Saturday 30 August 2014

Gambar Makanan Hospital Di Serata Dunia

Aku sudah 11 tahun tak merasa makanan di hospital, tapi aku masih kesedapan ayam dan sayur bayam yang dihidangkan kepada aku sampai sekarang. Di dalam gambar ini disertakan jenis-jenis makanan yang dihidangkan di hospital serata dunia, aku pelik kenapa hospital di Malaysia menghidangkan mee hoon goreng ??

 Schnitzel,Jerman.

 Tokyo, Jepun.

 Estonia

 Malvern, Australia.

 Britain

 Jakarta, Indonesia

 Dubai, UAE

 Poland

 Norway

 Jepun

 Richmond, Kanada

 New York, USA

 China

 Malaysia

 Johannesburg, Afrika Selatan 

 Sydney, Australia

 Massachusette, USA

Paris, France

Video Penyokong Sarawak MemProvoke Penyokong Perak Di Kuching

Selepas terjadi insiden penyokong Perak menumbuk seorang penyokong Sarawak di Ipoh yang lalu, kini tiba pula giliran pemain Pasukan Perak pula menjadi mangsa provokasi, untuk perlawanan di Kuching kali ini tiada tiket diperuntukkan untuk penyokong Perak kerana bimbang ancaman yang bakal diterima oleh mereka di sana.



Monday 25 August 2014

Lukisan Dari Aiskrim Karya Othman Toma

Lukisan ini dihasilkan dengan aiskrim yang cair menggantikan warna konvensional yang biasa digunakan untuk membuat lukisan. Sungguh moden dan steampunk idea kreatif Othman Toma ini, dia juga banyak menghasilkan lukisan -lukisan lain dengan menggunakan bahan-bahan yang sangat sedikit ingin tahu lebih lanjut sila kunjungi akaun facebook beliau Othman Toma  





Pedang Lightsaber Star Wars Disangka Bahan Letupan

Seorang penunggang motosikal membuat panggilan kepada pihak polis bandar Janeau tentang 1 objek misteri yang kelihatan seperti bahan letupan yang ditemuinya di tepi jalan di Alaska,Amerika Syarikat. Pegawai polis yang tiba di lokasi pula tidak dapat mengenal pasti jenis objek itu dan menghubungi pakar pelupusan bahan letupan untuk menguruskan objek misteri itu, apabila diteliti itu adalah pedang lightsaber yang diikat dengan sebatang kayu !




Sunday 24 August 2014

R.I.P Albert Bodjongo Bekas Pemain Perak Meninggal Dunia Dilempar Objek Keras

Albert Bodjongo 25 tahun, beraksi bersama Perak FA musim 2012 kini beraksi di Liga Algeria untuk kelab JS Kabylie meninggal dunia setelah objek keras yang dilempar peminat tepat mengenai kepalanya selepas aksi liga antara kelabnya bertemu USM Alger. Akibat kecederaan itu dia meninggal dunia. Albert sempat beraksi semusim bersama perak mulai April 2012 dan menjadi penjaring kedua terbanyak untuk musim itu dibelakang Michal Kubala.



Friday 22 August 2014

Video Kekejaman Terhadap Kucing

Seriously... apa dosa anak kucing tu pada mamat tu ?? aku yang takde bela kucing pun rasa sedih dan pilu tengok anak kucing tu kena hempas, disepak dan dipijak berkali-kali tanpa belas kasihan. Harap mamat kejam ni dapat balasan setimpal dengan apa dia buat.

I hope he rot in hell !!! — with Michael Wong and 31 others.

Thursday 21 August 2014

Video Bagaimana Pokad Dibuat

Pokad ialah kad yang mempamerkan harga promosi di pasar raya yang biasa kita lihat, apa yang menarik tentang pokad ini ialah tulisan atau font yang digunakan kesemuanya hampir sama di setiap pasaraya, dari komen dalam video ini menyatakan setiap pasaraya memiliki seorang staff yang dipanggil VMD yang bertugas menulis pokad ini dengan font yang ditetapkan.

Kita sering kali lihat di pasaraya, tulisan pada tanda harga promosi semuanya sama. Seakan tanda harga itu dicetak menggunakan mesin pencetak. Tapi sebenarnya ianya ditulis menggunakan tangan. Bukan senang nak bagi tulisan semuanya sama. Tetapi lelaki ini sudah pakar membuatnya. -MN-