Monday 30 March 2015

Perro Aguero Jr Penggusti Yang Mati Di Semasa Beraksi

Perro Aguero Jr sedang bergusti dalam acara tagteam bersama pasanganya, Manik menentang Rey Mysterio dan Xtreme Tiger. Punca kematian Perro adalah disebabkan dropkick dari Rey ke arah bahagian kiri lehernya menyebabkan dia patah tulang belakang. Mysterio tidak menyedari insiden itu hinggalah selepas dia melakukan gerakan penyudah 619 ( yang sebenarnya tidak mencederakan sesiapa ), Perro sudah tidak lagi bergerak.

Perro disahkan mati sejam selepas diusung keluar dari gelanggang, kerana pada waktu kejadian doktor yang betugas sedang merawat 2 penggusti yang cedera. Memang sukan gusti hiburan ini berlakon dan semua nya sudah dirancang tetapi kecederaan dan kesakitan yang mereka alami itu bukan olok-olok, inilah harga yang mahal untuk sebuah hiburan.



Thursday 26 March 2015

10 Teknologi Yang Memalukan

Teknologi ini dihasilkan di awal milennium iaitu ketika di dekad 2000 an dulu. Rasa nostalgik betul bila mengimbau kembali zaman  itu, zaman dimana komputer tablet dan fon pintar skrin sentuh masih lagi sesuatu yang asing. Jangan terkejut kerana banyak teknologi dalam video ini waktu awal kemunculannya kami anggap ia sesuatu yang cool tetapi sebenarnya teknologi yang gagal dan tidak diteruskan. Lagi sadis bila ianya dihasilkan oleh jenama-jenama berpengaruh.




10 Produk Gagal Di Pasaran

Tidak banyak yang aku ketahui tentang produk ini kerana tidak dipasarkan di Malaysia tetapi cukup terhibur dengan fakta-fakta yang diberikan dalam video ini. Sungguh aneh apabila Clairol Touch menghasilkan syampu yogurt tetapi ditarik balik dari pasaran kerana ada pengguna yang memakan shampu yogurt tersebut dan mengalami sakit perut. Mc Donald Arch Deluxe pula dihentikan hanya kerana harganya yang mahal dan berlebihan jumlah kalori.

Coca Cola pula menghentikan pengeluaran perisa barunya pada 1985 dan kembali ke perisa asal hanya selepas 79 hari di pasaran !! Syarikat Jell O pula mengalami kerugian pada dekad 60 an kerana menghasilkan jeli berperisa sayur-sayuran ! Paling mengejutkan apabila BIC, pengeluar alat tulis menghasilkan seluar dalam tetapi tidak mendapat sambutan dan kembali fokus kepada perusahaan alat tulis mereka.


Wednesday 25 March 2015

Apartment Bertemakan Rumah Atas Pokok

Projek yang terletak di Turin, Itali ini dinamakan ' 25 Shades Of Green ' oleh arkitek Luciano Pia bertujuan menggabungkan blok apartment dengan rumah atas pokok. Untuk merealisasikan hasrat ini sebanyak 150 jenis tumbuhan telah dipilih dan di blok ini juga terdapat taman di atas bumbung dan kelak akan ada pokok yang tumbuh dari celah dinding. Pokok-pokok itu berfungsi sebagai penapis semula jadi kerana mampu menyerap sebanyak 200 000 liter karbon dioksida sejam.








Gambar Dari Puncak Bangunan Andrej Cieselski

Andrej Cieselski remaja warga Jerman ini lebih takut ditangkap polis dari jatuh dari puncak bangunan. Gambar-gambar ini diambil di Manulife Plaza, setinggi 50 tingkat di Hong Kong dan ditangkap menggunakan kamera go pro yang dipasang di kepalanya, dia memanjat tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan. Ibu bapa nya kagum dengan gambar yang diambil oleh anak mereka itu tetapi risau jika dia terjatuh dan menemui ajal. Andrej memaklumkan dia telah di senarai hitam di Hong Kong akibat hobi gila nya itu.

Untuk melihat lebih koleksi gambar-gambar Andrej sila layari akaun instagram miliknya gambar puncak bangunan




Tuesday 24 March 2015

Meluncur Bersama Singa Laut

Dan Murphy sedang meluncur di pantai San Diego tiba-tiba dia dipeluk dari belakang oleh seekor singa laut. Kemudian singa laut itu duduk di hadapan papan luncurnya dan mereka meluncur bersama lebih sejam sebelum dia meninggalkan singa laut yang manja itu. Agak unik pengalaman ini kerana singa laut bukan lah spesies yang begitu mesra dengan manusia. Pantai California kini dilanda krisis apabila dilaporkan hampir 2000 ekor singa laut pupus, disebabkan kebuluran.






