Sunday 31 March 2013

Pemain Yang Memakai But Warrior Skreamer S Lite dan K Lite


Warrior memperkenalkan produk kasut bola nya dengan menaja beberapa orang pemain EPL seperti Danny Graham (sunderland),Marrouaine Fellaini dan Nikica Jelavic (everton) Vincent Kompany (man city) Jonas Gutierrez (newcastle united) Craig Bellamy (cardiff city)


untuk craig bellamy dia dilantik sebagai duta pertama warrior dan dia juga membuka akademi bolasepaknya di siera leone.oleh sebab itu warrior menghasilkan model skreamer khusus untuk bellamy berwarna putih-merah-hijau sempena warna bendera negara bellamy iaitu wales.



prototype
sebelum diberi kontrak rasmi,para pemain akan diberi satu prototype skreamer s lite terlebih dahulu untuk menguji keselesaan boot itu.buat masa ini yang kelihatan memakai prototype itu ialah santi cazorla.melihat dari jauh itu seakan-akan boot adidas tetapi bila di zoom gambar itu dia memakai prototype skreamer K lite.model yang sama dipakai oleh danny graham.

santi cazorla 


Danny  Graham

Vincent Kompany

Nikica Jelavic

Marrouaine Fellaini

Jonas Gutierrez

Ukiran Pasir Bertemakan Sains Fiksyen Movie

kali ini ukiran pasir bertemakan science fiction pula.pameran ini dinamakan Sandworld,bertempat di Dorset,England.antara karakter yang jadi daya penarik di situ ialah ukiran filem star wars,predator,star trek dan metropolis.


Saturday 30 March 2013

Ukiran Pasir Bertemakan Filem Hollywood

festival yang berlangsung di pantai western-super-mare,somerset,England ini disertai lebih dari 20 orang pengukir terhandal dunia dari 9 negara berbeza.festival itu bermula dari hari good friday hinggalah ke hujung september nanti.sebanyak 40 tan pasir dari pantai itu digunakan untuk membuat kesemua ukiran pasir tersebut.



Wednesday 27 March 2013

Perlawanan Umbro Terakhir Buat England

tiada testimoni untuk mengenang kali terakhir pasukan england akan memakai jersi dibuat oleh umbro.disini disertakan gambar perlawanan antara england dan montenegro dimana berkesudahan seri 1-1.mulai 29 mei nanti england akan memakai kit diperbuat oleh nike kerana umbro telah dibeli oleh nike.



 sepanjang meminati pasukan england sejak piala dunia 2002,aku ada beli jersi tak ori pasukan englan dan dibawah aku sertakan jenis jersi england yang pernah aku ada

 euro 2004

fifa 2002

Rumah Hobbit Di Arahkan Untuk Diroboh

charlie hague dan megan william serta anak mereka eli, baru sahaja menetap di rumah hobbit yang dibina di atas tanah milik bapa charlie.tetapi majlis daerah memberi arahan untuk merobohkan rumah itu atas sebab membina tanpa kebenaran dan tidak penting kepada alam sekitar.

rumah itu menelan belanja 15 000 pound dan mengambik masa tidak sampai setahun disiapkan dengan bantuan rakan-rakan mereka.bumbung rumha itu dibuat dari rumput dan dinding dari jerami yang litupi batu kapur,sebelum tinggal di rumah itu pasangan itu menetap dalam karavan.rumah itu dapat disiapakan sebelum kelahiran anak tunggal mereka eli.di facebook juga dilancarkan kempen mengekalkan rumah itu di rumah hobbit

charlie mendakwa bahan-bahan membina rumah itu datang dari tanah milik bapanya,dan mereka kini giat berkempen untuk mengekalkan rumah itu


Tuesday 26 March 2013

Kura-Kura Spesies Aldabra Dijual Pada Harga 30 Pound Sterling

seorang remaja mabuk,Adam Steff telah mencuri seekor kura-kura betina spesies Aldabra yang berharga 2000 pound seekor.kura-kura itu antara 5 spesies kura-kura jenis itu yang ada di Woburn safari park,Milton Keynes.dia menjual kura-kura itu pada  Aiden Mckinstery dan individu itu meng update gambar haiwan itu ke facebook bertujuan meminta cadangan nama yang sesuai untuknya.salah seorang rakan fb aiden  itu adalah sahabat kepada pekerja safari park  dan dia yakin kura-kura itu sama dengan di safari Park.

bukti lebih kukuh apabila tin arak yang ditinggalkan di tempat kejadian ada air liur milik adam steff jadi dia didakwa dan dikenakan hukuman kerja 80 jam tanpa gaji.kura-kura bernama Flo itu satu-satunya kura-kura betina yang ada di Woburn safari park dan dia dipelihara di situ untuk proses pembiakan.spesies itu berasal dari pulau seychelles, dan bila dewasa beratnya mampu mencecah 250 kilogram.



Wednesday 20 March 2013

Carl 'Calamity' Ikeme Sudah Jatuh Ditimpa Tangga LoL

Carl Ikeme goalkeeper Wolves ini sudah beraksi sebanyak 41 perlawanan musim ini kesan dari kecederaan panjang dialami wayne hennesey dan dorus de vries.Kisahnya bermula pada perlawanan antara wolves menentang Bristol City pertahanan wolves,david davis membuat hantaran ke belakang kepada Carl Ikeme tetapi dia gagal menahan bola itu dengan kemas dan bola itu menuju masuk ke dalam gol dalam keadaan memalukan.

di atas kecuaian itu ikeme menumbuk papan taktikal yang hanya diperbuat dari kadbod tetapi dibelakang kadbod itu adalah besi dan itu menyebabkan tangannya cedera dan dijangka ikeme akan terlepas baki perlawanan musim ini.



Monday 18 March 2013

Daikon,Lobak Putih Yang Berlari

petani jepun, Minako Shibata 36, yang menarik lobak itu dari kebun nya di wilayah hyogo,jepun.dia juga yang menyelamatkan lobak putih itu dari di potong di dapur.daikon dalam bahasa melayu bermaksud lobak putih.bentuk lobak putih itu sungguh menarik dengan cabang nya yang membentuk kaki dan tangan berbeza dengan lobak putih yang biasa dijumpai.dia lantas memaklumkan tentang daikon itu kepada suaminya,Masayuki.

dalam sekelip mata mereka cuba meng ilustrasikan lobak putih itu dengan alam sekitar seperti mengambil gambar ia seakan berlari di langit,berlari meninggalkan anjing.di twitter dia menamakan gambar itu daikon run away dan di enjin carian internet sudah ada 360 000 gambar lobak putih itu ditonton.