Friday 31 July 2015

Iklan Raya Petronas 2015

Biasanya Petronas akan menayangkan iklannya pada minggu-minggu terakhir Ramadhan tetapi untuk tahun ini lain pula konsepnya dengan mereka memilih untuk menayangkan iklan itu di pertengahan syawal. Iklan raya Petronas 2015 ini diarahkan oleh Rewan Ishak dan dilakonkan oleh Beto Kusyairi. Iklan ini sudah dimuatkan di akaun youtube petronas official tetapi telah diset kan sebagai private video, mujur aku sempat tonton dan print screen. Dan tidak dikongsi di mana-mana laman sosial.
Si adik dari kecil suka berangan-angan di kawasan lereng bukit dengan melempar patung askar payung terjun dan kemudian meneropong nya seperti menjalankan adegan pengambaran. Abangnya pula sering menegur sikap adiknya yang suka berangan-angan itu, apabila si abang menyertai tentera si adik bebas dengan hobinya yang suka berangan-angan hingga mencipta satu binaan mesin masa yang diperbuat dari kotak.

Di tahun 1999... si adik dan abang kini sudah dewasa, adik kecewa dengan tindakan abangnya yang membakar segala majalah & rujukannya tentang dunia perfileman. Itu mengundang rasa benci dan marah adiknya sehinggakan dia tidak menegur abangnya selama 3 kali syawal. Si ibu cuba memujuk si adik dengan menyedarkan dia bahawa si abang yang dibenci nya itulah yang menanggung keluarga mereka selama ini dan dia jugalah yang membiayai pengajian adiknya itu untuk melaksanakan impiannya.

Secara tiba-tiba perasaan dendam yang bersarang selama ini terpadam dan dia termenung di lereng bukit yang sering menjadi tempat permainannya dulu. Disitu adik beradik ini berbaik semula.

Dari segi jalan ceritanya pasti mengingatkan kita pada iklan Digi " aku kan abang " pada tahun 2006 dulu dimana abang yang sering membuli adiknya dari kecil itulah orang yang pertama mengambil tahaun perihal masalah adiknya dikala adikknya buntu dan tertekan.

Iklan ini sarat dengan nilai kekeluargaan...kasih sayang itu diungkap walaupun tanpa sepatah kata...mungkin kita tak sedar tapi suatu masa kita akan faham jua apa.














Thursday 30 July 2015

Teknik Hasilkan Lukisan Dari Nombor

Dulu-dulu dari angka 66 dan menyanyikan lagu bulat kecil bulat besar kita mampu menghasilkan lukisan patung beruang, kini dengan angka yang lain pula kita mampu menghasilkan lukisan haiwan lain pula.












Tuesday 14 July 2015

Teknik Memotong Kelapa Yang Pantas

Smoot and steady betul teknik dia potong buah kelapa ni. Aku dulu potong sana sini, lepas tu cungkil bahagian tengah tu untuk minum air. Susah payah betul nak minum air kelapa takde straw sampai tumpah dan meleleh ke baju air tu.



Friday 10 July 2015

10 Trend Yang Jelik

Banyak rupanya trend bodoh yang aku tak pernah tahu, contohnya cabaran telan satu sudu serbuk kayu manis, minum campuran air soda + ubat batuk + gula-gula, knock out game, titis Vodka pada   mata, sepak celah kangkang, Planking ( baring secara terbalik atas sesuatu objek ) dan Charlie Challenge yang mirip permainan spirit tetapi tidak menggunakan syiling dan papan ouija sebaliknya menggunakan 2 batang pensil dan 4 petak yang terkandung ' Yes ' dan ' No '.


Thursday 9 July 2015

Bangkai Tikus Ditarik Keluar Dari Perut

Video ini dari Brazil, tapi apa yang pasti prosedur pembedahan bare-hands ini tak jauh beza dengan bare-hands surgery dari Filipina yang menipu ummah manusia sejak dulu. Tengok boleh percaya jangan.

https://www.youtube.com/watch?v=gQpoXWtcwEc#t=54


Tuesday 7 July 2015

Saiz Populasi USA vs China

Amerika Syarikat ber populasi kurang 330 juta penduduk berbeza dengan China yang melebihi 1 bilion orang. Disini digambarkan sebesar mana kah Amerika dalam peta China dari segi populasi. Wow ! sungguh tak sangka kecilnya Amerika, tapi pujian diberikan kepada Amerika kerana mengamalkan perancangan keluarga dan tidak mempunyai polisi ketat 1 anak 1 keluarga seperti China.


Saiz Alaska Di Dalam Peta USA

Alaska adalah sebuah negeri yang tidak bercantum dengan mana-mana negeri di Amerika Syarikat. Alaska dibeli dari Russia satu ketika dulu, oleh sebab berjauhan dari negeri-negeri lain Alaska ini agak kurang maju dari segi infrastruktur. Disini dipaparkan bagaimana saiz Alaska jika dibandingkan dengan 49 negeri-negeri lain di Amerika Syarikat.


Friday 3 July 2015

Perbezaan 5 Pound Sterling UK Dan RM 5 Malaysia

Gaji kerja part time 1 jam di UK adalah 5 pound, manakala gaji kerja part time sejam di Malaysia ialah rm 5. Disini cuba kita bandingkan apa yang kita boleh beli dengan 5 Pound di UK dengan RM 5 di Malaysia. Sumber klik untuk baca






Wednesday 1 July 2015

Beza Hong Kong Dengan China

Ramai dari kita tidak tahu pun apa perbezaan HK & China, umum nya kita tahu mereka hanyalah negara-negara yang dihuni bangsa Cina. Tapi agak tidak adil untuk menyamakan Cina PRC dengan Cina HK kerana majoriti Hongkies berbahasa Kantonis berbanding Cina PRC yang berbahasa Mandarin.

Begitu juga dengan budaya dan mentaliti, Hongkies telah lama diperintah oleh British dan mereka di didik untuk lebih berdisiplin dan beradab, berbeza dengan PRC yang baru saja didedahkan dengan dunia luar. Jika kita baca laporan di media elektronik selalu nya mana-mana negara yang menerima pelancong dari China ini sering berhadapan dengan masalah pengotor mereka yang keterlaluan dan tidak menghormati undang-undang negara orang. Disini dipaparkan perbezaan Hong Kong dengan China, sumber dari  sini