Wednesday 30 January 2013

JUVANA the movie


cerita bermula dengan sekolah wira bakti ditutup dengan para pelajarnya dipindahkan ke sekolah indra sakti.di sekolah indera sakti botak dan gengnya terpaksa berhadapan dengan pesaing baru, lan todak dibantu jamal.punca lan todak membenci pelatih wira bakti ialah kerana fiq,pelatih yang mati akibat overdose adalah adiknya dan mereka tidak berbuat apa-apa semasa fiq sedang nazak.

pada mulanya budak wira bakti menjadi sasaran pelatih indera sakti, lama-kelamaan apabila berang tindakan indra sakti yang membuli mereka apek dan botak tekad untuk membalas dendam dan dari situ lah bermulanya permusuhan lebih serius antara pelatih wira bakti dan indera sakti. sementara itu daim yang baru menyambung persekolahannya pula seakan terasa terasing dan tidak mahu rahsianya diketahui ramai,setelah rahsia nya bocor daim akhirnya menerangkan sebenarnya apa yang berlaku.daim juga menyara hidup nya dengan bekerja di kilang bata, daim berhadapan cabaran dan halangan dari bos nya yang mengatakan daim tak perlu ke sekolah kerana dia,dan pekerja lain di kilang itu juga orang yang tiada masa depan selain bekas banduan.

di indra bakti, sehari sebelum pembebasan kicap dan gaban berlaku pergaduhan antara konco lan todak dengan wira bakti firm-nama ni aku saja reka :) . dalam pergaduhan itu kicap dan gaban teruk dipukul dan jamal aka kecik tercedera setelah disimbah minyak panas oleh botak yang berang 2 rakannya di pukul,3 orang pelatih wira bakti dimasukkan ke lokap tahanan - bukan tahanan polis.disitu apek, merayu supaya dia dibenarkan berjumpa ibu nya tetapi pihak pengurusan indra sakti baru saja mendapat panggilan ibu apek telah meninggal dan sejak itu apek seorang budak yang baik telah berubah serta merta.botak,yang jahat mula berubah setelah warden -  adlin aman ramli membasuh botak dengan membawa nya melihat jamal yang cedera parah setelah disimbah minyak panas oleh nya dan menerangkan dirinya dahulu juga pelatih di indera sakti,adlin juga dengan nada kasar seakan cuba mengajar botak untuk berfikir,menjadi baik dan risaukan kawan-kawanny, ini babak penting dalam cerita ini yang membawa perubahan kepada sifat botak dan apek.

apek yang kehilangan ibunya mula membuli pelatih lain dan botak pula memilih untuk berhenti membuli dan mengajak panjang,dan komeng untuk tidak lagi mengikut apek dan ayam.di hospital daim ditemani sara,pelajar perempuan yang dikenalinya di sekolah baru.semasa di hospital daim juga menerima lawatan dari kicap dan gaban yang sudah bebas.
jamal kecik pula yang sedang tenat telah di tutup muka nya oleh lan todak yang menyelinap masuk ke wad dan mengakibatkan dia mati.disitu telah bermulanya rusuhan pelatih dengan lan todak mahu menuntut bela kematian kecik dengan meng kambing hitamkan botak.

daim dan sara melawat indra sakti untuk bertemu dengan rakan-rakan pelatihnya di sana tetapi tiba-tiba berlaku rusuhan.rusuhan itu berjaya dipatahkan dengan bantuan FRU, para ibu-bapa yang melawat telah dibawa keluar dengan bantuan pelatih wira bakti menggunakan jalan hutan.lan todak mencari botak tetapi apek yang muncul untuk bertarung dengannya,apek teruk dibelasah datang pula daim dan botak muncul dalam pergelutan botak ditikam dan warden-adlin aman ramli mengacu pistol ke kepala lan mengarahkan dia tunduk.

selepas insiden itu , hukuman pelatih wira bakti di singkatkan kerana mereka membantu menyelamatkan nyawa orang awam semasa rusuhan berlaku.di akhir babak tiba-tiba muncul cikgu raja - bront palarae.

