Thursday 20 February 2014

Cari Di Mana Sniper ??

Sniper ialah penembak tepat dan mereka ini selalu nya berpakaian camouflage menyerupai persekitaran mereka. Susah sebenarnya untuk mengesan di mana sniper ini bersembunyi...


 


 SNIPER Di Dalam Bulatan





Wednesday 19 February 2014

11 Pemain Bidan Terjun

Ini adalah barisan 11 pemain yang pernah bermain di posisi yang asing pada mereka, bila bercakap tentang pemain yang bermain di posisi aneh seperti pemain pertahanan  menjadi penjaga gol ramai dari kita yang akan mengingati Rio Ferdinand, John Terry dan John O Shea yang pernah menjadi bidan terjun itu. Kali ini aku senaraikan 11 barisan pemain yang pernah bermain di luar posisi asal mereka ....

David James

Dia memang seorang golkeeper, tetapi oleh kerana penjaga gol kedua, Nicky Weaver dimasukkan dia akhirnya di tukar ke bahagian serangan untuk minit-minit akhir perlawanan menentang Middlesbrough pada mei 2005... tidak bernasib baik kerana penalti minit akhir Robbie Fowler gagal disempurnakan dan Man City terlepas slot ke Uefa Cup

Angel Rangel 


Bek kanan Swansea ini menjadi penjaga gol kerana Michel Vorm dibuang padang, di bangku simpanan pula tiada penjaga gol kedua lagi memeningkan keadaan ialah Swansea sudah pun membuat 3 pertukaran pemain dan tugasan luar biasa itu diberikan kepadanya. Dalam perlawanan bertemu pasukan jiran iaitu Cardiff, Angel berjaya menyelamatkan free kick dan perlawanan tamat kelabnya tumpas 1-0 kepada Cardiff dengan Angel Rangel berjaya mengelakkan gol nya dari dibolosi

Phil Jagielka



Bek tengah Sheffield United ini menggantikan Paddy Kenny yang cedera dan Neil Warnock tidak menyenaraikan penjaga gol simpanan. Dengan perlawanan berbaki 30 minit Jagielkan menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan dan arsenal tumpas kepada Sheffield 1-0

Steve Brown
Mei 1999, Charlton Athletic bertemu Aston Villa...penjaga gol Andy Patterson dibuang padang 12 minit sebelum perlawanan berakhir. Dia berasa lega kerana berjaya menggalas tugas itu dengan baik apabila jaringan lewat Danny Mills memberikan kemenangan 4-3 kepada Charlton

Julian Dicks

Menjadi golkeeper sebelum rehat separuh masa pertama, hasilnya dia dibolosi 3 gol dan West Ham kalah kepada Everton 4-1 pada Disember 1995



David Howell

Perlawanan berlangsung di stadium The Valley  itu menyaksikan dia dibolosi oleh hatrik Clive Mendonca, perlawanan tamat Charlton 5-0 Southampton . Paul Jones dibuang padang dan David Howell gagal melaksanakan tugas nya



Tom Huddlestone

Pemain berambut afro ini berpindah ke Hull City kerana inginkan lebih banyak perlawanan, maksudnya bukan bermain di gawang gol. Allan Mc Gregor dibuang padang, 3 minit terakhir Tom bermain sebagai penjaga gol kerana 3 pertukaran maksimum telah digunakan dan Hull tidak boleh memasukkan pemain simpanan.





Stephen Clemence

Contoh bakat tak dapat diwarisi.... bapanya Ray Clemence penjaga gol legenda England dan Liverpool tapi bukan dia, midfielder ini menggantikan Nico Vaesen yang menerima 2 kad kuning dan hasilnya Birmingham tumpas 4-1 kepada Man City pada Disember 2005



Steve Staunton

Sander Westerveld (Liverpool) bergaduh dengan Francis Jeffers ( Everton) pada merseyside derby di Goodison Park, 1999. Dengan Sander dibuang padang dan 3 pertukaran telah dibuat Steve Staunton terpaksa menjadi golkeeper untuk baki 14 minit perlawanan. Dia tidak dibolosi sebarang gol, tetapi pasukan nya kalah kepada Everton kerana gol awal kevin campbell



Andy Booth
Penjaga gol ketiga dalam 1 perlawanan.... penjaga gol pertama dikeluarkan kerana cedera, penjaga gol kedua pula dibuang padang dan akhirnya dia menjadi penjaga gol ketiga dan free kick Jamie Redknapp memusnahkan harapannya untuk membantu Sheffield Wednesday mengutip 3 mata penuh.




