Saturday 29 November 2014

Ipoh VS Kuala Lumpur

Kos sara hidup di Ipoh masih rendah rupanya...






Produk Terbaru Wak Doyok

Bila misai lentik dan janggut dah jadi mainstream, maka muncul lah produk yang membantu anda kelihatan seperti Wak Doyok walaupun rupa anda sebenarnya kelihatan seperti gorilla.


Saturday 22 November 2014

Scott Sterling Goalkeeper Ajaib

Scott Sterling mewakili pasukan Universitinya, Yale Bulldogs bertemu North Carolina University. Dalam perlawanan yang berkesudahan 2-2 diheret  ke penentuan penalti dia telah mengalami kecederaan teruk di muka kerana 5 penalti yang 'diselamatkan' nya tepat mengenai ke arah wajahnya. dari 5 penalti itu hanya 2 saja yang diselamatkan dalam keadaan sedar, 3 lagi penalti pula hasil kesilapan yang disengajakan pihak lawan.




Makanan Baru 2014 - Keropok Lekor Cheese

Apa cilaka taksub sangat dengan kaukasian ni ?? sampai keropok lekor pun nak tambah cheese. Apa hina sangat ke rasa asal makanan Melayu ni ??


Wednesday 19 November 2014

Thriller Filem Afrika Yang Hampeh

Nama Filem ?? Tak perlu dinyatakan kerana dalam thriller ini berkali-kali nama tajuk filem ini disebut sehinggakan aku tidak sempat fokus kepada scene-scene yang dimuatkan dalam thriller ini.



Apabila Singaporean Ditanya Tentang S-League

Soalan paling lucu ialah berapa kali Lions12 memenangi S league ?? kah kah kah
RazorTV added a trailer.
WATCH: The S.League has been in the news recently. After almost 20 years, what do Singaporeans know about our own S.League? Find out in our S.League Pop Quiz!

For more videos: www.razor.tv

Tuesday 18 November 2014

Thriller Filem Afrika Yang LOL

Dengan grafik bertaraf 1Dimension, jalan cerita yang yang tidak difahami, tidak banyak yang boleh kita jangka dari filem keluaran negara-negara mundur ini. Tetapi cukuplah sekadar bahan ketawa.


Sunday 16 November 2014

Tutorial Membuat Air Cond DIY

Cuma perlukan kotak polisterin, kipas, botol mineral kosong, pisau dan sebaldi ais. Tetapi jenuh la nak tukar ais yang cair tu setiap masa.

Cara nak buat aircond kat rumah sendiri... #DIY #sajakongsi #videobest

Wednesday 5 November 2014

Tuesday 4 November 2014

Trailer Minion Yang Bakal Ditayangkan 2015

Filem Minions adalah prekuel kepada francais filem Despicable Me. Dimana para minion melalui pelbagai fasa dalam sejarah dari zaman Dinosaur, Perang Saudara, Drakula dan zaman 60 an.

 

World Trade Center Dibuka Selepas 13 Tahun

WTC musnah pada tragedi 11 September 2001. Setelah 13 tahun ia kembali dibuka untuk aktiviti perniagaan. Terdiri daripada 104 tingkat, WTC baru ini dibina dengan kos sebanyak 3.9 Billion Us Dollar.

 WTC sebelum 11/9

Kiub Mewah Di Atas Bumbung Hotel

Kiub ini seberat 12 tan ini adalah idea kreatif arkitek Werner Aisslinger, berkeluasan 44 meter per segi kiub ini ditempatkan di atas Hotel Daniel, Graz, Austria.

Menariknya, kiub ini adalah bahagian tambahan kepada hotel itu dan tanpa perlu melalui proses renovasi yang menganggu keselesaan penghuni kiub ini diangkat ke atas bumbung menggunakan kren.

Kemudahan yang ada pada kiub ini ialah katil, bilik mandi, perabot dan pemandangan balkoni sebanyak 360 darjah dimana mampu melihat keseluruhan landskap bandar dari kiub ini. Room rate nya ialah 300 pound sterling 1malam.

 







Video Pelajar Sekolah Pukul Budak Asrama

Dahsyat betul teknik yang dia guna untuk pukul budak-budak ni, sampah masyarakat bersinglet hitam tu patut dihantar ke Henry Gurney supaya dia kenal siapa lawan yang setaraf dengan dia.

Samseng taik kucing..satu lawan satulah kalau dah berani sangat...budak2 bolehlah ...meh lawan dgn aku ni..baru tau sape abg long kawasan yng sebenar...ishh buat aku panas je budak ni.
101,826 views

Monday 3 November 2014

Khabar Bolasepak Seberang Tambak

Arena liga Singapura baru saja berakhir jumaat lepas apabila Warriors Fc menjuarai liga di saat akhir apabila Brunei DPMM yang dominan sepanjang musim hanya mampu seri bertemu Tampines Rovers.


Tetapi hari ini dikejutkan pula dengan berita penarikan diri Tanjong Pagar United dari Liga S. Tidak dinyatakan apa sebab nya tetapi kita semua sendiri boleh faham situasi bolasepak di Pulau Singa ini yang sekian lama berada dalam gelap kerana pengurusan liga,kelab yang kurang profesional serta masalah penaja yang tidak mahu menaja liga ini kerana kurangnya tarikan penonton ke stadium.

Berita lain pula yang menjadi perhatian ialah penggabungan 2 buah pasukan iaitu Hougang United & Woodland Wellington. Apakah nama baru pasukan ini ?? bakal diumumkan kelak. Antara alternatif yang ada selain menarik diri dari saingan liga pulau ini ialah dengan menggabungkan 2 pasukan berbeza. Tidak dinyatakan di manakah homeground mereka sama ada stadium Woodlands atau Hougang.