Monday 27 October 2014

Bersemadilah Dengan Aman Johor FC & FA


Johor Darul Takzim pilihan

AIDIL (kiri) terlepas aksi final menentang Pahang pada Sabtu ini akibat penggantungan.


KALI terakhir Johor Darul Takzim (ketika itu pasukan Johor) menjulang Piala Malaysia ialah pada tahun 1991 selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-1 pada perlawanan akhir.
Selepas 23 tahun, skuad dari Selatan tanah air itu kembali mewarnai kancah Piala Malaysia apabila melangkah ke final menentang Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini.
Kejayaan itu diperoleh selepas menewaskan Felda United 3-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin Johor Bahru malam kelmarin.
Walaupun tewas 3-4 pada aksi pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang minggu lalu, namun Johor DT mara dengan kelebihan agregat 6-5.
Pahang pula mara ke final selepas mengecewakan Kedah dengan kelebihan agregat 6-3.
Kejayaan melangkah ke final itu telah memberi keyakinan kepada skuad bimbingan Bojan Hodak itu untuk merampas Piala Malaysia daripada tangan Pahang musim ini.
“Tiada yang mustahil jika para pemain meneruskan aksi cemerlang di final nanti. kami sudah sampai ke peringkat ini dan sudah pastinya matlamat kami adalah untuk menjulang piala berprestij itu,” jelasnya.
Mengulas mengenai aksi separuh akhir kedua di Larkin malam kelmarin, Hodak menjelaskan bahawa jaringan kedua pasukannya ketika berdepan Felda United itu menjadi pembakar semangat buat pemain Harimau Selatan untuk memenangi pertemuan tersebut.
Begitupun, pasukan juara Liga Super itu berdepan detik mencemaskan apabila Felda menyamakan kedudukan 1-1 ketika babak pertama untuk menjadikan agregat 5-4, sebelum jaringan kedua Luciano Figueroa selepas rehat kembali menyemarakkan moral pemain Harimau Selatan yang akhirnya menjamin kemenangan mereka menerusi gol ketiga Amri Yahyah.
“Perlawanan malam ini (kelmarin) sememangnya bukan mudah kerana Felda datang ke sini dengan kelebihan jaringan dan pemain mereka lebih banyak bertahan di depan pintu gol sendiri.
“Namun bagi saya, gol kedua daripada Luciano (Figueroa) merupakan jaringan penting yang mengubah suasana perlawanan. Gol itu telah menyuntik semangat dan corak permainan kami untuk terus beraksi lebih baik serta tenang di atas padang, sekali gus berjaya mendapatkan gol ketiga.
“Apa pun, saya gembira dengan kemenangan ini dan juga keseluruhan aksi pemain saya. Mereka bermain dengan baik berbanding perlawanan pertama tempoh hari, malah berjaya mengurangkan kesilapan di atas padang,” jelas Bojan ketika sidang akhbar selepas perlawanan.
Begitupun Bojan agak terkilan apabila kemenangan pasukannya itu dibayar dengan harga yang mahal apabila dua tonggak penting iaitu kapten, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Nazrin Nawi terlepas aksi final 1 November kerana berdepan penggantungan selepas masing-masing menerima kad kuning ketiga dan kad merah pada malam kelmarin.
“Saya perlu melihat semula tayangan video mengapa kedua-dua pemain ini dilayangkan kad kuning dan merah.
“Mungkin kami akan mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai dua insiden ini, namun semuanya akan diputuskan selepas menyaksikan vi­deo berkenaan nanti,” tambah Hodak.
Menurut jurulatih kelahiran Croatia itu lagi, tempoh masa seminggu sebelum final dengan Pahang akan digunakan sebaik mungkin untuk merencanakan strategi baharu setelah kehilangan dua pemain utamanya.
“Kami ada masa lebih kurang seminggu lagi dan saya akan lihat siapa pemain yang mengalami kecederaan dan siapa yang tidak. Kami ada cukup pemain yang mampu beraksi di pelbagai posisi, jadi kita tunggu dan lihat saja nanti,” tambahnya lagi.




Bangun di pagi hari sudah terjejas mood apabila membaca berita seperti ini. Siapa dia JDT ?? jika aku sebuah negara aku tidak akan mengiktiraf JDT ini. Sudah la tidak diketahui dari benih siapa dia berasal tiba-tiba pula dikatakan layak ke final selepas 23 tahun...