LazyBoard - Applikasi Terbaru Untuk Mereka Yang Malas Menaip

Mesej yang dibalas dengan ' K ' sahaja sudah cukup untuk penerima mesej rasa meluat, kini sejenis applikasi terbaru Lazyboard dihasilkan untuk mereka yang malas menaip panjang-panjang dan malas menekan keypad dengan lebih kerap. Dicipta oleh seorang pengguna Reddit yang berpangkalan di Singapura dikenali sebagai Sir Zeph applikasi jenis ini hanya sesuai untuk mereka yang menggunakan android 4.2 keatas.
Jumlah perkataan yang disimpan dalam applikasi ini ialah hrmm, KK, Damn cool, thks, nice, oh, lol, lel. Sesuai untuk mereka yang tidak berapa gemar melayan orang yang tidak dikenali.



Wednesday 18 March 2015

Apa Akan Jadi Bila Superhero Bertempur Sesama Sendiri ??

ScrewAttack adalah sebuah akaun youtube yang membincangkan fakta-fakta superhero dari komik yang berbeza dan mempertemukan mereka di dalam satu permainan video yang menguji sejauh mana ketahanan mereka dan superhero manakah yang lebih kuat dan jitu. Video dibawah ini menerangkan aspek-aspek kekuatan yang dimiliki Robocop dan Terminator, seterusnya mereka bertarung sesama mereka.


Sunday 15 March 2015

Kilang Milo Palsu Di Seremban

Siapa sangka dari rumah teres di taman perumahan Mulia, Mantin ini mereka mampu menjadikan markas penghasilan Milo tiruan dan dijual secara berleluasa di Seremban. Tidak diketahui dari mana video ini tersebar, beberapa hari lepas KPDNKK dengan wakil Nestle menjalankan serbuan di sebuah rumah setelah menerima aduan dari Pihak Nestle berkenaan Milo tiruan itu. Aku sendiri pelik, bagaimana mereka mendapat formula untuk membuat serbuk milo tersebut ??


Milo Tiruan Dirampas

  
19 mins · Edited · 
Ini ker kilang milo? Lain macam jer huhu
10,267 Views
Like ·  ·  · 1,146171385 

Saturday 14 March 2015

Gajet Dan Komuniti Kita Hari Ini

Pergi ke mana-mana je mesti terjumpa orang di sekeliling kita sibuk dengan gajet diorang. Kalau dulu sibuk membaca suratkhabar, mendengar mp3 tapi ini boleh dimaafkan lagi sebab perkara ni diorang buat bila bersendirian dan takde kawan-kawan di sekeliling diorang untuk berbual. Tapi sekarang ni, bila lepak makan je mesti ada yang sibuk mengadap wassap diorang tu, Paling aku menyampah bila golongan ni berada dalam groupie, kalau ye pun segan dengan orang yang kau belum kenal at least tegur la, borak la walaupun sekejap. Bukan mengadap smartfon setiap masa, smartfon semakin bijak tapi tidak manusia.



Gambar Kek Harijadi Yang Kelakar

Kadang-kadang di zaman moden lagi canggih ini masih ada manusia yang masih kuno pemahamannya. Kesian betul siapa tuan empunya kek hari jadi ni


Sunday 8 March 2015

Mane Garrincha Stadium Piala Dunia Kini Depot Bas

Seperti yang dijangka, penganjuran Piala Dunia di Brazil akan mendatangkan kesan buruk di masa depan. Stadium Mane Garrincha,Brasillia stadium yang menelan belanja lebih 1.5  bilion ringgit ( 900 juta us dolar ) dan juga stadium kedua termahal dunia selepas Wembley. Kini digunakan sebagai depot bas selepas tidak mampu menarik jumlah penonton yang ramai sejak berakhir piala dunia yang lalu. Buat pengetahuan semua tiada pasukan bolasepak dari liga atasan yang berpangkalan di Brasillia, lebih buruk lagi kelab tempatan yang beraksi di situ hanya mampu menarik 10 000 penonton sahaja berbanding kapasiti stadium itu 72 000. Kos penyelenggaraan bulanan menelan belanja 550 ribu ringgit dan ini menampakkan bahawa penganjuran Fifa World Cup 2014 di Brazil ini hanyalah satu projek pembaziran di mana warga Brazil masih terhimpit dengan masalah kemiskinan.