Tuesday 29 January 2013

Lekat Super Glue Di Tangan Sampai Tak Boleh Tanggal


Kyle Robinson dan Nathan Wilkins

kyle 14, dan Nathan 13 tahun pelajar High Tunstall college of science. semasa di kelas muzik salah seorang rakan mereka membawa satu tiub gam dan menyapunya di tangan kyle, lalu kyle mencabar Nathan untuk bermain gusti tangan tetapi mereka tidak dapat berpisah tapak tangan mereka bercantum kesan daripada gam itu.
mereka dibawa ke One Life  Hartlepool Out Of Hours Health Centre.staff disana juga memisahkan mereka tetapi tidak berhasil dan kemudian menggunakan cara biasa iaitu merendam tangan mereka ke dalam air sabun yang panas dan dalam masa setengah jam tangan mereka berjaya dipisahkan.2 sahabat itu kembali ke sekolah semasa rehat tengah hari.

Rumah Berjarak 4 inci Dan Berkeluasan 14 Kaki Persegi

dahulunya di situ adalah sebuah ruang kosong boleh memuatkan sebuah kereta dan di situ ada jarak diantara 2 buah rumah.tetapi idea bijak seorang pemaju,Peter Hunter 70 tahun, setelah menerima permit kelulusan dari majlis bandaraya dia pun membina sebuah rumah yang jaraknya hanya 14 inci terpisah dari rumah jiran !!!

rumah yang terletak di Northernden, Manchester itu walaupun boleh diklasifikasikan antara rumah terkecil di Britain, tetapi masih mampu memiliki 3 bilik tidur,2 bilik air,ruang tamu dan ruang makan.pembinaan rumah itu mendapat protes dari penduduk setempat kerana ruang 4 inci yang memisahkan rumah itu boleh menjadi tempat bangkai tikus atau pun tempat dimana sampah akan diselitkan di ruang itu sebagaimana kita lihat di malaysia macam mana kreatif nya orang kita sehingga boleh menyembunyikan sampah di celah kerusi bilik kuliah
tetapi peter tidak mempedulikan protes itu dan projek itu tetap dijalankan.

Thursday 24 January 2013

Senarai Goalkeeper Terburuk Dalam Sejarah Manchester United

Raimond Van Der Gouw  julai 1996- jun 2002
menjadi pilihan kedua di belakang peter schmeichel, hanya dikenali kerana berlakon di dalam iklan pepsi dengan menjadi gol keeper semasa pasukan fusbal man utd menentang pasukan fusbal juventus.

Mark Bosnich julai 1999 - januari 2001
dibawa masuk secara percuma dari aston villa,dilihat sebagai pengganti tepat pete schmeichel tetapi mempamerkan aksi kurang memuaskan,dan kecederaan hamstring.seterusnya karier musnah kerana mengambil dadah

Massimo Taibi  ogos 1999-julai 2000
paling terkenal dalam senarai ini kerana melepaskan gol bodoh semasa bertemu southampton dan chelsea.dibeli pada harga terlampau mahal ketika itu 4.5 juta pound dan dijual kembali selepas hanya bermain 4 perlawanan






Fabian Barthez mei 2000-april 2004

boleh dikira paling cemerlang dan hebat berbanding yang ada dalam senarai berdasarkan aksi menepis bola dan peningkatan kembali manchester united selepas kemasukannya.tetapi ada kalanya membuat lawak bodoh seperti membiarkan henry menjaringakan 2 gol mudah di highbury hasil kesilapannya dan aksi memberhentikan teksi semasa menentang west ham




Andy Goram mac 2001-jun 2001

paling tak dikenali kerana hanya dipinjam semasa barthez dan van der gouw cedera.sempat bermain 2 perlawanan menang 4-2 coventry dan tewas 1-2 southampton.

