mampu membawa Spurs menduduki tempat 4 teratas atau pun sekurang-kurangnya memenangi 1 piala.

Paulinho, Christian Eriksen, Roberto Soldado, Nacer Chadli, Etienne Capoue, Vlad Chiriches and Erik Lamela

Read more: http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-3199429/Tottenham-Hotspur-s-five-new-signings-unveiled-White-Hart-Lane-fare-better-Bale-money-seven.html#ixzz3iw2LOvMM
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook


Malangnya kesemua " 7 Keajaiban " ini gagal memberi sebarang impak, lagi malang harga perpindahan mereka kesemuanya bernilai puluhan juta. Ini bukan kali pertama ia terjadi, 2007-08 Juande Ramos membawa masuk sejumlah pemain ke White Hart Lane seperti Heurelho Gomes, Luka Modric, Roman Pavluchenko, Jermaine Defoe, Vedran Corluka, David Bentley & Giovanni Dos Santos. Tapi mujurlah Harry Redknapp dibawa masuk dan berjaya menggunakan nama-nama ini sebaik yang boleh hingga menduduki tempat ke 4 musim 2009-2010.

Berbalik kepada " 7 Keajaiban " bernilai 100 juta itu, mereka tidak lah seteruk yang dijangka apabila menduduki tempat ke 6 liga, jatuh 1 anak tangga berbanding musim 2012-13 tetapi itu tetap dianggap gagal apabila pemain bernilai 25 juta seperti Roberto Soldado hanya menjaringkan gol menerusi penalti saja. Ini diibaratkan menukar sebuah Ferrari dengan 10 unit Toyota Vios.

2015-16 pula khalayak umum dikejutkan dengan pendedahan pemain baru Spurs untuk musim ini, dengan cara mirip 2013-14 iaitu para pemain dikumpulkan dalam 1 majlis bukan sidang media seperti biasa kita lihat. Bezanya kali ini pemain-pemain baru ini tidaklah terdiri daripada nama-nama besar, hanya Toby Alderweireld yang begitu dikenali sebagai prospek masa depan. Diharap nama-nama baru ini tidak menjadi bahan ketawa seperti pemain-pemain Spurs sebelum ini.

Kieran Trippier, Delle Alli, Clinton N'Jie, Toby Alderweireld and Kevin Wimmer

Read more: http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-3199429/Tottenham-Hotspur-s-five-new-signings-unveiled-White-Hart-Lane-fare-better-Bale-money-seven.html#ixzz3iw2XH0Wz
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook



Friday 14 August 2015

Apa Akan Jadi Jika Iphone Menjadi Brake Pad ??

4 Iphone 4s & 4 Iphone 5s dipasang sebagai brake pad kereta Porsche 911 ini. Pada kelajuan 32,64 & 93 km/per jam ini telah menyebabkan Iphone itu rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Pada aku ini serius bodoh dan membazir, alangkah baik Iphone itu di dermakan pada mereka yang berkeinginan untuk memilikinya.


Thursday 13 August 2015

5 Pasukan Budak Baru Menyerlah Di EPL

Dalam sejarah EPL kebiasaanya pasukan-pasukan yang baru dinaik taraf dari liga Kejohanan sering menjadi pasukan belasahan dan jika terselamat untuk musim pertama, musim berikutnya pasti mereka tersingkir hinggakan ianya digelar " Second Season Syndrome ".  Disini 5 pasukan yang dinaik pangkat dari liga Kejohanan yang berjaya mengegar EPL. Senarai ini diambil bermula dari musim 1992/93 iaitu era bermulanya Barclays Premier League pada hari ini.

Agak memeranjatkan kerana ada pasukan yang sepatutnya layak dalam senarai ini tetapi tidak tercalon seperti Wigan Athletic dimana mereka menjadi naib juara piala liga musim 2005/06 & juara piala FA 2012/13, West Ham United pula menjadi naib juara piala FA 2005/06 musim pertama mereka di naik pangkat, Stoke City yang berjaya kekal selama 7 musim hingga kini dan layak ke final piala FA 2010/11, Portsmouth yang sempat memenangi piala FA 2007/08, Man City & Norwich pula mencatat rekod tersendiri apabila berjaya layak 2 musim berturut-turut iaitu dari League 1 layak ke Championship dan musim berikutnya layak ke EPL.


10 Filem Teruk Yang Mencatat Kutipan Tertinggi

Filem seperti Transformers Age Of Extinctions dikritik teruk kerana plot dan jalan cerita, tetapi itu tidak menghalang karya CGI Michael Bay itu mencatat kutipan 1 bilion untuk tahun 2014. Disini mari kita lihat senarai filem yang dilabel teruk tapi masih mampu mencatat keuntungan lumayan....dunia itu tak adil.


10 Jenama Saling Bermusuhan

Umum sudah tahu Adidas dan Puma berseteru kerana mereka diasaskan oleh  adik beradik Dassler, begitu juga dengan Coca Cola dan Pepsi yang saling bersaing hingga tercetusnya perang kola. Tak lupa juga dengan Enzo Ferrari yang pernah menghina pemilik Lamborghini, yang asalnya pengeluar traktor kemudian melabur untuk menghasilkan produk supercar yang kini menjadi pesaing Ferrari.

Disini kita akan tahu lebih lanjut tentang jenama yang saling bersaing sesama sendiri ini.


Tuesday 4 August 2015

Pelakon Kamen Rider Meninggal Dunia

Izumi Miyasaki 35, yang dikenali dengan watak Yuji Kiba dalam siri Kamen Rider 555 ( 2003 ) dilaporkan meninggal dunia hari ini. Punca kematiannya adalah penyakit ( tidak didedahkan ) yang telah lama dihidapi nya.

Dikenali dengan watak Yuji Kiba, seorang manusia yang sudah mati tetapi dihidupkan sebagai orphenoch ( separuh manusia separuh raksaksa ). Dia asalnya memusuhi manusia normal tetapi kemudiannya berkawan dengan manusia biasa dan hanya menggunakan kuasa orphenoch nya untuk menyelamatkan manusia.

Dalam siri Kamen Rider Faiz 555 itu dia bukan setakat berperanan sebagai orphenoch, hasil dari DNA orphenoch itu dia mampu memakai tali pinggang KR Kaixa dan Faiz tanpa masalah. Juga bertindak sebagai bidan terjun sebagai KR Faiz dikala Takumi Inui dalam krisis identiti.

Dalam filem Kamen Rider 555 : Paradise Lost, dia juga berperanan sebagai Kamen Rider Orga, iaitu KR antagonis selain KR Psyga.

sumber : klik untuk baca   



Cara Pelik Bilionaire Membelanjakan Wang Mereka

Jika kita rakyat marhaen ini menjadi milionaire atau bilionaire, perkara yang sering terlintas di fikiran kita ialah memiliki mansion dan super car. Tetapi pada bilionaire dalam senarai ini mereka membelanjakan wang itu untuk perkara-perkara pelik seperti Sheikh Hamad dari UAE mahukan namanya diukir pada pulau, Sultan Brunei pula sanggup membayar tukang gunting dari London sebanyak 15 ribu pound untuk menggunting rambutnya siap dengan penerbangan khas jet peribadi ke Brunei dan Ingvar Kampard pula suka mencuri bekas garam & lada hitam dari restoran meskipun dia mampu membelinya.