Bo Hansen

 

Seorang penyerang, menggantikan Jussi Jaaskelainen yang diperintah keluar padang. Hanya menjaringkan 1 gol dalam 17 perlawanan untuk Bolton Wanderers, di gawang gol pula dia gagal membuktikan  potensi dirinya apabila dibolosi oleh Lauren Robert, Alan Shearer dan Craig Bellamy dalam baki 30 minit perlawanan. Newcastle 4-0 Bolton

Saturday 15 February 2014

Rumah Tinggalan Hoarder

Rumah ini dipercayai telah terbiar selama 6-8 tahun, gambar-gambar ini diambil seorang individu yang  hanya mahu dikenali sebagai Urbex - SW, rumah ini terletak di Buckhinghamshire dan cuma menunggu untuk rebah ke bumi kerana struktur nya yang sudah reput dan usang. Dipercayai hoarder yang pernah menetap di rumah ini mungkin kematian anak di usia muda berdasarkan koleksi gambar-gambar peribadi di rumah itu, sebab itu tiada waris yang dapat dihubungi untuk mengetahui lebih lanjut tentang rumah ini.

Hoarder ini ialah golongan yang suka menyimpan barang-barang lama, tetapi minat menyimpan mereka itu lama kelamaan berubah menjadi pengumpul dan pengutip bila barangan yang tidak perlu seperti resit,peralatan yang sudah rosak pun mereka simpan hingga rumah mereka jadi tidak terurus dan bersepah






















Kembar Luis Suarez Dijumpai

Warga Iraq ini ialah peminat Liverpool FC dan dia menjadi popular kerana wajahnya yang mirip Luis Suarez, dia juga sering berkunjung ke Anfield menyaksikan Liverpool bermain, tetapi belum pernah mendapat peluang untuk bergambar dengan Luis Suarez. Dia juga sering kali di salah sangka sebagai Suaraz bila dia bersiar-siar di UK dan negara asalnya.




Terowong Bawah Air Terpanjang Di Dunia Bakal Dibina

Terowong menemukan Dailan ke Yantai di China ini akan menjimatkan masa perjalanan sedia ada menggunakan feri selama 8 jam. Jika permohonan ini diluluskan, projek bernilai 35 bilion US dolar ini akan bermula pada 2015 atau 2016 dan dijangka siap pada 2026. Panjang jarak terowong bawah air ini kelak ialah 123 kilometer iaitu jauh mengatasi rekod sedia ada milik terowong Seikan di Jepun yang mula dibuka pada 1988 dengan jarak panjang 49 kilometer.


Friday 14 February 2014

Bunker Dilelong Pada Harga 50 Ribu Pound

Bunker ini dibina pada 1978 dimana era perang Dingin, sistem kumbahan dan saliran air boleh ber operasi dari bunker ini. Pintu masuk ke bunker ini asalnya hanyalah sebuah binaan batu yang mirip sebuah stor dan tiada siapa menjangka dalam binaan batu bata ini ada sebuah bunker yang bakal digunakan jika berlaku perang Nuklear.
 
Bunker ini mungkin sesuai untuk penyokong Manchester United atau Arsenal jika mereka gagal memenangi sebarang piala musim ini kerana gua untuk para penyokong ini bersembunyi sudah penuh, jadi Bunker adalah alternatif terbaik di samping sistem keselamatan yang lebih canggih dan terjamin.

Ciri-ciri keselamatan yang ada pada Bunker ini ialah pintu kalis letupan, penghalang udara,ruang makan,bilik rekreasi dan bilik decontamination untuk meneutralkan badan dari gas-gas berbahaya dan bahan-bahan radioaktif



Toreh Kulit Sendiri Selepas Tahu Kekasih Curang

 Torz Reynolds menyangka kekasihnya itu berada di Alaska, Amerika Syarikat setelah dia diberitahu yang teman lelaki nya pada waktu itu mahu bekerja di sana dan Torz menangis bila kali terakhir dia melihat wajah teman lelakinya di lapangan terbang. Dia menyangka Chopper berada di Alaska , tetapi tembelang Chopper itu pecah beberapa hari selepas itu apabila kawan kepada Torz memaklumkan kepadanya Chopper berada di Tiptree, Essex bersama kekasih baru dan dia sebenarnya tidak pergi ke Alaska.

Torz,seorang pencacah tatu menoreh kulit nya yang tertera nama Chopper's Bitch iaitu nama bekas kekasihnya dan kulit yang ditoreh menggunakan klip dan pisau bedah itu dimasukkan ke dalam balang dan dihantar kepada bekas kekasihnya itu.