Sunday 15 September 2013

Bangang Yang Tak Mampu Disembunykan Lagi #TypicalMalaysiaFan

Tak power main bola takpe asal ada minat dan pengetahuan yang cukup power itu sudah bagus, tapi masalahnya kalau minat ada tapi bercakap guna fakta yang tak betul itu ibarat membodohkan diri sendiri..... tak tau bertanya, jangan main sembur je...aku dah banyak mengadap dengan glory hunter macam ni. Ingatkan dalam politik pun ada macai, dalam bola pun ada macai...


skuad itali euro 2012 ??? apa dickhead ni sampaikan ?? tengok dekat bawah ni line up itali euro 2012, diorang takkan tergamak nak hantar team remaja ke tournament tak bertaraf tinggi macam ni. Dah nama pun Universiade, hantar je la student untuk wakil negara bukan hantar pasukan negara. Pelik...hantar pasukan negara pun lawan dengan mahasiswa kanada dan ireland yang bolasepaknya sederhana dan bukan negara penggiat bolasepak pun boleh kalah, dengan student pulak tu.


Disini aku letak line up itali yang kalah 2-0 kepada malaysia tu. Wujud ke nama-nama pemain ni dalam skuad euro ?? cuba cakap pakai otak terlebih dahulu. Aku baca kat media itali ni guna google translate, diorang anggap team malaysia yang diorang lawan tu dari Unversiti Kebangsaan Malaysia.... hakikatnya diorang ditipu yang negara diorang kena lawan pasukan pelapis kebangsaan.

ITALIA: Modesti, Bruscagnin, Carta, Masi, Brighi, Corti (44′ st Parodi), Miracoli (28′ st Santini), Ricci, Muratori, Burato (18′ st Marcotullio), Masini (14′ st Settembrini). All. V. Bertotto.

 A disp.: Degeri, Pavanello, Rizzo, Fabbri, Paleari.







Saturday 14 September 2013

Slank Anda Berasal Dari Mana ??

Sungguh kelakar video ni, mencerminkan sesetengah orang kita yang baru beberapa tahun duduk oversea dah ikut slank sana. Tapi paling tak boleh blah ada jugak orang Malaysia bila dah pindah sana tapi bilik sini dah tak mahu bercakap bahasa melayu tapi lagi pelik bila orang sini yang duduk dari kecik sampai ke besar sanggup tiru slank Englishman semata-mata nak nampak power dan up dari orang lain. Hairannya, bila balik dari negeri orang putih je baru nak ikut slank diorang tapi bila pergi negeri bangsa lain slank kampung masih lekat ....typical malaysian.


Kebun Sayur Mini Menyerupai Kebun Sebenar

Pearl Taylor 65 tahun, menghasilkan replika taman dari debunga,rumput tiruan dan rumput biasa. Taman kecil ini dibina untuk menunjukkan secara terperinci keadaan kebun milik nya. Dengan lebar 34 inci dan panjang 16 inci kebun kecil ini menyerupai kebun sebenar miliknya.





Lagu Cupcake Elly Dan Epit

Serius !! ini lagu melayu paling teruk pernah aku dengar, lagu telemovie elly dan epit. Paling aku tak boleh terima liker di youtube lebih banyak dari dislikers


Gambar Miley Cyrus Di Troll

sebelum ni yang selalu ditroll oleh monyet internet ialah mario balotelli dan beyonce tetapi kali ini miley cyrus pulak di troll. Padan muka dia ni, otak dah terbalik aku rasa..... gambar miley cyrus ini diedit dari video klip terbarunya Wrecking Ball. Aku harap sangat gila publisiti macam anak cyrus ni cepat merudum.







Tuesday 10 September 2013

Gabby Agbonlahor Menerima Ugutan Bunuh Di Twitter

Insiden Louis tercedera di kaki selepas dirempuh Gabriel Agbonlahor semasa perlawanan amal stiliyan petrov kelmarin benar-benar mendatangkan amarah kepada peminat 1direction, Louis tercedera untuk beberapa saat dan mengerang kesakitan sehingga dia berjalan terhincut-hincut, Gabriel Agbonlahor kemudiannya kembali kepada Louis untuk meminta maaf atas perbuatannya itu.

'@gabby_10 This guy hurt Louis knee. I shall hurt your face. I better hear that you apologized or I will find you, and I will kill you.