Friday 6 March 2015

Pasangan Kembar Tapi Berbeza Warna Kulit

Ini mungkin boleh dikategorikan sebagai un-identical twins, Jayden dan Xavier Boughey adalah pasangan adik beradik kembar. Mereka juga memiliki satu lagi perbezaan iaitu, Jayden lahir pada 6 November manakala Xavier pada 7 November. Ini kerana Xavier keluar selepas tengah malam 6.11.2004.

Jayden, berkulit coklat mewarisi warna itu dari ibunya yang berketurunan Samoa, Xavier pula mewarisi genetik ayahnya berkulit putih. Mengikut ratio, setiap 1 juta kelahiran bayi kembar hasil perkahwinan berbeza kaum, akan lahir kembar yang berbeza warna kulit. Walaupun berkulit cerah, Xavier sedikit cemburu dengan abangnya kerana dia tidak perlu menyapu sun block pada kulit sebelum berjemur. Mereka juga mempunyai karakter berbeza, oleh sebab itu mereka ditempatkan di kelas yang berbeza di sekolah kerana Xavier dikhuatiri terlalu bergantung harap pada abangnya.






Thursday 5 March 2015

Betulkah Powerbank Boleh Meletup ??

Ramai yang menyangkal alat penyimpan kuasa bateri seperti powerbank boleh meletup tapi dalam video ini membuktikan powerbank tidak mustahil boleh meletup. Jadi berhati-hati lah ye dengan powerbank anda.


Beginilah jadinya apabila bateri powerbank diketuk
1,244 Views
Unlike ·  ·  · 2212245

Pasukan Bolasepak Artis Malaysia Era 80 an

Para netizen dikejutkan dengan tersebar meluasnya gambar pasukan bolasepak yang terdiri daripada selebriti malaysia era 80 an. Disini disertakan penerangan daripada Dharma Harun ArRashid berkenaan gambar ini.





Steaua Bucharest - Kelab Bolasepak Tanpa Identiti

Steaua Bucharest menjadi sebuah kelab tanpa logo setelah pengasas kelab itu, Kementerian Pertahanan membawa kes ini ke mahkamah untuk memastikan identiti kelab itu kekal milik mereka kerana Steaua Bucharest pada asalnya ialah kelab bolasepak yang diasaskan oleh tentera dan pemain mereka juga terdiri daripada anggota tentera sebelum revolusi Romania lagi. Sudah terang lagi bersuluh, Steaua itu bermaksud tentera/askar dalam bahasa Romania.




Oleh sebab tidak dibenarkan menggunakan logo yang sekian lama menjadi identiti mereka, pihak pengurusan telah membuat logo baru dan logo lama itu menjadi hak milik Kementerian Pertahanan. Tetapi mereka  masih boleh menggunakan nama Steaua Bucharest. Yang terkesan akibat krisis identiti ini tentunya penyokong, mereka menjadi mangsa akibat perebutan hak antara 2 pihak. Akibatnya mereka kehilangan identiti yang wujud sejak sekian lama. Memang Steaua Bucharest masih boleh beroperasi seperti biasa, tetapi tradisi sejak turun temurun yang dirampas itu menyebabkan mereka berasa sedih dan sayu.

Unit sukan lain yang bernaung dibawah kelab sukan Steau Bucharest seperti bola keranjang masih boleh dibenarkan menggunakan lambang itu. Larangan itu hanya terhad kepada pasukan bolasepak saja. Pemilik semasa, George Becali juga menjadi kambing hitam dalam hal ini kerana dia bermotifkan politiik dengan memiliki pegangan terbesar dalam kelab itu, dia juga cuba mempromosikan ideologi politiknya. Sesuatu yang tidak sihat untuk bolasepak.

Berbeza pula di Malaysia. Terutamanya kelab dari selatan tanah air, sudah la identiti kelab diragut, penyokong pula memberi sokongan membabi buta. Tanpa peduli kepada tradisi dan sejarah kelab.


Avengers Grimm - Mockbuster Avengers Age Of Ultron

Syarikat pembikin filem gred B dari Amerika Syarikat, The Asylum International yang terkenal dengan strategi mereka yang menggunakan tajuk mirip filem-filem blockbuster bakal melancarkan filem Avengers Grimm, yang bakal menyusul dikala Avenger Age Of Ultron juga bakal menemui peminat di pawagam. Cuma kali ini, Avengers versi The Asylum menampilkan wirawati seperti, Snow White, Red Riding Hood, Rapunzel, Sleeping Beauty dan Cinderella. Satu usaha yang bagus dari The Asylum yang cuba menampilkan watak-watak wirawati dalam 1 filem.