Monday 29 June 2015

10 Watak Superhero Yang Diciplak

Kita semua tahu, green arrow dan hawk eye memiliki skill dan senjata yang sama iaitu anak panah dan busur, begitu juga dengan deadpool dan deathstroke yang ada keupayaan untuk sembuh luar biasa. Mari kita lihat lagi senarai superhero yang diciplak ini.



Thursday 25 June 2015

Trailer Filem Jejak Warriors

Jejak Warriors adalah filem tentang seorang peminat bolasepak Red Warriors, Wan Raja yang ingin menyaksikan pasukan kebanggaanya beraksi di depan mata. Pemain Kelantan seperti Khairul Fahmi, Fakri Saarani dan Fitri Omar juga antara nama yang bakal membuat kemunculan dalam filem ini. Bakal ke pawagam ogos 2015 kelak, tetapi yang hairannya di kelantan tiada pawagam bagaimana mahu menonton ??


Wednesday 24 June 2015

Bilik Tidur Bertemakan Minion

Adik beradik,  Alexander dan Michael Ralph ini mahukan bilik tidur mereka bertemakan Minion, oleh itu Ibu mereka telah pergi ke B&Q untuk mendapatkan cat kuning yang betul-betul menepati warna kuning Minion. Kerana terlalu meminati Minion, 2 beradik ini menghias sendiri susunan dalam bilik tidur mereka ini mengikut kreativiti.
Mujurlah ada ibu yang sporting macam ni, zaman aku dulu cuma mampu tampal poster pemain bola kat dinding je.




Tuesday 23 June 2015

Komposer Skor Musik Filem Titanik Meninggal Dunia

James Horner, pemenang 2 kali anugerah Oscar hasil karya agungnya skor muzik dalam filem Titanik dan Braveheart meninggal dunia akibat nahas kapal terbang. Pesawat 2 tempat yang dinaiki nya jenis  S-312 Tucano MK1 terhempas di Hutan Los Padres, California.

James Horner 

Pesawat S-312 Tucano MK1, contoh model pesawat dinaiki James Horner




Monday 22 June 2015

Lelaki Tergemuk Di Britain Meninggal Dunia


Carl Thompson 33, lelaki dengan berat 412 kilogram adalah lelaki paling gemuk di Britain. Sejak kematian ibunya 3 tahun lalu berat badannya meningkat 2 kali ganda dan terpaksa menggunakan bantuan penjagaan pekerja sosial untuk mandi dan menyuapkan makanan.

Doktor menasihati nya untuk mengurangkan berat badan kerana dikhuatiri kelak dia akan mati disebabkan obesiti. Dia pernah dicadangakan untuk menjalani pembedahan mengecilkan usus tetapi dia menolak kerana kesan selepas pembedahan itu. Dia mahukan nasihat dari pakar pemakanan dan pakar psikiatri untuk membantu mengawal pemakanan.

Dan apa yang dibimbangi oleh doktor itu menjadi kenyataan apabila dia meninggal akibat masalah obesiti itu.






Sunday 21 June 2015

Sukan-sukan Pelik Di Dunia

Tak sangka sepak takraw tergolong dalam sukan pelik di dunia. Ada diantara sukan dalam video ini aku pernah tonton di filem,tv seperti sukan Quidditch ( The Internship), Wife Carrying ( American Pie Beta House )  dan Caber Tossing ( The Amazing Race ).

Tapi sukan serius bodoh dan menyakitkan pada aku dalam senarai ini ialah Unicycle Football dan Chess Boxing.



Monday 15 June 2015

Lagi Penalti Yang Menjadi Kontroversi

Video penentuan sepakan penalti di sebuah perlawanan bolasepak peringkat remaja di Scotland ini menjadi viral setelah sepakan penalti itu diselamatkan oleh penjaga gol, tetapi kemudiannya penalti itu disahkan gol kerana bola itu memasuki gawang akibat kecuaian penjaga gol itu yang terlebih dahulu meraikan keputusan itu tanpa melihat terlebih dahulu kemana bola itu pergi.



Kes seperti ini sama seperti di dalam video ini


Sunday 14 June 2015

Nasi Goreng Ahmad Maslan 2.0

Sebelum ini Ahmad Maslan ditegur oleh netizen Twitter kerana tidak membuang tangkai cili padi dalam masakan. Kali ini teguran daripada netizen lebih padu dan tak kering gusi.