 




Pemenang Medal Emas Taman Tercantik Ialah Seorang Mendiang

Gena Skuse, 76 meninggal dunia pada jun lalu tetapi walaupun dia sudah tidak benyawa lagi untuk mencantikkan taman bunganya di Bristol. Dia tetap berjaya memenangi medal emas taman tercantik untuk kali ke 11 hanya 13 hari selepas dia meninggal dunia. Uniknya, pertandingan taman tercantik disertai nya tanpa pengetahuan suaminya sejak 90 an lagi.






Muzium Bekal Makanan Terbesar Di Dunia

Koleksi bekal makanan di muzium ini bermula dari era perang dunia pertama hinggalah ke zaman 80 an. Kurator muzium ini , Allan Woodall sentiasa membawa pengunjung mengimbas kembali zaman kanak-kanak mereka, dibuka sejak 1991 lebih 2000 koleksi terdapat muzium ini yang terletak di Columbus,Georgia,Amerika Syarikat. Ini cool sebab diorang ni betul-betul fanatik pada bekas makanan sehingga ada muzium sendiri. Bekas makanan ni plak semua nya ada rekaan ikon pada masa tu seperti beatles, bee gees, rambo dan banyak lagi.

 Aku ada jugak bekas makanan dulu, masa tu tahun 2000 KFC ada jual bekas makanan dalam 3 warna : merah,kuning dan biru, design dia futuristik gile beb !!










Team Sarawak 2006

diambil dari fb bekas pemain sarawak : sanjos sundawat. Masa ini zaman gelap bolasepak sarawak tapi dalam zaman gelap itu masih ada cahaya....aku respek mana-mana penyokong yang setia bersama pasukan sarawak masa ni sampai boleh ingat semua nama pemain dalam gambar ni. tapi ada seorang pemain yang namanya tidak diketahui


berdiri dari kiri : Fadly Kasim, Gasili Pengalot, Robert Eshun, Bobby Pian, Mahathir Mohamad, Ishak Majili, Jelius Ating, Zalmie Jamlus, Romeo Kambou & B. Rajnikand
  • duduk dari kiri : Afif, Ivan Jerkovic, Bobby Gonzalez, Hamidin Amat, ??? , Sanjos Sundawat, Safee Sali & G. Athan Raj

Monday 9 September 2013

Stadium Bolasepak FC Vozdovac Belgrade Yang Dibina Di Atas Bumbung Pusat Membeli Belah

  • berkapasiti 5 200 tempat duduk
  • menggunakan artificial pitch, rumput tiruan
  • mula dibuka mac 2013
  • stadium ini menepati kriteria UEFA untuk perlawanan Europa League dan UEFA champions league
  • menelan kos 22 juta euro
  • milik kelab Vozdovac Belgrade, kelab liga Serbia





Lelaki Buta Yang Mengusahakan Taman Bunga Mempesonakan

 Joe Robinson 74 tahun, buta kerana masalah penglihatan 20 tahun dulu. Dia memeriksa bunganya melalui deria bau dan sentuhan. 




Gambar Perlawanan Amal Stiliyan Petrov

Stiliyan Petrov kini berisi .... petrov memimpin pasukannya, petrov 11 menentang pilihan celtci. Louis tomlinso,gabriel abonlahor,shay given dan legenda celtic henrik larsson antara pemain yang terlibat dalam perlawanan ini. final score petrov eleven 5-3 celtic eleven









Wednesday 4 September 2013

KFC Cawangan Jepun Melancarkan Menu Baru

Sejenis sup jagung menu di jepun telah diubah oleh KFC dan dijadikan kepada bentuk pepejal seperti nugget, ini bukan kali pertama kerana pernah juga sup jagung ini dijadikan kedalam bentuk aiskrim batang. Nugget berperisa Sup Jagung itu akan dijual pada tempoh tertentu mulai khamis ini.

* Cuba korang bayangkan Rendang dijadikan nugget.......




Boeing 747 Jumbo Diubah Menjadi Hotel

Oscar Divs, seorang usahawan yang membeli sebuah kapal terbang terbiar milik sebuah syarikat penerbangan  Sweden, Trasnjet yang sudah bankrap pada tahun 2002. Kapal terbang 2 tingkat ini diubah dengan mempunyai 27 buah bilik tidur dan paling istimewa ada  eksklusif suit pilot iaitu tempat duduk juruterbang diubah menjadi bilik tidur. Harga bilik bermula dari 47 pound sterling hingga 200 pound sterling, kemudahan untuk setiap bilik ialah wifi,skrin tv dan bilik air.