Sedikit sejarah ringkas, Johor FA menjadi pasukan yang memenangi Piala Malaysia dan Liga Perdana 1 pada 1991. Tahun 1998 pula mereka menjuarai Piala FA. Johor Fc pula tidak pernah memenangi sebarang piala tetapi mereka juga layak digelar kelab terbaik Malaysia kerana berjaya bertahan begitu lama dalam kancah bolasepak tempatan yang rata-ratanya dipengaruhi campur tangan ahli politik. Johor Fc begitu indiependent kerana beroperasi menggunakan sumber kewangan mereka sendiri iaitu PKENJ. 

Lihat, bagaimana pula boleh dinyatakan sudah 23 tahun tidak layak ke Final Piala Malaysia ?? secara jelasnya JDT 1 ini boleh diibaratkan pengganti terus kepada Johor Fc yang bermain di Liga Super, Johor Fc dan Johor Fa adalah entiti berlainan, sama tapi tak serupa. Sudah la menanam JFC hidup-hidup kini mengaku pula adalah Johor Fa, jika JDT1 menggantikan JFC sudah tentulah JDT2 menggantikan JFA. Jika JDT 2 yang layak ke final Piala Malaysia 2014 pastinya kami tidak bising dan mempersoalkan sejarah tunggang langgang ini. 

Lagi haru biru apabila JDT1 ( JFC ) selayaknya mereka bermain di Stadium Jcorp kerana disitulah rumah rasmi JFC. Begitu pula dengan JDT2 ( JFA ) sepatutnya Larkin diwariskan kepada mereka sebagai pewaris JFA tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila JDT 1 bermain di Larkin, JDT 2 bermain di Jcorp. Dengan harapan dapat mengaburkan mata penyokong yang baru bangun tidur ini bahawa pasukan JDT 1 ( JFC ) ini ialah pasukan JFA yang berwajah baru.

Memang runsing apabila membaca sejarah pasukan yang ditunggang terbalik....

Di England sana, penyokong Wimbledon Fc yang berdiri teguh dibelakang pasukan mereka sanggup bersolidariti menubuhkan AFC Wimbledon apabila Wimbledon Fc kelab asal mereka ditukar nama kepada MK Dons dan home ground juga ditukar.
 


Sunday 12 October 2014

Typo Yang Geli Hati Dari RTM

Kesian individu dalam gambar dibawah apabila dikhabarkan menerima jenazah sedangkan mereka baru saja selesai konvokesyen, dalam gambar ke 2 pula entah siapa yang ter typo dari bajet seimbang menjadi bajet sembang kah kah mentang-mentang la bajet 2015 tu manis di mulut tapi pahit dilaksanakan.



Saturday 11 October 2014

Bilik Kelas 5 Maju SMK Taman Setiawangsa Dibakar

Fuh !! Sungguh kejam dan biadap tindakan individu yang tidak diketahui ini, insiden ini berlaku di SMK Taman Setiawangsa KL. Daripada sumber  Aidil Haziq ini angkara pelajar yang dengki dan dari contengan grafiti yang mengandungi kata-kata kesat itu, ada juga menyebut nama pelajar dari kelas ini. Harap tindakan disiplin harus dikenakan kepada individu yang bersalah ini, tindakan melampau sebegini tidak patut dibiarkan.







Pembinaan Kolam Renang Yang Gagal

Fungsi lain kolam renang selain untuk mandi dan bersantai ialah untuk menakung air jika hujan lebat dan banjir melanda tapi ini tidak terjadi dalam gambar ini.


Bedak Yang Was-Was

Sah ke tidak untuk digunakan ? perlu ke disamak kalau terpegang ?


Peta Singapura Dari Pandangan Penduduk

Bila terfikir Ijok, secara automatik kita akan terbayangkan 1 kawasan ladang kelapa sawit, bila teringat Damansara, kita akan membayangkan kehidupan masyarakat yang serba mewah.


Nama Butik Yang Cukup Sensitif

Kalau salah sebut nama dengan betul ni boleh jadi kes yang kelakar.


Saturday 4 October 2014

Friday 3 October 2014

Video Cacing Pita Ditarik Dari Kepala

Entah macam mana cacing pita boleh membiak sampai ke kepala. Aku tengok video ni pun naik bulu badan


Apa yang keluar dari kepala dia tu? Mohon pencerahan doktor2 semua huhu

More : Sukan Star TV
By : Sukan Star .com @ www.sukanstar.com