Monday 8 June 2015

Kronologi Mak Kau Hijau Bapak Kau Keling

Seminggu ini vine 2 orang budak bergaduh di taman permainan menjadi viral di twitter hingga ada yang kreatif dengan mengedit video mereka bergaduh itu. Menurut sumber  telah disertakan video sebelum insiden sumpah seranah itu berlaku.

Umum mengetahui si kecik itu menghina ibu bapa si gemuk berbaju Argentina, kemudiannya video itu terhenti di situ sahaja. Hari ini didedahkan insiden sebelum perang mulut itu berlaku, si gemuk itu telah meng camel clutch kan budak kecik itu ala-ala Scott Steiner dan melepaskanya sebelum dia menghina ibu bapa budak gemuk itu.

Tindakan individu yang merakam video itu dilihat kejam kerana hanya membiarkan saja insiden itu berlaku, tetapi sebenarnya dalam video ke tiga. Dia cuba menghalang budak kecik itu dari dibelasah lebih teruk lagi, dalam video yang ketiga budak gemuk itu membelasah budak kecil itu kerana menghina ibu bapanya dengan teruk sekali. Insiden itu dihentikan dengan campurtangan remaja-remaja yang berada di situ dalam video akhir.


  

Suara Latar Permainan Video Yang Teruk

Kepada kaki game semua, siapa kah penyumbang suara latar yang teruk dalam karakter permainan video yang anda minati ? disini watch mojo menyenaraikan 10 pemilik suara latar yang teruk.


Wednesday 3 June 2015

Adidas Menghentikan Pengeluaran But Predator


Adidas dan Predator memang tak dapat dipisahkan. Siapa sangka model yang telah wujud selama 20 tahun di pasaran ini sudah dihentikan pengeluarannya, Adidas ini satu nostalgia buat kami yang meminati bolasepak di era 90 an hingga 2010 an, dahulu bila sebut sahaja jenama Adidas pasti terbayangkan model klasik adipure yang berwarna hitam diselangi corak 3 garis ikonik Adidas.






Bila munculnya Predator, ianya seakan satu trend baru dalam bolasepak dimana but bola kini tidak lagi menggunakan warna klasik, dengan penambahan warna merah pada " tongue " but menjadikan ianya trend dan tarikan pada masa itu. Tambahan pula model Predator ini dipakai oleh pemain-pemain terhebat era itu seperti Zinedine Zidane dan David Beckham ( sekadar menyebut beberapa nama ). 



Masuk ke era milennium pula Adidas mula mempelbagaikan variasi rekaannnya hingga terhasillah predator dalam edisi berwarna putih yang dipakai David Beckham dan Alessandro Del Piero. Menuju ke pertengahan 2000 an, warna kelabu pula menyusul dan sejak itu bermula lah era but bolasepak yang dulunya berwarna tradisi Predator, merah-putih-hitam ke dalam pelbagai jenis warna seperti biru,emas, kuning, hijau, oren dan pink seperti hari ini.




Antara faktor lain model Predator tidak ikonik dan berpengaruh seperti dulu pastinya sejak kemunculan model-model lain Tunit yang kemudiannya digantikan dengan F50,Nitrocharge,Adipure dan Adipower.

goodbye, Predator...Terima Kasih kerana menjadi sebahagian dari kami sejak 21 tahun yang lalu.



Monday 1 June 2015

DC Legends Of Tomorrow Siri TV Baru 2016

Hasil kejayaan siri tv The Flash dan Arrow, pihak CW telah mengumumkan pada 2016 akan dilancarkan siri tv baru iaitu DC Legends Of Tomorrow dimana hero dan villain bekerjasama dalam satu pasukan menentang Vandal Savage. Mereka disatukan kerana mendapat nasihat dari Rip Hunter yang telah menjelajah masa, dalam promo ini juga ditunjukkan bagaimana Ray Palmer berjaya mengecilkan sut nya setelah begitu lama cuba mencari penyelesaian kepada masalah itu dalam siri tv Arrow. Bayangkan bila Captain Cold dan Heat Wave bekerjasama dengan Flash,Arrow dan Atom ? jangan lupa White Canary, Hawkgirl dan Firestorm turut serta dalam misi kali ini.