 Roy Carroll julai 2001 - jun 2005

golkeeper pilihan kedua yang selalu membuat penampilan dalam senarai ini.itu pun jika gaolie pilihan pertama seperti barthez beraksi teruk dan perlu direhatkan.bertahan agak lama berbanding yang lain.selalu diturunkan bila era tim howard di man utd.kesilapannya gagal menangkap kemas sepakan lambung pedro mendes sentiasa jadi buruan peminat di youtube



Tim Howard jun 2003 - julai 2007 
dibawa masuk bagi menggantikan barthez yang butterfingers.terbukti barthez lebih berkesan walaupun dipinjamkan ke marseille dan membantu marseille mara ke final uefa cup bertemu valencia.howard pada mulanya memberi impak tetapi lama kelamaan hilang impak setelah man utd ketinggalan di belakang chelsea dan arsenal yang mempunyai goalie yang lebih berkualiti.berang dengan kemasukan van der sar tanpa pengetahuannya, dia akhir nya duduk di bangku simpanan dan dipinjamkan ke everton tempat dimana dia tiada pencabar selain aksinya kini 100 kali lebih baik berbanding di man utd.

Tomas Kuszsack  julai 2007 - jun 2012

asalnya dipinjam dari west bromwich albion kemudian di beli secara kekal. di bawa masuk berperanan sebagai pengganti van der sar tetapi gagal setelah tidak menyerlah setiap kali diberi peluang.dia dibuang padang semasa menentang portsmouth pada piala fa 2007-08 di old trafford dan rio ferdinand menggantikan tempatnya di gawang gol. persembahannya lebih berkualiti dari ben foster tetapi mungkin ben foster lebih banyak mendapat perhatian media,dia seakan tersisih.

Ben Foster Julai 2005- Mei 2010

lebih banyak berita di media berbanding aksinya di padang kerana digembar gemburkan sebagai bakal penjaga gol no 1 england ??.sering dilanda kecederaan walaupun tidak diturunkan akhirnya ferguson nekad membawa anders lindegaard dan de gea untuk menggantikan terus van der sar yang bersara.

Wednesday 23 January 2013

Selamat Ulangtahun Ke 29 Shahril Ishak

sebenarnya aku mula kenal shahril ishak ni masa malaysia vs singapura perlawanan timbal balik pusingan kelayakan piala dunia zon asia pada 2011. masa tu shahril ishak dengan angkuhnya,lumrah seorang kapten mengatakan singapura akan menang kerana mempunyai rekod yang lebih baik, 

masa tu aku cukup benci dengan kenyataan shahril ishak itu sebab aku masih lagi katak di bawah tempurung.bila dipanggil ke lions 12 untuk misi liga super 2012 baru lah aku dapat melihat aksi shahril ishak dengan lebih lama lagi,dan terbukti shahril ishak seorang kapten dan penjaring gol prolifik dengan membantu lions 12 menjadi naib juara liga super dan menjaringkan 10 gol dari posisi pemain sayap.

secara tak rasminya aku mengenali shahril masa piala tiger 2004 dengan imej rambut pacak berwarna perangnya itu.dan free kicknya ketika menentang kemboja di stadium cheras tetapi pada waktu itu aku lebih menyukai gaya permaianan agu casmir,indra shahdan dan noh alam shah
bukan setakat di situ saja, piala aff 2012 menjadi medan untuk shahril memperkenalkan diri walaupun sudah berusia 28 tahun,dan hakikatnya shahril sudah bermain di piala aff sejak 2004 lagi semasa dia berusia 20 tahun.shahril juga dikenali sebagai anggota NFA gang of four kerana dia,baihakki khaizan,mohammad ridhuan dan hassan sunny telah bermain bersama di National Football Academy sejak remaja lagi dan mereka berempat di himpunkan dalam skuad singapura yang menjuarai piala tiger 2005 -sekarang piala aff hanya shahril dan baihakki saja yang selalu menjadi pilihan raddy avramovic.
pada 2010 dia dipilih menjadi ketua pasukan menjelang aff 2010.tetapi singapura pulang awal kerana kekurangan jaringan dengan filipina dan vietnam.kebangkitan shahril di aff dapat dilihat pada aff 2012 dengan dia menjaringan 2 gol pada aksi menentang malaysia dan menjaringkan 2 gol untuk membantu singapura membuat comeback of the tournament kerana mereka ketinggalan 2-0 kepada laos dan shahril menyumbat 2 gol untuk menjadikan kedudukan 2-2 pada aksi ke 100 nya bersama singapura menjadikan dia pemain termuda dalam sejarah singapura mengumpul 100 penampilan antarabangsa,sebelum khairul amri dan fazrul nawaz memastikan singapura juara kumpulan.dan seterusnya kita semua tahu singapura juara aff kali ke 4,sekaligus menjadi pemenang terbanyak AFF dan shahril berjaya merealisasikan impiannya menjadi kapten singapura yang menjulang piala aff selepas aide iskandar melakukannya pada 2007.
mungkin ramai yang masih segar tentang peristiwa singapura menjuarai piala aff 2012.boleh dikatakan generasi shahril pada hari ini yang dibentuk sejak 2004 layak digelar generasi emas singapura kerana mereka menjuarai  tournament aff di usia muda dan kembali memenangi di usia lewat 20 an.shahril, juga dikhabarkan sebagai pemain singapura menerima gaji terbesar sebanyak 16 000 us dolar  sebulan semasa dia bermain untuk medan chiefs di liga premier indonesia yang kini sudah tiada lagi.

agak sukar untuk berhubung dengan shahril ishak secara peribadi kerana dia tidak mempunyai akaun twitter,facebook,blogspot,wordpress,tumblr.shahril ishak sebenarnya seperti ada hikmat untuk menjaringkan gol apa bila bertemu malaysia, ceritanya begini pada tahun 1999 ada seorang budak berusia 15 tahun menjaringkan gol semasa singapura bertemu malaysia dalam kejohanan Lion city cup dan berakhir 3-3, budak itu menjaringkan gol seperti maradona dan melipat jersi menutupi mukanya seperti fabrizio ravanelli.dan budak itu adalah shahril ishak
angka 17 dalam hidup shahril
dari dulu lagi shahril sudah memakai no 17 sebabnya legenda singapura fandi ahmad memakai nombor itu,begitu juga zainal abidin hassan bekas pemain malaysia yang dahulunya bermain untuk pahang dan selangor yang sentiasa mengecewakan peminat singapura. fandi ahmad,zainal abidin hassan dan shahril mempunyai angka 17 pada nombor telefon mereka.dan juga zainal abidin hassan meletakkan angka 17 pada restorannya iaitu lagenda 17 di shah alam.

shahril mula memakai no 17 pada tahun 2003 semasa dia mula mendapat cap antarabangsa pertamanya menentang maldives dan nombor 17 itu diberi oleh PN Sivaji kepadanya. shahril melangsungkan perkahwinannya dengan Nur Hidayah pada 17 april 2009 dan anak perempuannya Mysha Aludra lahir pada 17 mei 2012.

kenangan di stadium kallang yang tak dapat dilupakan

dia bersama ibu-bapanya dan 2 orang abangnya menonton perlawanan singapura menentang brunei pada 1993 dan dalam perlawanan itu singapura membelasah brunei 8-0 dengan v sundramoorthy menjaringkan gol melalui sepakan gunting,dan pada hari ini shahril bermain di bawah kendalian v sundramoorthy.

Tuesday 22 January 2013

Potret Dihasilkan Dari Kopi Karya Jatuporn K. Suwan

Jatuporn K Suwan, seorang jurugambar dan artis mampu menghasilkan karya potret Monalisa dan John Lennon daripada biji kopi.ini sungguh cool dan kreatif. sumber : jatuporn


Sunday 20 January 2013

Simon Mignolet - Bukan Sekadar Golkeeper

umum hanya mengetahui simon ini seorang golkeeper yang bermain untuk sunderland.tetapi dia bukan golkeeper biasa, dia mempunyai ijazah dalam bidang sains politik dari universiti Leuven.semasa musim panas dikala rakan-rakan sepasukannya sedang bersantai di tepi pantai,simon sedang menjawab soalan peperiksaan akhirnya dan berkemungkinan dia akan menyambung pengajian peringkat master nya selepas bersara.

selain itu, dia juga berkebolehan bertutur 5 bahasa selain dialek tempat asalnya, flemish.dia juga berkemampuan bertutur dalam bahasa inggeris,jerman,belanda dan perancis banyak membantunya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran hidup di England.dia juga menjadi perantara kepada Alfred N'diaye yang hanya mampu bercakap bahasa perancis.



Inseeable Barcelona

Rekod bersih lama-lama jadi kotor jugak,tanpa ragu-ragu lagi aku pilih real sociedad sebagai team of the week.la liga penuh dengan misteri dan bukannya scripted macam epl.ketinggalan 2-0 untuk menang 3-2 ini adalah sesuatu yang rare dimana team complete kalah kepada team di tempat ke 9.bukan menghina real sociedad tetapi aku ingin tahu apa rahsia game play dan taktikal mereka sehingga berjaya memalukan barcelona.


Dancing Sturridge

Danny Sturidge terkenal dengan cara meraikan gol yang pelik.malam tadi semasa liverpool membaham norwich city 5-0 sekali lagi sturridge mengulang semula apa yang dipertontonkan nya di tv.



Saturday 19 January 2013

Paolo Di Canio,Red Army Loud and Proud Dan County Ground

di UK sekarang ini dilanda salji tebal dan menjadi masalah kepada kelab-kelab profesional di Football League untuk meneruskan jadual perlawanan mereka seperti biasa kerana padang stadium mereka diliputi salji tebal dan memaksa mereka berlatih dalam pakaian yang tebal.
tetapi di swindon,penyokong mereka sukarela membersihkan padang stadium county ground yang diliputi salji tebal.demi memastikan kelab mereka dapat meneruskan perlawanan liga menentang shrewsbury fc.paolo di canio,pengurus swindon town fc dahulunya budak jahat di epl terharu dengan usaha keras penyokong swindon yang dikenali dengan gelaran askar merah bising dan bangga membelanja sukarelawan itu pizza tanda berterima kasih kepada mereka,laporan mengenai tindakan paolo di canio itu tersebar di twitter.paolo di canio,backroom staff juga bertungkus lumus membersihkan padang county ground bersama suka relawan itu dan mengambil masa 7 jam,bantuan juga masih diperlukan dan pihak pengurusan swindon town juga mengalu-alukan kedatangan sukarelawan dengan membawa kereta sorong,dan penyodok untuk memastikan padang padang county ground melepasi pitch inspection.

Bisnes Kad Popular

antara perkara wajib dimiliki seorang usahawan,bisnesman,profesional ialah bisnes kad.bisnes kad biasanya terdapat nama syarikat dimana seseorang itu bekerja dan nama syarikat itu jugak mampu mendatangkan dan prestij kepada seseorang itu lebih-lebih lagi jika dia bekerja di firma mashyru seperti google,youtube,apple,microsoft.


Thursday 17 January 2013

Bitterheart....Bitterheart...Of Mine.....

rekoder ialah alat muzik yang berkesan,rugi tak beli masa pegi kuala selangor minggu lepas.

Robert Downey Jr. 1993 Vs 2013

Dalam tempoh 20 tahun itu pelakon iron man ini berubah dan dari jambu menjadi maskulin.